Menurut laporan tahun 2014 oleh International Diabetes Federation, kira-kira 497,000 orang kanak-kanak di seluruh dunia telah didiagnos dengan kencing manis (Jenis 1). Gaya hidup yang banyak duduk (sedentari) di kalangan kanak-kanak dikatakan penyumbang kepada peningkatan kes-kes kencing manis setiap tahun. Adakah anda risau anak anda mempunyai risiko kencing manis? Teruskan membaca untuk memahami apa itu kencing manis dan apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi anak anda daripada risiko tersebut.
1. Apa itu kencing manis?
Dalam bahasa yang mudah, kencing manis ialah keadaan di mana tubuh badan gagal menghasilkan insulin (iaitu hormon yang menukarkan gula dan kanji kepada tenaga). Satu contoh kencing manis ialah apabila tubuh menjadi kalis atau menentang kesan-kesan insulin.
2. Dua jenis kencing manis
Jenis 1
Kencing manis Jenis 1 juga dikenali sebagai kebergantungan terhadap insulin atau kencing manis zaman kanak-kanak kerana ia lazimnya disebabkan keturunan. Ia adalah penyakit autoimun, bermakna apabila sistem menyerang tisu dan organ, pankreas mula gagal berfungsi dan tidak menghasilkan insulin. Tanpa suntikan insulin, kesihatan pesakit boleh menjadi teruk dan mungkin mengakibatkan maut.
Jenis 2
Pada mulanya jenis ini dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa. Namun begitu, Jenis 2 sekarang didapati menyerang kanak-kanak juga. Jenis 2 berlaku apabila badan menentang insulin. Meskipun faktor genetik boleh mengakibatkan Jenis 2, faktor gaya hidup adalah penyumbang yang terbesar.
3. Bagaimana obesiti dan kencing manis berhubungkait?
- Obesiti
- Otot dan sel lemak tidak memanfaatkan insulin secara efektif
- Organ-organ lain menentang insulin
- Pankreas perlu menghasilkan insulin lebih untuk memastikan tahap glukosa di peringkat normal
- Seiring waktu, perkara ini akan memberatkan pankreas
- Organ akhirnya gagal untuk menghasilkan insulin yang cukup
- Tahap gula dalam darah menjadi abnormal
- Pembentukan kencing manis Jenis 2
Obesiti dan gaya hidup sedentari adalah dua faktor terbesar kepada kencing manis Jenis 2 di kalangan kanak-kanak. Menurut statistik, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia, dan menurut laporan dari Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) pada 2015, lebih daripada 7% kanak-kanak di Malaysia di bawah umur lima tahun telah dikenalpasti sebagai terlebih berat badan.
4. Tiga mitos kencing manis
Mitos: Ia boleh diubat.
Kebenaran: Tiada penawar bagi Jenis 1 buat masa sekarang – ia hanya boleh dikawal. Jenis 2 boleh dielak atau dilambatkan dengan gaya hidup yang sihat.
Mitos: Anda boleh menghalang Jenis 1 dengan menyingkirkan gula dari pemakanan anda.
Kebenaran: Gula mempunyai kesan yang rendah terhadap Jenis 1 kerana Jenis 1 lazimnya berlaku akibat genetik. Walaubagaimanapun, gaya pemakanan yang tidak sihat terutama sekali dengan pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan penyakit itu menjadi lebih teruk. Ini perkara yang sama dengan Jenis 2 yang dihubungkait dengan kegemukan.
Mitos: Ia boleh disebarkan melalui sentuhan atau berkongsi makanan dan minuman dengan kanak-kanak yang sakit kencing manis.
Kebenaran: Kencing manis bukan penyakit berjangkit dan tidak disebarkan seperti selesema.
5. Gejala asas penyakit kencing manis
Lazimnya kanak-kanak dengan Jenis 1 mempunyai gejala yang lebih ketara. Kanak-kanak dengan Jenis 2 lazimnya tidak menunjukkan gejala yang ketara kerana petanda penyakit itu hanya menonjol dengan masa. Cara terbaik untuk mengesan Jenis 2 ialah dengan membuat pemeriksaan jika anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Lapar atau dahaga yang melampau
- Kerap kencing semasa tidur
- Kerap kencing
- Keletihan yang melampau
- ‘Mood’ yang berubah-ubah secara abnormal
- Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
- Jangkitan kulat
- Pigmentasi atau warna tidak sekata di bahagian-bahagian tertentu di badan
6. Tip untuk mengawal kencing manis
Jenis 1
Penyakit ini boleh memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi mental dan emosi. Apabila berlaku gangguan dalam aktiviti harian mereka, agak susah bagi mereka berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah dan dalam persekitaran sosial. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menganjurkan sesi pendidikan dan pemahaman bersama sekolah untuk kanak-kanak lain. Pastikan ibu bapa dan guru-guru mengetahui akan cara merawat kencing manis dalam waktu kecemasan. Dari segi perubatan, pakar perubatan akan mencadangkan terapi insulin. Ini membantu menggantikan kekurangan insulin dalam badan. Pemakanan yang sihat juga dapat membantu mengawal penyakit ini.
Jenis 2
Kanak-kanak yang mengalami kencing manis Jenis 2 boleh menikmati kualiti hidup yang bagus jika keadaan mereka dikawal baik oleh ibu bapa atau penjaga. Dalam kes Jenis 2, gaya hidup yang sihat, mengekalkan berat badan yang sederhana dan bersenam dengan kerap adalah perkara yang paling penting. Pesakit juga dinasihatkan melakukan pemeriksaan dengan doktor kerana risiko untuk mengalami penyakit-penyakit yang berkait dengan kencing manis adalah tinggi semasa usia muda.
7. Sebagai ibu bapa, apa yang boleh saya lakukan untuk anak saya?
Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ialah dengan memastikan anak itu didedahkan dengan gaya hidup yang sihat dari kecil. Cuba sertai program AIA Vitality, suatu program kesihatan yang unik di mana ia menyokong dan memberi ganjaran kepada anda dan keluarga apabila anda membuat pilihan sihat setiap hari.
Kedua, pemilikan pelan perlindungan yang bagus juga penting. Perkara terakhir yang anda perlu risaukan ialah kelewatan, bil-bil, atau menjadi kelam-kabut untuk mencari cara menyokong anak jika dia didapati menghidapi kencing manis. Pelan insurans yang mantap bukan sahaja dapat memberikan perlindungan kesihatan, malahan ia patut memberikan anda perlindungan terhadap beban kewangan apabila berlakunya penyakit kritikal. Apa yang perlu anda pertimbangkan? Pelan AIA Critical Illness Protection adalah tempat terbaik untuk anda bermula kerana apabila pemulihan jangka masa panjang diperlukan, kewangan anda juga mungkin terjejas.
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
Artikel berkaitan