Fahami mengapa anda merokok, supaya anda boleh mencari kaedah terbaik untuk berhenti.
Tabiat merokok anda mungkin berkait rapat dengan sesetengah aktiviti, perasaan, atau orang tertentu. Perkara-perkara ini adalah penyebab anda mempunyai keinginan untuk merokok. Beri perhatian kepada penyebab-penyebab ini dan cuba untuk kurangkannya. Pergi ke tempat-tempat dengan larangan merokok, luangkan masa dengan mereka yang tidak merokok, cuba hobi atau sukan baru untuk memastikan anda kekal sibuk dan kurang terdedah dengan penyebab-penyebab ini. Jika emosi menyebabkan anda merokok, cari cara untuk mengurangkan sebanyak mungkin tekanan di dalam hidup anda, terutama sekali ketika tempoh cuba berhenti.
Menghadapi ketagihan juga penting. Nikotin adalah bahan kimia di dalam rokok yang membuat anda ketagih. Bagaimanapun, lebih banyak rokok anda hisap, lebih banyak nikotin yang anda perlukan. Apabila badan anda tidak mendapat nikotin, anda mungkin merasa tidak selesa dan mahu merokok – dan inilah ketagihan.
Walaupun mengatasi ketagihan mengambil masa, kebanyakan simptom-simptom ketagihan akan hilang dalam seminggu, tapi keinginan untuk merokok mungkin kekal lebih lama. Ada cara-cara untuk anda bersedia menghadapi ketagihan. Ubat-ubatan dengan atau tanpa preskripsi bersama dengan pengubahsuaian tingkah laku boleh membantu anda mengatasi simptom-simptom tersebut. Kunjungi pakar perubatan anda atau Klinik Berhenti Merokok untuk mendapatkan nasihat ubat-ubatan yang sesuai buat anda.
INGAT: Simptom kegianan, termasuk keinginan merokok, akan berkurangan setiap hari selagi anda kekal bebas tanpa rokok.