Artikel berkaitan
Ketahui Tanda-Tanda Awal Autisme pada Bayi dan Kanak-Kanak

Ketahui Tanda-tanda
Awal Autisme pada Bayi
dan Kanak-Kanak
Ketahui simptom awal anak-anak autisme untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

“Saya dan suami berasa sangat gembira apabila menerima kelahiran cahaya mata sulung kami, Arif. Apabila Arif membesar, kami menyedari bahawa perkembangan Arif berbeza berbanding kawan seusianya. Arif lebih suka bermain seorang diri, selalu tantrum dan tidak memberi apa-apa respon apabila namanya dipanggil. Kami sentiasa berasa tertekan kerana tidak tahu bagaimana untuk melayan kehendak Arif. Kami buntu.”
Sebenarnya, ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai anak autisme. Disebabkan ini, kanak-kanak ini sering kali dilabelkan sebagai cenderung tantrum, nakal, tidak mendengar kata, dan sebagainya. Adalah penting untuk kita memahami bahawa kanak-kanak autisme sangat istimewa, dan persepsi negatif yang selalu digambarkan kepada masyarakat awam harus dielakkan.
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap tahun, satu daripada 68 bayi yang baru lahir atau 9,000 bayi didiagnosis dengan autisme.

Apakah Autisme?
Secara ringkasnya, autisme merupakan sejenis gangguan perkembangan di mana ianya menjejaskan beberapa perkara seperti komunikasi, emosi, tingkah laku, interaksi sosial dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.
Tanda-tanda Awal Autisme
1
Kesukaran Bersosial
“Anak saya tak berminat langsung untuk bermain bersama kawan-kawannya.”
“Apabila saya bercakap dengan anak saya, dia langsung tidak memberikan perhatian.”
Kebanyakan kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme lebih suka menyendiri dan terpisah dari orang yang berada di sekeliling mereka. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri dan interaksi sosial yang asas menyukarkan mereka.
2
Kesukaran Berkomunikasi
Kanak-kanak autisme juga mempunyai masalah dari segi komunikasi iaitu bahasa yang digunakan atau cara percakapan mereka. Contohnya, cara mereka menyampaikan sesuatu ialah menjerit tanpa henti, menggagap, atau meniru kata-kata orang lain (echolalia).
“Jika kami bertanya soalan kepadanya, dia tak memahami ataupun tak tau nak jawap, walaupun soalannya mudah.”
“Anak saya masih belum boleh bercakap walaupun sudah berusia 2 tahun.”
3
Kesukaran Menerima Perubahan
“Anak saya akan cepat tantrum jika rutin hariannya berubah, contohnya apabila saya tidak membacakan buku kegemarannya setiap hari.”
“Anak saya ada kertas kosong yang dilipat dan disimpan. Dah lusuh dan hampir koyak, tapi anak saya tetap nak simpan dan bawa ke mana-mana.”
Kebergantungan kepada sesuatu benda merupakan antara ciri utama kanak-kanak autisme. Mereka terlalu obses dengan sesuatu ataupun terlalu mengikuti satu jadual sehinggakan hidup mereka menjadi rutin, dan ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk menerima perubahan.
4
Kurang Hubungan Mata dan Tidak Memberi Respon
Sebagai contoh, bayi autisme yang sudah menjangkau umur 6 bulan mungkin tidak akan memandang tepat kepada muka seseorang ataupun bayi itu kurang memandang orang lain. Apabila bayi ini semakin membesar pula, dia tidak memberikan respon apabila namanya dipanggil dan tidak mahir menggunakan isyarat komunikasi seperti melambai-lambai tangannya atau menunjuk kepada sesuatu.
“Saya akan memanggil nama anak saya berulang kali, tetapi dia tetap tak akan memberi respon dengan perkataan ataupun pergerakan.”
“Anak saya akan bercakap dengan saya, tetapi matanya akan memandang ke arah lain.”
Antara beberapa tanda lain yang agak ketara ialah kanak-kanak autisme juga mungkin mempunyai cara pergerakan yang aneh seperti berjalan dengan kelam kabut, ataupun sentiasa bersifat gelisah. Mereka juga cenderung untuk mengulangi sesuatu tindakan atau pergerakan seperti menghayunkan badan ke depan dan ke belakang, atau berjalan mengelilingi objek tertentu.
Bagaimana Membuat Pengesanan Awal
Pengesanan awal dan campur tangan amat penting kerana dapat melatih kanak-kanak autisme menguruskan diri mereka dalam kehidupan seharian, dan boleh memberikan kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna untuk mereka sekeluarga. Antaranya:
Terapi Main
Walaupun kanak-kanak autisme bermain dengan cara yang berbeza seperti bermain bersendirian dan permainan mereka sering berulang, tetapi ibu bapa masih boleh bermain bersama mereka. Ini boleh membantu kanak-kanak tersebut meneroka perasaan dan persekitaran, serta membina hubungan yang lebih bermakna dengan orang lain.
Terapi Carakerja (Occupational Therapy, OT)
Melalui terapi ini, kanak-kanak autisme didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan penggunaan objek tertentu dalam kehidupan seharian mereka, seperti cara memegang cawan dengan betul untuk minum air atau cara memegang pensel untuk menulis. Campur tangan awal akan meningkatkan pemahaman mereka mengenai sesuatu perkara, dan memudahkan kelangsungan hidup mereka.
Analisis Tingkah Laku Gunaan
(Applied Behaviour
Analysis)
Ini merupakan terapi yang dapat meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi, dan pembelajaran kanak-kanak autisme. Terapi ini mengesyorkan sistem ganjaran untuk tingkah laku yang ‘betul’, dan ini akan memudahkan kanak-kanak tersebut mendengar kata, memahami peraturan dan mendengar nasihat.

Jika anda rasa bimbang atau buntu mengenai cara pemulihan yang sesuai, dapatkan penilaian segera daripada pakar-pakar penjagaan kesihatan dan yang terlibat dengan perkembangan kanak-kanak istimewa.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa agensi bukan kerajaan yang menawarkan pelbagai program dan penyediaan sokongan untuk golongan autisme dan keluarga mereka. Antaranya:
Sokongan serta rawatan yang berkesan akan membantu perkembangan anak-anak anda, dan dapat memberi mereka peluang untuk mencapai potensi penuh dalam kehidupan mereka.
Anak autisme adalah anugerah buat anda, oleh itu, diharapkan anda sentiasa bersabar, tabah dan bersikap positif dalam mengharungi cabaran-cabaran sepanjang perjalanan anda membesarkan anak istimewa ini.
Rujukan:
- https://www.nasom.org.my/#:~:text=NASOM%20%E2%80%93%20The%20National%20Autism%20Society%20of%20Malaysia
- https://www.autismmalaysia.com/
- https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/gangguan-perkembangan-anak/ciri-ciri-autisme-pada-kanak-kanak/
- https://www.hmetro.com.my/hati/2018/12/406328/dugaan-anak-autisme
- https://mypositiveparenting.org/ms/2014/02/02/autisme/
- https://www.parents.com/baby/health/autism/early-autism-intervention-activities-for-babies/
- https://www.webmd.com/brain/autism/therapies-to-help-with-autism
- https://www.autismmalaysia.com/ms/applied-behavioural-analysis-bm/
- https://ms.approby.com/main-terapi-dan-autisme/

Terapi Carakerja
(Occupational Therapy, OT)