Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Pengerusi)
Lembaga Pengarah
Pasukan Pengurusan
Tan Sri Dato’ (Dr) Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
Tan Sri Dato’ (Dr) Gooi mempunyai pengalaman lebih 38 tahun dalam bidang perakaunan dan kewangan korporat. Tan Sri Dato’ (Dr) Gooi memainkan peranan penting dalam kejayaan melaksanakan beberapa proses korporat termasuk pemerolehan dan penggabungan dan penyusunan semula hutang korporat oleh PLC. Tan Sri Dato’ (Dr) Gooi kini merupakan Ahli Lembaga Suruhanjaya Sekuriti, Yinson Holdings Bhd, Red Ideas Holdings Berhad dan Perusahaan Sadur Timah Malaysia Berhad. Tan Sri Dato’ (Dr) Gooi juga merupakan ahli Jawatankuasa Pengurusan Hutang dan Liabiliti Negara dan menganggotai panel pelaburan KWSP Malaysia. Tan Sri Dato’ (Dr) Gooi ialah bekas Pengerusi Lembaga EON Bank Bhd dari 2009 hingga 2012, Pengerusi Amity Bond Sdn Bhd, dan Timbalan Pengerusi Avenue Capital Resources Bhd. Tan Sri Dato’ (Dr) Gooi juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)/Pengarah Eksekutif-Urus Niaga Avenue Securities Sdn Bhd. Beliau merupakan ahli Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia.
Dr. Chong Su-Lin
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Dr. Chong ialah graduan dari Royal Free Hospital School of Medicine di London. Beliau memulakan kerjaya di National Health Services, UK, di mana beliau telah mengambil MBA di London Business School. Selepas itu, beliau telah meneruskan pengajian selama dua tahun di Cambridge Pharma Consultancy, dengan pengkhususan dalam bidang farmaekonomi. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Medical Centre Berhad dan Prince Court Medical Centre Sdn Bhd.
Ching Neng Shyan
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Encik Ching adalah seorang Felo Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales serta Ahli Institut Akauntan Malaysia. Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sains Malaysia dan kini merupakan Pengarah Urusan Kennedy, Burkill & Company Berhad sejak daripada tahun 2008 sehingga tahun 2018. Encik Ching juga terdahulu pernah berkhidmat dengan Pannell Kerr Forster, Akauntan Bertauliah di Liverpool, England dan Ernst & Young di Malaysia.
Mahani Binti Amat
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Puan Mahani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (jurusan Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai lebih daripada 27 tahun pengalaman dalam industri perbankan. Beliau memulakan kerjayanya dengan Bank Negara Malaysia pada tahun 1977 di mana beliau bertugas selama 7 tahun dalam Pengurusan Rizab. Pada tahun 1984, beliau menyertai RHB Bank di Singapura dan telah memegang pelbagai jawatan dibawah bahagian Perbendaharaan dan Perbankan Luar Pesisir serta Perbankan Pengguna. Beliau kemudiannya kembali bertugas di RHB Bank Kuala Lumpur pada tahun 2001 dan telah memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam bahagian perbankan premium dan antarabangsa, sehingga jawatan terakhir beliau pada tahun 2004 sebagai Naib Presiden Eksekutif, bahagian operasi dan perkhidmatan.
Tan Hak Leh
Pengarah Eksekutif
En. Tan adalah Ketua Eksekutif Serantau yang bertanggungjawab ke atas perniagaan AIA Group yang beroperasi di Singapura, Brunei, Malaysia, Kemboja, Myanmar dan Indonesia. Sebelum menyandang jawatan terkini, En. Tan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Thailand dari 2016 hingga 2019, Ketua Pegawai Risiko AIA Group pada tahun 2015 dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Singapura dari 2011 hingga 2015. Sebelum menyertai AIA Group, En. Tan adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Great Eastern Life, Singapura. Sebelum menyertai Great Eastern Life, beliau adalah Pengarah Jabatan Insurans di Pihak Berkuasa Monetari di Singapura. En. Tan telah memainkan peranan yang penting dalam industri insurans hayat sejak 2005. Beberapa pelantikannya termasuk: Presiden Persatuan Insurans Hayat (LIA), Singapura dari tahun 2010 hingga 2013 dan Naib Pengerusi Singapore College of Insurance dari tahun 2011 hingga 2013 dan Naib Presiden Persatuan Insurans Hayat Thailand (TLAA) dari 2017 hingga 2018. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Kewangan (Financial Industry Disputes Resolution Centre Ltd.) dari tahun 2008 hingga 2015.
Ben Ng
Ketua Pegawai Eksekutif
Ben bertanggungjawab mengukuhkan kedudukan AIA dalam industri insurans hayat dan membantu syarikat mengoptimumkan pertumbuhannya di Malaysia.
Ben juga memimpin pembangunan berterusan perniagaan insurans dan takaful AIA di negara ini – meningkatkan tahap profesionalisme pasukan agensi, mempertingkatkan perkongsian bancassurance, memperluaskan perniagaan penyelesaian korporat serta memperbaiki tahap penglibatan dan pengalaman para pelanggan
Disamping tiga saluran utama perniagaan AIA - Agensi, Pengagihan Perkongsian dan Penyelesaian Korporat, Ben juga menyelia perniagaan Insurans Am, Takaful Keluarga, Pencen dan Pengurusan Aset, serta unit Perkhidmatan Kesihatan AIA.
Leong Chee Soong
Ketua Pegawai Pengagihan Agensi
Leong dipertanggungjawabkan untuk memacu strategi Agensi Premier AIA di Malaysia dengan fokus merekrut Perancang Hayat sepenuh masa bagi mendukung cita-cita AIA dalam membentuk tenaga agensi terbesar dan paling produktif di negara ini. Leong juga menyelia perniagaan insurans am AIA Malaysia iaitu AIA General Berhad yang menawarkan insurans kemalangan peribadi, hartanah dan motor yang komprehensif yang turut diedarkan melalui Perancang Hayat AIA disamping rakan kongsi bank, cawangan diseluruh negara dan secara dalam talian.
Gary Goh
Ketua Pegawai Teknologi & Operasi
Gary mengetuai pelaksanaan strategi Teknologi, Digital dan Analitik (TDA) syarikat serta menyelia platform perkhidmatan pelanggan dan operasi hayat yang memberi perkhidmatan kepada 5 juta pelanggan AIA Malaysia. Beliau memainkan peranan penting dalam menyokong dan merealisasikan matlamat transformasi digital AIA untuk menyampaikan nilai perniagaan dengan pantas dan kualiti disamping mencapai kecekapan operasi yang diterajui industri dengan memastikan pengalaman yang lancar untuk pelanggan AIA di sepanjang perjalanan Pembelian, Perkhidmatan dan Tuntutan mereka.
Chai Tze Siang
Ketua Pegawai Kewangan
Penelope Gan
Ketua Pegawai Sumber Manusia
Penelope bertanggungjawab keatas pembangunan dan pelaksanaan strategi modal insan keseluruhan AIA Malaysia untuk memastikan ia terus mempunyai saluran bakat yang kukuh, serta keupayaan kritikal yang diperlukan oleh organisasi untuk menyokong pertumbuhan perniagaan semasa dan masa depan.
Beliau juga ditugaskan untuk memastikan budaya dan nilai-nilai berprestasi tinggi AIA sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh matlamat syarikat terus diamalkan oleh lebih dari 2,400 tenaga kerja AIA.
Chee Foong Wai
Ketua Pegawai Pemasaran
Foong Wai bertanggungjawab untuk membangunkan dan memacu strategi serta inisiatif pemasaran bersepadu sejajar dengan tujuan AIA untuk membantu orang ramai menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Beliau mengetuai lima fungsi utama di bawah bahagian Pemasaran yang terdiri daripada Pemasaran Produk & Proposisi Pelanggan, Pemasaran Pelanggan & Pengaktifan Agensi, Cerapan Pelanggan, Penglibatan & Pengalaman Digital, Perkongsian Platform Digital serta Jenama & Komunikasi Korporat.
Heng Zee Wang
Ketua Pegawai Penjagaan Kesihatan
Zee Wang diberi kepercayaan untuk membangunkan dan melaksanakan Strategi Penjagaan Kesihatan Bersepadu AIA yang bertujuan menyediakan penjagaan kesihatan yang boleh diakses, berpatutan dan efektif kepada pelanggan. Beliau mengetuai pengurusan perniagaan perubatan dan kesihatan yang mampan serta integrasi dengan rakan penyedia, pembangunan pentadbiran penjagaan kesihatan serta pengurusan yang dikuasakan oleh teknologi kesihatan, digital dan analitik.
Datin Veronica Selvanayagy
Ketua Penasihat Undang-undang
Datin Veronica mengetuai fungsi Undang-undang, Setiausaha Syarikat, Penyiasatan, Tadbir Urus Korporat, Keselamatan Korporat dan Keselamatan Pekerjaan bagi semua entiti AIA di Malaysia termasuk tiga entiti insurans dan takaful berlesen: AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad beserta entiti AIA yang lain yang terdiri daripada AIA Health Services Sdn. Bhd., AIA Pension dan Asset Management Sdn. Bhd. dan juga AIA Shared Services Sdn. Bhd.
Elmie Aman Najas
Ketua Pegawai Eksekutif, AIA PUBLIC Takaful Bhd.
Elmie dilantik untuk mengetuai dan menyelia AIA PUBLIC Takaful Bhd. sebagai inovasi produk penyelesaian Takaful Keluarga yang diedarkan oleh rangkaian pengedaran AIA Bhd.
Beliau mempunyai peranan untuk memaksimakan sinergi perniagaan di AIA Malaysia untuk membangunkan dan memacu perniagaan Takaful ke kedudukan terkemuka di Malaysia.
Richard Lin
Ketua Pegawai Pelaburan
Richard bertanggungjawab untuk membangunkan strategi peruntukan aset AIA, melaksanakan dasar dan proses pelaburan serta memastikan rangka kerja pengurusan risiko yang kukuh bagi asset-aset di bawah pengurusan di Malaysia. Selain daripada mengetuai bahagian Pelaburan, beliau juga menyelia unit Operasi Gadai Janji dan Pelaburan Hartanah termasuk skim persaraan swasta AIA Malaysia dibawah entiti AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
Tan Teoh Guan
Ketua Pegawai Risiko