Ini sering terjadi di tempat kerja: Bila tengah hari, semua akan mengalihkan pandangan daripada kerja dan bertanya, “Nak makan apa?” Makan malam pun memang dinanti, selalunya dinikmati bersama teman di untuk menikmati hidangan yang enak.
Tapi, sarapan pagi jarang sekali mengujakan. Mungkin kerana faktor luaran – badan kita baru terjaga, kita terlalu sibuk dengan urusan awal pagi, atau kita terganggu dengan cabaran kerja yang mendatang. Ini bermakna kita tiada masa untuk fikir tentang makanan di waktu pagi.Tapi, faktor-faktor ini juga adalah sebab utama kena kita perlu mementingkan waktu sarapan.
Berikut adalah sebab mengapa sarapan pagi yang sihat mampu membantu anda menjadi lebih cergas dan memanfaatkan hari anda.