Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
 
            Apabila seseorang itu meningkat umurnya, tanggungjawab dan komitmennya juga akan bertambah. Golongan dewasa yang melangkah ke alam pekerjaan akan membeli kereta pertama, rumah pertama, dan seterusnya memulakan keluarga. Keperluan golongan ini sangat berbeza dengan mereka yang menghampiri persaraan atau jika ianya seorang anak kecil.
Apakah pelan insurans yang sesuai untuk seorang anak kecil, seorang dewasa yang bekerja atau seorang yang
                  hampir bersara? Wujudkah satu polisi yang boleh melindungi semua peringkat umur?
                  Mari rujuk panduan kami.
                
 
                  UNTUK BAYI YANG BARU LAHIR
                    A-Life Super Junior adalah satu pelan yang boleh memberikan perlindungan kepada seseorang anak
                    seawal 14 hari. Pelan 20 tahun ini melindungi penjagaan kesihatan anak anda sehingga dia berusia 75 tahun.
                    Salah satu ciri terbaik pelan ini ialah ianya akan bertukar secara automatik kepada pelan orang dewasa
                    apabila anak anda berumur 18.
                    Perlindungan: kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh, 12 penyakit kritikal
                    juvana dan 36 penyakit kritikal 
                    Setibanya tempoh matang polisi: 125% atau 250% daripada jumlah perlindungan akan dibayar
                    kepada anak anda.
                  
UNTUK ANAK ANDA MELANJUTKAN PELAJARAN
                    A-EduAchieve adalah satu pelan simpanan pendidikan yang berkaitan pelaburan. Pelan ini juga
                    disertakan dengan perlindungan insurans. Pelan ini akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun.
                    
                    Perlindungan: Kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh
                    Setibanya tempoh matang polisi: Jumlah penuh akaun akan dibayar. Pelan ini juga
                    disertakan dengan bonus ulang tahun untuk perlindungan ekstra dan ciri istimewa ‘University Startup
                    Booster’ apabila anak itu mencapai umur 18 tahun.
                  
 
                   
                  UNTUK PENGANTIN BAHARU
                    Pelan ini khas buat pasangan yang baru memulakan hidup bersama, A-LifeLink menawarkan perlindungan
                    unik dan pelan simpanan yang terbaik untuk menghadapi cabaran akan datang. A-LifeLink merangkumi
                    kematian dan kehilangan upaya kekal & menyeluruh tetapi anda mempunyai kelonggaran fleksibiliti untuk
                    menambah perlindungan pilihan seperti perubatan, penyakit kritikal dan kemalangan. 
                    Perlindungan: Kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh, dan apa-apa tambahan
                    perlindungan.
                    Setibanya tempoh matang polisi: Jumlah penuh simpanan akan dibayar setibanya tempoh
                    matang perlindungan.
                  
UNTUK PERSARAAN
                    Tiada apa yang lebih bermanfaat selain daripada memulakan perancangan persaraan lebih awal.
                    A-EnrichGold ialah pelan bersifatkan simpanan yang menawarkan pembayaran wang terjamin (guaranteed
                    cash payments) dan potensi untuk berkembang bertambah sepanjang tempoh polisi. Ia juga disertakan dengan
                    perlindungan insurans sehingga tempoh matang 
                    Perlindungan: Kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh
                    Setibanya tempoh matang polisi: 120% atau 150% daripada jumlah yang diinsuranskan,
                    bayaran wang terjamin yang terkumpul dan nilai akaun
                  
 
                   
                  UNTUK PERLINDUNGAN KESIHATAN PADA SEMUA PERINGKAT USIA
                    Perlindungan kesihatan ialah sesuatu yang diperlukan pada semua peringkat usia. A-Plus Med bukan
                    sahaja menawarkan perlindungan sehingga umur 100 tetapi anda juga dapat menikmati perlindungan perubatan
                    bernilai sehingga RM1.5 juta setiap tahun bagi membantu anda mengatasi kenaikan kos perubatan. 
                    Perlindungan: Perlindungan perubatan sehingga umur 100
                    Setibanya tempoh matang polisi: Tiada
                  
Artikel berkaitan
 
                        
                     
                        
                    