Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian | Pelan Insurans & Takaful | AIA Malaysia
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2019

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian | Pelan Insurans & Takaful | AIA Malaysia

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

      Mencari kami dan rakan-rakan panel kesihatan kami di Google Map

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Buka: Isnin - Jumaat 8.30am to 4.30pm

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

Kesihatan & Kesejahteraan
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Sesak Nafas: Segala yang Perlu Diketahui Tentang Bahaya Jerebu

    18/10/2020

    young-asian-woman-bad-news-phone-morning-aia-malaysia

    Hampir setiap tahun, negara kita pastikan dilanda jerebu yang menjadi punca utama pencemaran dan pelbagai jenis penyakit. Apakah yang perlu diketahui tentang fenomena ini?

    Langit yang gelap dan asap yang berkepul di pertengahan tahun adalah petanda bahawa kita sekali lagi dilanda jerebu. Setiap tahun fenomena ini menjadi lebih teruk yang mengakibatkan penutupan sesi persekolahan. Jadi apakah penyebabnya? Bagaimana untuk kita mencegahnya? Inilah yang perlu anda ketahui:

    Apa itu Jerebu?

    Jerebu terjadi apabila kehadiran partikel-partikel kecil di atmosfera meningkat sehingga menghalang cahaya matahari dan menggelapkan suasana.

    Dari mana puncanya?

    man-working-home-focused-light-sofa-aia-malaysia

    Partikel-partikel yang menyebabkan fenomena ini mungkin disebabkan oleh faktor semula jadi atau buatan manusia. Punca dari sumber semula jadi meliputi laut, hutan dan permukaan tanah. Namun kebanyakannya berpunca daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, pembakaran hutan, asap kenderaan dan pembakaran bahan api fosil oleh kilang.

    Jerebu yang terjadi di Malaysia berpunca daripada pembakaran haram secara besar-besaran yang kerap dijalankan sekitar bulan July dan Oktober. Ia terjadi mungkin kerana tanah yang dibakar dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi untuk digunakan oleh industri minyak sawit dan pembikinan kayu pulpa. Pembakaran juga merupakan kaedah yang lebih mudah berbanding kerja-kerja penebangan menggunakan mesin penggali atau lain.

    Kesan Jerebu terhadap Kesihatan

    tv-home-relaxing-remote-legs-aia-malaysia.

    Dalam jangka masa pendek, mata, hidung dan tekak anda mungkin akan mengalami kerengsaan akibat jerebu. Risiko penyakit jantung dan paru-paru juga akan meningkat apabila terdedah kepada jerebu.

    Dalam jangka masa panjang, saluran darah juga akan terjejas yang boleh menjurus kepada penyakit vaskular. Jerebu juga menyebabkan peningkatan risiko kematian kerana penyakit kardiovaskular dan mampu mengurangkan jangka hayat seseorang.

    Golongan lemah seperti bayi dan warga emas berisiko tinggi dalam fenomena jerebu ini. Contohnya, sistem pernafasan bayi, terutamanya yang baru lahir, sensitif terhadap kualiti udara yang tercemar. Bayi boleh menghidap penyakit asma atau bronkitis jika saluran pernafasan mereka terganggu. Jerebu juga boleh merengsakan hidung, tekak, kulit dan mata bayi yang boleh mengakibatkan ruam kulit.

    Golongan warga emas pula mempunyai jantung yang lebih lemah. Oleh sebab itu, mereka lebih senang untuk bersin dan batuk apabila berhadapan dengan jerebu. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai penyakit kronik dan masalah jantung akan lebih terjejas daripada fenomena ini, terutamanya bila ia mencapai tahap kritikal.

    Bagaimana untuk Kekal Selamat?

    making-healthy-meal-woman-aia-malaysia

    Kurangkan pendedahan:

    Cara paling mudah adalah dengan mengurangkan aktiviti di luar. Jika kita ingin bersenam, terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah. Senaman kardio yang melibatkan pernafasan secara keterlaluan juga harus dikurangkan kerana kualiti udara yang tidak baik. Ia juga penting untuk mengelakkan merokok pada masa ini sebab ia akan mengakibatkan jantung anda menjadi lebih sensitif terhadap pencemaran udara.

    Pastikan udara di dalam rumah kekal bersih:

    Duduk di rumah dan pastikan tingkap rumah sentiasa ditutup. Sekiranya anda mempunyai penyaman udara, pasangkannya dan pastikan penapis udara adalah bersih. Penggunaan penapis udara dalam kawasan tertutup juga membantu dalam situasi ini. Pembersih udara juga dapat membersihkan udara di dalam rumah untuk memastikan anda dan keluarga anda sentiasa selamat.

    Dengan AIA Vitality, anda boleh menikmati diskaun 25% untuk produk MedKlinn. Klik di sini untuk maklumat lanjut: https://www.aiavitality.com.my/vmp-my/partners/medklinn

    Jika terpaksa keluar, pakai pelitup topeng

    chinese-couple-drinking-laptop-bed-aia-malaysia

    Topeng yang dipakai semasa berada diluar seharusnya topeng N95 yang direka untuk memastikan pernafasan anda tidak terjejas daripada udara yang dipenuhi partikel-partikel asap. Pastikan anda menukar topeng setiap kali ianya kotor atau berubah bentuk. Malah sesetengah topeng mempunyai tarikh luput untuk dirujuk.

    Perhatian: topeng pembedahan dan topeng kertas tidak dapat melindungi anda daripada menghidu udara yang kotor oleh kerana ia berfungsi untuk menghalang penyebaran cecair badan dan bukannya jerebu.

    Cara Mengurangkan Simptom Akibat Jerebu:

    Selalunya, jerebu akan menyebabkan selsema, alahan hidung, tekak yang kering, batuk dan kegatalan mata. Jika ia terjadi pada anda pastikan anda pergi ke farmasi atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan atau ubat yang bersesuaian.

    Untuk mengurangkan kegatalan mata, gunakan larutan bergaram (saline solution) sebagai pengganti air mata semula jadi. Ia dapat membantu mencuci habuk jerebu pada mata anda.

    Jika anda mengalami simptom yang lebih teruk seperti batuk, sakit kepala dan lain-lain, sebaiknya anda mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital.

    Secara kesimpulannya, apabila anda ingin melawan fenomena jerebu, pencegahan itu lebih baik daripada merawat. Pastikan anda belajar tentang fenomena ini secara lebih mendalam supaya kita dapat mengurangkan aktiviti pencemaran. Kita seharusnya saling bekerjasama, mendorong dan menggalakkan pihak kerajaan, syarikat dan masyarakat untuk mendesak kerajaan untuk lebih bertanggungjawab demi kesejahteraan bumi tercinta.

    Rujukan:

    https://www.bbc.com/news/world-asia-34265922
    https://web.archive.org/web/20151002155636/
    http://www.straitstimes.com/singapore/environment/haze-in-singapore-a-problem-dating-back-40-years-ago
    https://www.economist.com/the-economist-explains/2013/07/07/why-is-south-east-asias-annual-haze-so-hard-to-deal-with
    http://english.astroawani.com/malaysia-news/haze-and-health-5-things-you-should-know-77266

    Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

    ARTIKEL BERKAITAN

    Khasiat Bayam yang Mungkin Tidak Diketahui | AIA Malaysia


    Salah satu jenis sayuran yang dikategorikan sebagai makanan “superfood” ialah bayam. Ketahui mengapa bayam baik untuk anda.

    03/09/2020

    Apa itu FOMO dan Cara Untuk Menanganinya? | AIA Malaysia


    Apakah maksud “FOMO” (Fear of Missing Out)? Bagaimana pelaksanaan PKP telah mengubah sikap gemarkan aktiviti luar kepada minat terhadap hobi baru seperti memasak, berkebun atau bersenam? Tetapi masih terasa diabaikan dan ketinggalan? Apakah cara untuk menangani perasaan tersebut?

    14/09/2020

    Haruman Melengkapi Kehidupan | AIA Malaysia


    Deria bau seringkali dianggap kurang penting berbanding deria-deria yang lain.. Tidak seperti deria rasa dan deria sentuhan, bau-bauan berkait rapat dengan daya ingatan dan juga dapat melakukan perkara yang luar biasa kepada minda dan badan kita. Baca artikel ini untuk mengetahui keajaiban haruman yang dapat memanfaatkan kehidupan kita.

    AIA Vitality

    AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.

    AIA Vitality

    One Second Survey
    One Second Survey
    ×
    One Second Survey

    Apakah pendapat anda mengenai artikel ini?

    HUBUNGI KAMI
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk pelanggan-pelanggan di luar negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Auto Assist/Roadside Assist
    1-800-88-8733
    HUBUNGI KAMI
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk pelanggan-pelanggan di luar negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    ALAMAT
    Menara AIA, 99 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    AIA.com
    Ketahui tentang Kumpulan AIA
    TENTANG KAMI
    About AIA Bhd.
    About AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    About AIA General Berhad
    Kerjaya
    Spurs@AIA
    ALAMAT
    Menara AIA, 99 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Kerjaya
    Spurs@AIA

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    AIA.COM
    Ketahui tentang Kumpulan AIA

    Hak cipta © 2021 AIA Group Limited and its subsidiaries. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad. 201001040438 (924363-W) AIA Pension Asset Management Sdn. Bhd 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Sitemap