Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}29/04/2019
Sebaik sahaja tamat pengajian, pastinya ramai graduan yang berpusu-pusu untuk mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan mereka. Sebenarnya, ada pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh graduan yang baru bekerja sehingga menjadi punca ramai yang diisytihar muflis pada usia yang muda. Graduan yang baru bekerja seharusnya mempunyai strategi merancang kewangan yang bagus untuk mengelakkan berlakunya hutang melebihi pendapatan yang diperolehi. Apabila anda mampu belajar mengawal perbelanjaan sewaktu mula-mula bekerja, ianya pasti menjadi lebih mudah pada masa akan datang.
Ada beberapa tips berguna yang boleh diguna pakai oleh graduan yang baru bekerja dalam memastikan perancangan kewangan anda lancar:
Membuat anggaran perbelanjaan adalah perkara penting dalam menguruskan pendapatan bulanan anda. Setiap bulan, anda perlu membuat anggaran perbelanjaan dalam memastikan gaji yang diterima tidak dihabiskan pada benda-benda yang tidak perlu. Sebagai contoh, anda boleh buat kira-kira secara kasar perbelanjaan bulanan dengan menyenaraikan perkara yang perlu dibayar pada setiap bulana seperti sewa rumah, bil telefon, bil air, bil elektrik, hutang pengajian, makanan, kereta (jika ada) dan simpanan. Dengan melakukan anggaran perbelanjaan bulanan, anda dapat mengawal aliran tunai dari digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah, dan selain itu, anda juga boleh tahu ke mana wang anda pergi setiap bulan.
Setiap bulan, anda perlu membuat anggaran perbelanjaan dalam memastikan gaji yang diterima tidak dihabiskan pada benda-benda yang tidak perlu.
Apa itu tabung kecemasan? Tabung kecemasan ialah wang yang boleh anda gunakan jika berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, jatuh sakit atau kehilangan kerja secara tiba-tiba. Displinkan diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan anda untuk tabung kecemasan ini.
Sebagai contoh, jika gaji permulaan anda sebagai graduan yang baru bekerja ialah RM2500, simpan sekurang-kurangnya RM200-RM250 untuk tabung kecemasan ini. Ianya mungkin nampak seperti remeh, tetapi malang tidak berbau, kita tidak tahu bila kejadian tidak diingini akan berlaku. Dengan tabung kecemasan ini, sekurang-kurangnya simpanan tersebut mampu meringankan sedikit beban yang ditanggung sekiranya berlakunya perkara yang tidak diingini.
Ramai graduan yang baru bekerja sudah mula berfikir tentang kereta jenis apa yang boleh mereka miliki dengan gaji permulaan ini. Namun, jika pekerjaan itu tidak memerlukan anda menggunakan kereta secara kerap, adalah lebih baik jika anda menangguhkan pembelian kereta ini. Pada yang tinggal di Lembah Klang, anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorail, KTM dan bas untuk ke pejabat. Dengan penggunaan pengangkutan awam, anda dapat berjimat lebih banyak berbanding dengan penggunaan kereta yang memerlukan anda membayar ansuran secara bulanan, duit minyak, tol dan bayaran tempat meletak kenderaan.
ARTIKEL BERKAITAN: 4 KAEDAH KREATIF UNTUK MEMUPUK TABIAT MENYIMPAN
Buat catatan untuk setiap perbelanjaan? Ianya kedengaran seperti menyusahkan, tetapi percayalah, cara ini sebenarnya sangat membantu dalam menguruskan wang dengan lebih berhemah. Di zaman teknologi serba canggih ini, terdapat pelbagai cara untuk anda membuat catatan perbelanjaan menjadi lebih mudah. Anda boleh memuat turun aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store secara percuma atau berbayar untuk mencatat perbelanjaan harian anda.
Sebagai contoh, WALLET adalah salah satu contoh aplikasi terbaik yang boleh anda gunakan untuk mencatat perbelanjaan harian anda. Dengan aplikasi ini, anda boleh mengawal perbelanjaan harian, dan jika perbelanjaan pada hari tersebut terlebih dari yang ditetapkan, anda boleh mengawal perbelanjaan pada hari berikutnya supaya bajet yang telah anda tetapkan dapat dikawal.
Sebaik sahaja tamat pengajian, adalah menjadi tanggungjawab buat graduan untuk membayar hutang pengajian mereka. Ramai yang mengambil remeh hal bayaran hutang pengajian kerana merasakan ini bukan salah satu komitmen penting yang perlu diutamakan. Walaupun kadar faedah pinjaman pendidikan biasanya lebih rendah, namun lama-kelamaan jumlahnya akan menjadi lebih besar jika pembayaran ditangguhkan. Ini mungkin bukan satu masalah besar buat anda sekarang, tetapi jika kadar faedah semakin bertambah kelak, ianya akan membebankan.
Jadi, sebaik sahaja mendapatkan pekerjaan dan mempunyai pendapatan, cuba hubungi pihak berkenaan dan buat perbincangan tentang bagaimana anda ingin melangsaikan hutang yuran pengajian. Hutang ini tidak perlulah dibayar sekaligus, berbincang dengan pihak berkenaan tentang jumlah yang sesuai dan anda mampu bayar.
Sebaik sahaja anda memulakan pekerjaan, dapatkan pelan perlindungan takaful sementara usia masih muda di mana risiko penyakit berbahaya masih rendah. Ini kerana semakin awal usia anda mendaftar pelan takaful, semakin rendah kadar bayaran caruman. Anda boleh mulakan dengan pelan takaful yang asas dan berpatutan, seperti takaful hayat atau kad kesihatan. Contohnya, produk takaful seperti A-Life Fleksi memberikan anda perlindungan dan simpanan dalam satu pelan dari harga serendah RM150 sebulan. Kemudian, apabila semakin lama bekerja, anda boleh menambah manfaat dan risiko yang dilindungi supaya perlindungan yang optimum dapat dicapai selaras dengan keperluan kewangan sendiri.
Produk Yang Disyorkan
+
Semakin awal usia anda mendaftar pelan takaful, semakin rendah kadar bayaran caruman.
Harus diakui bahawa ini adalah salah satu perkara yang paling sukar diubah sewaktu anda masih baru memulakan kerja. Ketika mula bekerja, anda biasanya tidak mempunyai banyak komitmen yang perlu dibayar, maka gaji bulanan yang diterima biasanya akan dihabiskan tanpa membuat sebarang simpanan langsung. Penyudahnya, menjelang hujung bulan, ada yang terpaksa mengikat perut sementara menunggu gaji bulan seterusnya masuk. Mentaliti inilah yang seharusnya diubah.
Displinkan diri anda untuk berbelanja secara berhemah. Perangi nafsu untuk berbelanja barang yang anda tidak perlukan. Ingat, mula-mula memang nampak sukar untuk dilaksanakan, tetapi apabila anda berjaya displinkan diri, ianya pasti menampakkan hasil yang memuaskan hati di kemudian hari.
References
https://www.infopelajar2u.com/10-tips-kewangan-untuk-graduan/
https://jomurusduit.com/2017/08/tips-urus-wang-graduan-muda.html
https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/5-money-tips-for-the-fresh-grad
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
Jadikan wang anda memberi lebih nilai kepada anda dengan pelbagai rangkaian pelan simpanan atau maksimumkan potensi pulangan anda dengan pelan pelaburan.
Kehidupan ini penuh dengan ketidakpastian Untuk melindungi masa depan anda dan mereka yang tersayang, merancang untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya, perlu menjadi salah satu daripada keutamaan anda.