- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat

Faedah AIA Vitality: Bonus Tunai Tahunan
Nikmati Bonus Tunai Tahunan sehingga 50% daripada caruman asas anda yang dibayar apabila anda menyertai A-Life Cancer 360-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality.
Terma & Syarat
- Pelan ini ditaja jamin oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dan AIA PUBLIC Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
- Pelan ini melindungi individu sehingga umur 80 tahun.
- Faedah Kanser Tahap Awal dan Ganjaran Pemulihan hanya boleh dituntut sekali sahaja. Selepas anda membuat tuntutan, AIA PUBLIC Takaful akan mengurangkan jumlah perlindungan faedah kanser anda dengan jumlah sama yang dibayar kepada anda.
- Sebarang rujukan kepada Kanser tidak termasuk Kanser Tahap Awal.
- Semua faedah lain di bawah pelan ini (kecuali Pendapatan Pemulihan Lanjutan) akan tamat sebaik sahaja pembayaran faedah Kanser dibuat.
- Jika anda menuntut faedah Kanser dalam tempoh 12 bulan selepas disahkan menghidap Kanser Tahap Awal, AIA PUBLIC Takaful akan membayar jumlah perlindungan kepada anda selepas ditolak bayaran untuk faedah Kanser Tahap Awal dan Ganjaran Pemulihan.
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah pelan ini. Tempoh menunggu yang berbeza terpakai untuk faedah berbeza.
- Kadar caruman pelan ini adalah sama rata dan berdasarkan umur pada tarikh pengeluaran pelan.
- Caruman untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful berhak untuk menyemak semula caruman atau Tabarru' dengan memberi anda notis bertulis selama 3 bulan terlebih dahulu.
- Caruman yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Sila ambil maklum bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
- Sekiranya terdapat lebihan daripada dana risiko takaful, lebihan tersebut akan dikongsi dengan peserta yang layak mengikut peruntukan Tabarru' mereka.
- Bonus Tunai Tahunan akan dibayar pada setiap ulang tahun sijil dengan syarat keahlian AIA Vitality anda aktif sepanjang tahun sijil, tertakluk kepada terma dan syarat.