pageheroimage

Member Testimonials

Chan Ming May

Keluarga Yang Bersenam Bersama Kekal Sihat Bersama

15 Mei 2021
icon vitality status

Wanita yang bergelar ibu lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil kadangkala mengabaikan semua aktiviti lain, terutamanya senaman. Kehidupan Chan Ming May, ibu kepada tiga anak kecil, membuktikan hakikat ini. Mengimbangi masa antara kerja dan tiga anaknya, Ming May tidak banyak masa untuk bersenam. Malangnya pengabaia ini telah menjejaskan kesihatannya. “Dulu saya sangat aktif dan menyertai pertandingan berenang. Tetapi sejak melahirkan anak, saya tidak lagi aktif dan berat badan saya telah bertambah,” katanya.

Dengan tekad untuk mengambil tindakan menjaga kesihatan, Ming May berjanji untuk hidup lebih aktif. Pada waktu itulah beliau membuat keputusan untuk menyertai AIA Vitality, yang merupakan sebab utama beliau kini menjalani kehidupan lebih sihat. Adiknya yang mendaftarkannya untuk program ini, selepas melihat sendiri manfaat kesihatan yang diperolehi. “Selepas menyertai AIA Vitality, saya mula menyertai sesi berenang dengan rakan-rakan dan juga aktiviti larian yang menyeronokkan,” kata Ming May.

Beliau juga mula melihat perubahan yang berlaku – berat badannya mula turun dan beliau semakin cergas di tempat kerja, dan ini membantu mengurangkan tekanan. Ming May mendapat perspektif baru tentang betapa pentingnya untuk kekal aktif. Akhirnya program ini menjadi sebahagian penting hidupnya, malah kini beliau begitu bersemangat untuk melakukan rutin senaman secara lebih konsisten.

Ming May begitu yakin bahawa tahap kesihatannya sekarang jauh lebih baik. “Saya sudah lama tidak menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi hasil manfaat program ini, saya pasti kesihatan saya kini lebih baik dan saya bercadang untuk membuat temu janji pemeriksaan kesihatan,” kata ibu yang ceria itu.

Selain daripada ganjaran program yang menggalakkan Ming May untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai matlamat kesihatannya, beliau berkata manfaat paling besar ialah peluang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil bersenam.

“Memang motivasi kita meningkat jika diberikan tiket filem percuma, tetapi lebih penting lagi, kini ada aktiviti yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga – iaitu bersenam. Aktiviti ini menjadi contoh yang baik kepada anak-anak saya dan saya juga tetap mahu menjadikannya aktiviti rutin sekeluarga apabila mereka sudah besar kelak,” kata Ming May.

Selain daripada mengeratkan hubungan keluarga, Ming May juga meluangkan lebih banyak masa bersama suami dan rakan-rakan sambil menyertai larian menyeronokkan. “Dalam Larian Malam Men’s Health Women’s Health sebelum ini, saya mendaftarkan diri sendiri, suami dan rakan-rakan. Kami bersama-sama menamatkan larian 5km. Memang wajar untuk bermula dengan larian jarak dekat dahulu dan saya harap untuk berlari lebih jauh dalam acara yang seterusnya. Saya sudah bersedia untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak aktiviti larian,” kata Ming May.

Dengan dorongan yang sewajarnya, Ming May mendapati bahawa bersenam bukan sahaja boleh menjaga kesihatan, tetapi turut mengukuhkan ikatan kekeluargaan, demi kehidupan yang lebih seimbang dan bahagia. 

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.