Artikel berkaitan
Percutian Pertama Sejak Covid Melanda? Semak To-Do-List Ini Sebelum Melancong!
Percutian Pertama
Sejak Covid Melanda?
Semak To-Do-List Ini Sebelum Melancong!
Sebelum melancong ke luar negara, pastikan anda rancang dengan teliti dan buat persiapan awal agar perjalanan anda berjalan lancar.

Cuti sekolah kini tiba! Pastinya ramai di antara kita yang merancang untuk melancong ke pelbagai destinasi termasuk di luar negara. Namun disebabkan pandemik, perjalanan ke luar negara kini tidak sama seperti dulu.
Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda tahu supaya anda boleh merancang perjalanan dengan lebih baik.
Di sini kami senaraikan tiga perkara iaitu:

Sediakan pasport, visa, dan segala dokumen penting
Banyak yang telah berubah sejak COVID-19 melanda dunia pada dua tahun lepas, termasuk keperluan perjalanan. Sebelum bertolak, pastikan anda melayari portal imigresen negara yang ingin anda kunjungi untuk pastikan jenis dokumen yang diperlukan seperti visa, pas perjalanan, dan lain-lain.
Lakukan ini seawal yang anda boleh bagi mengelakkan senarai menunggu yang lebih panjang. Jangan lupa juga untuk semak tarikh luput pasport ya!

Periksa polisi keluar dan masuk negara yang dituju

Walaupun Malaysia sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, polisi keluar dan masuk negara lain mungkin berbeza. Dasar COVID-19 seperti ujian PCR negatif atau polisi vaksinasi juga sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa. Jadi, pastikan anda mendapatkan maklumat lengkap berkenaan polisi keluar masuk negara pasca pandemik agar ia tidak merosakkan rancangan percutian anda.

Pastikan sijil vaksinasi anda adalah yang terkini
Aplikasi MySejahtera yang dibina oleh kerajaan Malaysia adalah rasmi dan boleh digunakan di seluruh dunia sebagai bukti vaksinasi.
Pastikan butiran anda adalah terkini dan tepat kerana anda mungkin perlu menghantar salinan sijil vaksinasi digital anda sebelum memulakan perjalanan.

Bersedia untuk menikmati percutian
Melancong ke luar negara sememangnya menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Rancang dengan teliti dan lakukan persiapan lebih awal supaya anda boleh menikmati ketenangan fikiran sepanjang percutian anda. Selamat bercuti!
https://www.traveloka.com/ms-my/explore/tips/sijil-vaksinasi/135058
https://www.aia.com.my/en/what-matters/health-wellness/expect-the-unexpected-travel-troubles-and-being-ready.html
http://www.myhealth.gov.my/melancong-dalam-keadaan-yang-sihat-dan-perlindungan-yang-baik/
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/pasca-covid-19-trend-percutian-pelancongan-semakin-berubah-369396
https://news.uthm.edu.my/ms/2022/06/persediaan-melancong-ke-jepun-selepas-pandemik/