- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat

Vitality Joy Wallet dengan AIA Vitality
Nikmati manfaat tambahan Vitality Joy Wallet sebagai ahli AIA Vitality (tertakluk kepada status keahlian):
- Faedah Pemvaksinan Kanak-kanak
- Penjagaan Pergigian
- Penjagaan Optikal
- Penjagaan Pendengaran
Terma & Syarat
- Untuk kes-kes pranatal:
- Tempoh kehamilan bawah 14 minggu – bagi wanita mengandung yang berumur antara 18 dan 40 tahun (hanya bagi pelanggan A-Life Lady360 dan A-Life Lady).
- Tempoh kehamilan antara 13 dan 35 minggu – bagi wanita mengandung yang berumur antara 18 dan 45 tahun.
- Jika tempoh perlindungan yang dipilih adalah sehingga umur 70 atau 80 tahun; polisi anda didatangkan dengan Sambungan Automatik untuk Tempoh Perlindungan di mana tempoh perlindungan polisi (kecuali rider A-Plus WaiverExtra, jika ada) akan berterusan sehingga Orang yang Dilindungi berusia 100 tahun bagi pelan asas dan usia perlindungan maksimum bagi mana-mana rider tambahan DENGAN SYARAT ada jumlah yang mencukupi dalam akaun untuk ditolak bagi caj polisi dan kos insurans bagi mana-mana rider tambahan. Premium biasa tidak diperlukan sepanjang tempoh perlindungan dilanjutkan ini dan anda boleh menambah nilai akaun anda dengan membayar tambahan biasa atau ad-hoc. Perlindungan insurans yang disediakan bawah pelan asas dan rider tambahan akan tamat setelah nilai akaun digunakan sepenuhnya. Anda boleh memaklumkan Syarikat terlebih awal jika mahu menarik diri daripada Pelanjutan Tempoh Perlindungan Automatik sebelum polisi matang. Sila ambil maklum jika anda memilih untuk membuat pengeluaran daripada Perlanjutan Tempoh Perlindungan Automatik, pelan asas dan semua rider tambahan termasuk A-Plus Health dan mana-mana amaun Health Wallet (jika tertakluk) akan tamat bersama polisi. Mana-mana permohonan untuk Perlanjutan Tempoh Perlindungan Automatik tidak lagi dibenarkan selepas anda menarik diri daripadanya.
- Perlindungan bagi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal adalah sehingga umur 70 tahun.
- Manfaat Pertambahan Automatik akan berasaskan amaun perlindungan asal atau amaun perlindungan semasa, yang mana lebih rendah. Manfaat ini terhad kepada RM100,000 setiap polisi.
- Kos insurans ditolak daripada nilai akaun anda bergantung pada umur yang dicapai anak anda, ia akan meningkat selari dengan peningkatan umur anak anda.
- Kos Insurans pelan ini tidak dijamin, anda perlu membayar premium tambahan jika Kos Insurans disemak semula. Syarikat berhak menyemak semula Kos Insurans dengan memberi pemegang polisi notis bertulis 3 bulan sebelumnya
- Anda boleh menukar dana mengikut keperluan anda. Caj penukaran adalah percuma buat masa ini dan AIA berhak menyemak caj penukaran dengan memberi anda notis bertulis 3 bulan sebelumnya.
- Nilai akaun polisi anda tidak dijamin dan berubah mengikut prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA. Risiko pelaburan dana ini ditanggung sepenuhnya oleh anda.
- Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Sila ambil maklum bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa
- Maklumat di atas tidak lengkap. Anda disyorkan untuk meminta salinan Ilustrasi Produk dan Lampiran Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Bagi penjelasan terperinci tentang manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk kontrak polisi.