Artikel berkaitan
Cara dan Aktiviti Bakar Kalori Setiap Hari
BAKAR KALORI
Dengan Mencuba Aktiviti Ini Setiap hari.
Tahukah anda? Terdapat pelbagai cara mudah yang boleh diamalkan setiap hari untuk menurunkan berat badan tanpa perlu bersusah-payah? Anda juga tidak perlu membazir masa atau berbelanja besar untuk ke gimnasium hanya untuk tampil sihat dan hebat!
Terdapat beberapa pilihan aktiviti yang boleh membakar kalori untuk tujuan menguruskan badan selain daripada melakukan aktiviti sukan seperti bermain badminton, berlari, berbasikal dan sebagainya.
Anda boleh memilih untuk membakar kalori dengan melakukan aktiviti mudah dalam suasana santai seperti berkebun, menari, mengemas rumah dan sebagainya.
Lihat sekeliling rumah anda - banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan jika anda kurang meminati aktiviti sukan. Ada beberapa aktiviti yang boleh diamalkan untuk membakar kalori. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui aktiviti yang dimaksudkan!
lakukan kerja rumah
Lihat sekeliling rumah anda — banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan jika anda kurang meminati aktiviti sukan. Ada beberapa aktiviti yang boleh diamalkan untuk membakar kalori. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui aktiviti yang dimaksudkan!
lakukan kerja rumah
Bersihkan Tingkap - 250 kalori/jam
Ketika membersihkan tingkap, anda perlu membongkokkan badan untuk mencelup span dalam baldi dan berdiri untuk membersihkan tingkap. Anda boleh bercangkung (squat) ketika membongkokkan badan kerana squat dapat membakar kalori, sekaligus menguatkan otot kaki dan memperbetulkan postur badan anda.
Aktiviti ini bukan sahaja menjadikan tingkap anda bersih bersinar, ia juga mampu membakar kalori anda di antara 170-250 kalori setiap jam. Jumlah kalori yang sama seperti anda makan dua pek kerepek kentang!
Pastikan anda berikan lebih perhatian kepada setiap pergerakan untuk memaksimumkan regangan otot semasa anda membersihkan tingkap.
Berkebun - 153 kalori/jam
Pergerakan seperti mengalihkan pasu, menggembur dan mencangkul tanah mampu membakar kalori. Ia secara tidak langsung dapat menguatkan otot bahu dan otot perut anda.
Berkebun bukan sahaja menyeronokkan malah ia juga merupakan aktiviti yang boleh menurunkan berat badan dan pada masa yang sama menjadikan kediaman anda lebih indah dan mendamaikan.
Mencuci Pakaian - 78 kalori/jam
Mencuci pakaian sememangnya salah satu kerja rumah yang sangat leceh kerana anda perlu mengumpul pakaian kotor, mengalihkan dari bakul ke mesin basuh. Kemudian anda perlu menyidai, mengangkat dan melipat pakaian tersebut. Tetapi tahukah anda, aktiviti ini secara keseluruhan adalah bersamaan dengan 1,000 bangkit tubi (sit up)?
Anda boleh mulakan dengan mengumpul dan mengangkat pakaian (anggaran 0.5 kg hingga 6.5 kg), kemudian naik turun tangga dan ulang sekerap mungkin. Ini mampu membakar kira-kira enam kalori seminit. Selain itu, ia juga dapat menguatkan otot kaki dan tangan anda!
Rekod pergerakan harian anda dengan AIA Vitality. Disamping dapat menjejak aktiviti sihat yang telah dilakukan, anda juga berpeluang untuk mengumpul mata ganjaran. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Menyapu Sampah - 156 kalori/jam
Menyapu sampah sebenarnya boleh membakar lebih banyak kalori daripada berjalan kaki. Ketika anda menyapu, selitkan rutin senaman sampingan seperti lunges. Lunges bukan sahaja melatih bahagian otot bawah badan anda, ia juga membantu otot perut anda agar lebih kuat. Bayangkan jika anda gabungkan aktiviti menyapu sampah dengan lunges, pasti akan mengeluarkan lebih banyak peluh yang sihat!
kekal hidrat
Kekurangan pengambilan air di dalam badan menurunkan kadar metabolisme anda. Sebab itulah anda disarankan untuk minum air secukupnya.
Selain mengenyangkan perut, air yang cukup akan memastikan badan kekal terhidrat serta mempercepatkan metabolisme badan. Apabila kadar metabolisme anda tinggi, peluang untuk menurunkan berat badan juga meningkat! Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya mulai sekarang.
Nak lebih sihat? Minum air dengan hirisan buah lemon kerana ia dapat melancarkan sistem penghadaman dan menyingkirkan toksin dalam badan. Selain itu, buah lemon juga mengandungi pektin, sejenis serat larut air dalam buah-buahan dan sayuran yang mampu mengenyangkan anda untuk tempoh yang lama.
Hidratkan badan, tambahkan lemon dalam minuman. Sebagai ahli AIA Vitality, anda dapat menikmati diskaun 10% apabila anda membeli buah-buahan termasuk lemon dan sayur-sayuran di Jaya Grocer.
postur badan yang baik
Mempunyai postur badan yang baik bukan sahaja menjadikan anda kelihatan tegap dan tinggi, ia juda menjadikan penampilan anda tampak lebih menarik. Selain itu, ia turut menguatkan otot teras utama badan anda. Menarik kan?
Oleh yang sedemikian, pastikan anda menjaga postur badan dengan berdiri dan duduk dalam posisi tegak kerana posisi ini membuatkan otot teras anda bekerja keras. Ia juga menahan bahagian atas badan anda, seterusnya membakar kalori tambahan yang tidak diperlukan badan.
Anda boleh lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh membantu anda menurunkan berat badan, asalkan ia dilakukan dengan kaedah yang betul. Jangan lupa untuk kekalkan postur yang baik sepanjang melakukan aktiviti bagi mengelakkan sebarang kecederaan otot. Mudah-mudahan proses untuk membakar kalori anda berjalan lancar!
https://www.healthhub.sg/live-healthy/224/lose_weight_healthy_way
https://www.womensweekly.com.sg/gallery/beauty-and-health/heres-burn-major-calories-without-exercise/
https://www.everydayhealth.com/weight/everyday-activities-that-burn-calories.aspx
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/92146/bakar-kalori-dengan-kerja-rumah
BAKAR KALORI
Dengan Mencuba Aktiviti Ini Setiap hari.
Tahukah anda? Terdapat pelbagai cara mudah yang boleh diamalkan setiap hari untuk menurunkan berat badan tanpa perlu bersusah-payah? Anda juga tidak perlu membazir masa atau berbelanja besar untuk ke gimnasium hanya untuk tampil sihat dan hebat!
Terdapat beberapa pilihan aktiviti yang boleh membakar kalori untuk tujuan menguruskan badan selain daripada melakukan aktiviti sukan seperti bermain badminton, berlari, berbasikal dan sebagainya.
Anda boleh memilih untuk membakar kalori dengan melakukan aktiviti mudah dalam suasana santai seperti berkebun, menari, mengemas rumah dan sebagainya.
Lihat sekeliling rumah anda — banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan jika anda kurang meminati aktiviti sukan. Ada beberapa aktiviti yang boleh diamalkan untuk membakar kalori. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui aktiviti yang dimaksudkan!
lakukan kerja rumah
Bersihkan Tingkap - 250 kalori/jam
Ketika membersihkan tingkap, anda perlu membongkokkan badan untuk mencelup span dalam baldi dan berdiri untuk membersihkan tingkap. Anda boleh bercangkung (squat) ketika membongkokkan badan kerana squat dapat membakar kalori, sekaligus menguatkan otot kaki dan memperbetulkan postur badan anda.
Aktiviti ini bukan sahaja menjadikan tingkap anda bersih bersinar, ia juga mampu membakar kalori anda di antara 170-250 kalori setiap jam. Jumlah kalori yang sama seperti anda makan dua pek kerepek kentang!
Pastikan anda berikan lebih perhatian kepada setiap pergerakan untuk memaksimumkan regangan otot semasa anda membersihkan tingkap.
Berkebun - 153 kalori/jam
Pergerakan seperti mengalihkan pasu, menggembur dan mencangkul tanah mampu membakar kalori. Ia secara tidak langsung dapat menguatkan otot bahu dan otot perut anda.
Berkebun bukan sahaja menyeronokkan malah ia juga merupakan aktiviti yang boleh menurunkan berat badan dan pada masa yang sama menjadikan kediaman anda lebih indah dan mendamaikan.
Mencuci Pakaian - 78 kalori/jam
Mencuci pakaian sememangnya salah satu kerja rumah yang sangat leceh kerana anda perlu mengumpul pakaian kotor, mengalihkan dari bakul ke mesin basuh. Kemudian anda perlu menyidai, mengangkat dan melipat pakaian tersebut. Tetapi tahukah anda, aktiviti ini secara keseluruhan adalah bersamaan dengan 1,000 bangkit tubi (sit up)?
Anda boleh mulakan dengan mengumpul dan mengangkat pakaian (anggaran 0.5 kg hingga 6.5 kg), kemudian naik turun tangga dan ulang sekerap mungkin. Ini mampu membakar kira-kira enam kalori seminit. Selain itu, ia juga dapat menguatkan otot kaki dan tangan anda!
Rekod pergerakan harian anda dengan AIA Vitality. Disamping dapat menjejak aktiviti sihat yang telah dilakukan, anda juga berpeluang untuk mengumpul mata ganjaran. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Menyapu Sampah - 156 kalori/jam
Menyapu sampah sebenarnya boleh membakar lebih banyak kalori daripada berjalan kaki. Ketika anda menyapu, selitkan rutin senaman sampingan seperti lunges. Lunges bukan sahaja melatih bahagian otot bawah badan anda, ia juga membantu otot perut anda agar lebih kuat. Bayangkan jika anda gabungkan aktiviti menyapu sampah dengan lunges, pasti akan mengeluarkan lebih banyak peluh yang sihat!
kekal hidrat
Kekurangan pengambilan air di dalam badan menurunkan kadar metabolisme anda. Sebab itulah anda disarankan untuk minum air secukupnya.
Selain mengenyangkan perut, air yang cukup akan memastikan badan kekal terhidrat serta mempercepatkan metabolisme badan. Apabila kadar metabolisme anda tinggi, peluang untuk menurunkan berat badan juga meningkat! Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya mulai sekarang.
Nak lebih sihat? Minum air dengan hirisan buah lemon kerana ia dapat melancarkan sistem penghadaman dan menyingkirkan toksin dalam badan. Selain itu, buah lemon juga mengandungi pektin, sejenis serat larut air dalam buah-buahan dan sayuran yang mampu mengenyangkan anda untuk tempoh yang lama.
Hidratkan badan, tambahkan lemon dalam minuman. Sebagai ahli AIA Vitality, anda dapat menikmati diskaun 10% apabila anda membeli buah-buahan termasuk lemon dan sayur-sayuran di Jaya Grocer.
Postur Badan Yang Baik
Mempunyai postur badan yang baik bukan sahaja menjadikan anda kelihatan tegap dan tinggi, ia juga menjadikan penampilan anda tampak lebih menarik. Selain itu, ia turut menguatkan otot teras utama badan anda. Menarik kan?
Oleh yang sedemikian, pastikan anda menjaga postur badan dengan berdiri dan duduk dalam posisi tegak kerana posisi ini membuatkan otot teras anda bekerja keras. Ia juga menahan bahagian atas badan anda, seterusnya membakar kalori tambahan yang tidak diperlukan badan.
Kesimpulannya, kenal pasti aktiviti harian yang mudah untuk diamalkan atau anda boleh ikuti saranan kami sebagai permulaan. Apa kata anda cuba latih otot perut anda dengan cara-cara berikut: