Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh menyertai pelan ini melalui
A-Life Legasi Beyond adalah pelan takaful berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang menyediakan sehingga 6 kali ganda jumlah perlindungan. A-Life Legasi Beyond turut memberi ganjaran kepada anda apabila anda kekal berdisiplin dari segi kewangan dengan Legasi Rewards dan Legasi Booster.
Ketahui lanjut mengenai A-Life Legasi Beyond dalam Bahasa Inggeris.
Anda akan menerima sehingga 8% daripada jumlah perlindungan sebagai Legasi Rewards dan setinggi 16% sebagai Legasi Booster apabila sijil anda matang.
Nikmati jumlah perlindungan dan nilai kematangan tambahan dengan Vitality Booster apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality. Apabila anda membuat pilihan yang lebih sihat, lebih tinggi nilai Vitality Booster yang akan anda terima apabila sijil anda matang atau berlakunya peristiwa tuntutan.
Ringankan beban kewangan kos pentadbiran harta pusaka untuk orang tersayang dengan Faedah Pengurusan Harta Pusaka setinggi RM50,000.
Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dan tempoh caruman yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan anda. Tingkatkan perlindungan dan simpanan anda dengan menambah pelbagai rider pilihan dan memperuntukkan sebahagian caruman anda untuk pelaburan.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan hibah?
Hibah bermaksud hadiah. Hibah Bersyarat dalam takaful membolehkan peserta takaful untuk menamakan satu orang (atau orang-orang) sebagai penerima(-penerima) manfaat untuk menerima faedah takaful apabila telah meninggal dunia tanpa perlu melakukan proses pewarisan yang rumit.