Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}21/01/2020
Kerana semasa tidur, otak akan memberikan isyarat kepada tubuh badan kita untuk memulakan proses penyembuhan. Tetapi dengan kehidupan seharian di era yang serba pantas ini, kita sering menghadapi masalah kekurangan tidur.
Misalan, ada dikalangan kita yang bangun seawal jam lima pagi untuk menyiapkan anak-anak yang bersekolah atau pun bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas malah ada yang terpaksa bekerja lebih masa dan hanya pulang ke rumah lewat malam. Kesemua ini akhirnya mengakibatkan kita tidak mendapat waktu tidur yang secukupnya dan lama kelamaan, tabiat ini pasti akan menjejaskan tahap kesihatan kita.
Menurut kajian yang dibuat oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Jepun, setiap individu memerlukan 4 hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan satu jam tidur dalam sehari.
Menurut Jurnal Science Translational Medicine pula, kajian menunjukkan kekurangan tidur memberi kesan buruk yang ketara ke atas kesihatan kita untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
“
Kekurangan tidur merupakan salah satu penyebab kerosakan otak.
”
Gejala-gejalanya termasuk sering menguap, pening, keletihan, keresahan, kesukaran dalam mempelajari benda baru, cepat lupa, tidak fokus, kurang motivasi dan keinginan seks berkurangan.
Ia juga mampu membuatkan kita ingin menyendiri dan kurang berinteraksi dengan orang lain. Suatu kajian telah dibuat tentang corak tidur manusia yang dijalankan oleh Pusat Berkeley di Universiti California mendapati bahawa bahagian otak yang menggalakkan interaksi sosial, tidak dapat berfungsi sepenuhnya jika seseorang itu kekurangan tidur.
Hasil kajian tersebut juga mendapati, individu yang tidak mendapat tidur yang cukup akan merasa kurang gembira serta mempunyai pandangan negatif tentang kehidupan. Mereka juga lebih mudah terdedah kepada tekanan perasaan dan kemurungan.
Ramai yang menderita daripada corak tidur tidak teratur yang boleh mengakibatkan mereka kehilangan berat badan, menjejaskan pengeluaran hormon, termasuk hormon tumbesaran dan testosteron untuk lelaki.
Tidak mendapat tidur yang cukup dalam tempoh yang lama atau secara berterusan akan menjejaskan sistem badan serta melemahkan sistem imun yang akhirnya meningkatkan risiko penyakit pernafasan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, jika seseorang kekurangan tidur secara berterusan dalam tempoh seminggu, ia boleh mengubah paras gula darah seseorang. Ia cukup untuk menunjukkan petanda pra-diabetes, peningkatan rintangan insulin dan toleransi terhadap glukosa akan menurun.
Ia juga penyebab ketidakseimbangan hormon lapar, leptin dan ghrelin dalam tubuh badan yang menyebabkan seseorang itu cenderung memakan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kek dan minuman bergula.
Pendekatan yang terbaik adalah dengan memastikan corak tidur yang teratur! Tidur yang cukup adalah kira-kira 10 hingga 11 jam setiap malam bagi kanak-kanak, 8.5 hingga 9.25 jam untuk remaja dan 7 hingga 9 jam untuk orang dewasa.
Perancangan masa yang betul juga adalah penting – Contohnya jika anda mempunyai aktiviti pada waktu petang yang mungkin akan mengurangkan waktu tidur anda, cuba untuk susun atur kembali jadual anda. Kurangkan aktiviti berat seperti berbasikal dan futsal.
Untuk individu yang sukar melelapkan matapula, cuba cipta suasana yang tenang agar memudahkan anda beristirahat, membaca dan bermeditasi (semestinya tanpa kehadiran gajet).
Elakkan juga daripada mengambil minuman berkafein selepas tengah hari serta kurangkan minuman beralkohol.
Amalkan aktiviti bersenam mahupun pengambilan makanan serta minuman yang dapat membantu anda tidur seperti yang di sarankan di sini.
Jika langkah ini tidak berkesan, atau anda menghadapi kesukaran untuk tidur seperti narkolepsi atau kelumpuhan tidur, segeralah berjumpa dengan doktor.
“
Tidur adalah meditasi yang terbaik.
”
Rujukan
https://www.scientificamerican.com/article/what-happens-in-the-brain-during-sleep1/
https://www.wired.com/story/the-science-is-extremely-clear-you-need-to-prioritize-sleep/
https://www.wired.com/story/youre-not-getting-enough-sleep-and-its-killing-you/
https://www.timeslive.co.za/sunday-times/lifestyle/health-and-sex/2019-11-02-is-sleep-debt-a-real-thing-and-can-you-actually-catch-up-on-lost-shuteye/
https://www.tuck.com/sleep-debt/
https://www.healthline.com/health/dr/sleep-deprivation/sleep-debt
https://stm.sciencemag.org/content/2/14/14ra3.long
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28977527
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12683469
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2892834/
https://pulse.embs.org/july-2019/the-danger-of-sleep-deprivation/
https://www.huffpost.com/entry/man-dies-11-days-no-sleep-deprivation-jiang-xiaoshan_n_1631703
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.