Artikel berkaitan
Matlamat Kewangan Kendiri 2023

Matlamat Kewangan Kendiri 2023
Tahun baru, azam baru. Sekarang adalah waktu paling ideal untuk merancang matlamat kewangan bagi tahun 2023.

Tahun baru patut dimulakan dengan langkah yang betul. Salah satu cara terbaik adalah dengan menetapkan matlamat kewangan dan merancang pelan tindakan untuk mencapainya. Praktikkan beberapa tip berikut bagi membantu anda mencapai impian pada tahun 2023:

Jejak Perbelanjaan
Ini langkah pertama yang anda harus lakukan. Jejak aliran tunai keluar masuk dengan mencatat segala perbelanjaan anda.
Langkah ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas tentang perbelanjaan bulanan anda dan boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu untuk berjimat.
Fokus Langsaikan Hutang
Anda disarankan untuk menyenaraikan segala hutang mengikut keutamaan.
Gunakan Teknik Snowball iaitu kaedah menyelesaikan hutang bermula daripada jumlah yang paling kecil sehingga jumlah hutang yang paling besar. Begini caranya:

Senaraikan jumlah hutang dan susun hutang daripada jumlah paling kecil sehingga jumlah paling besar

Fokus melangsaikan hutang paling kecil secepat mungkin

Bayar hutang-hutang yang lain pada kadar minimum

Setelah selesai membayar hutang paling kecil, langsaikan hutang seterusnya dalam senarai anda

Ulang langkah yang sama sehingga anda berjaya selesaikan segala hutang

Gunakan kaedah SMART
Menyebut tentang matlamat kewangan, pastikan anda terapkan kaedah S.M.A.R.T. dalam perancangan:
SPECIFIC
(KHUSUS)
- Adakah matlamat anda khusus dan jelas?
MEASURABLE
(BOLEH DIUKUR)
- Bolehkah matlamat anda diukur?
ACHIEVABLE
(BOLEH DICAPAI)
- Adakah matlamat anda realistik?
RELEVANT
(RELEVAN)
- Kenapa anda menetapkan matlamat ini?
TIME-BOUND
(JANGKA MASA)
- Adakah anda menetapkan jangka masa untuk setiap matlamat?
Lebih spesifik matlamat anda, lebih mudah untuk ianya dicapai. Gunakan kaedah ini untuk menetapkan matlamat kewangan anda dan pastikan anda sentiasa menjejak perkembangan anda sehingga akhir tahun. Di AIA, kami juga boleh membantu anda membina dan melindungi harta kekayaan anda melalui Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh.

Kekal Dilindungi
Matlamat kewangan yang dirancang sebaiknya boleh membantu anda mengetahui kedudukan kewangan anda. Kalau anda masih tidak pasti bagaimana untuk memulakan langkah pertama, anda boleh terlebih dahulu mengambil Financial Health Check percuma daripada AIA. bagi memahami keperluan perlindungan anda.
Perancangan matlamat kewangan memerlukan usaha, disiplin dan komitmen, tetapi segalanya pasti berbaloi apabila anda berjaya mencapai matlamat-matlamat tersebut!
Rujukan
http://bijakuruswang.blogspot.com/2008/01/bagaimana-membuat-matlamat-kewangan.html
https://www.adamzubir.com/blog/5-cara-capai-matlamat-kewangan

Matlamat Kewangan Kendiri 2023
Tahun baru, azam baru. Sekarang adalah waktu paling ideal untuk merancang matlamat kewangan bagi tahun 2023.

Tahun baru patut dimulakan dengan langkah yang betul. Salah satu cara terbaik adalah dengan menetapkan matlamat kewangan dan merancang pelan tindakan untuk mencapainya. Praktikkan beberapa tip berikut bagi membantu anda mencapai impian pada tahun 2023:
Jejak Perbelanjaan
Ini langkah pertama yang anda harus lakukan. Jejak aliran tunai keluar masuk dengan mencatat segala perbelanjaan anda.
Langkah ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas tentang perbelanjaan bulanan anda dan boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu untuk berjimat.

Fokus Langsaikan Hutang
Anda disarankan untuk menyenaraikan segala hutang mengikut keutamaan.
Gunakan Teknik Snowball iaitu kaedah menyelesaikan hutang bermula daripada jumlah yang paling kecil sehingga jumlah hutang yang paling besar. Begini caranya:

Senaraikan jumlah hutang dan susun hutang daripada jumlah paling kecil sehingga jumlah paling besar.

Fokus melangsaikan hutang paling kecil secepat mungkin

Bayar hutang-hutang yang lain pada kadar minimum

Setelah selesai membayar hutang paling kecil, langsaikan hutang seterusnya dalam senarai anda

Ulang langkah yang sama sehingga anda berjaya selesaikan segala hutang

Gunakan kaedah SMART
Menyebuttentang matlamat kewangan, pastikan anda terapkan kaedah S.M.A.R.T dalam perancangan:
SPECIFIC
(KHUSUS)
- Adakah matlamat anda khusus dan jelas?
MEASURABLE
(BOLEH DIUKUR)
- Bolehkah matlamat anda diukur?
ACHIEVABLE
(Boleh Dicapai)
- Adakah matlamat anda realistik?
RELEVANT
(RELEVAN)
- Kenapa anda menetapkan matlamat ini?
TIME-BOUND
(Jangka Masa)
- Adakah anda menetapkan jangka masa untuk setiap matlamat?
Lebih spesifik matlamat anda, lebih
mudah untuk ianya dicapai. Gunakan kaedah ini untuk menetapkan
matlamat kewangan anda dan pastikan anda sentiasa menjejak
perkembangan anda sehingga akhir tahun. Di AIA, kami juga boleh
membantu anda membina dan melindungi harta kekayaan anda melalui
Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh
AIA
Kekal Dilindungi
Matlamat kewangan yang dirancang sebaiknya boleh membantu anda
mengetahui kedudukan kewangan anda. Kalau anda masih tidak pasti
bagaimana untuk memulakan langkah pertama, anda boleh terlebih
dahulu mengambil Financial Health Check
percuma daripada AIA bagi memahami
keperluan perlindungan anda.