Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.
Kami sedia membantu anda.Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.
Untuk Individu
Untuk Perniagaan
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.
Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.
Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.
Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.
Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.
Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.
Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.
AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut
Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.
LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.
BACA LEBIH LANJUTSiapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.
Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.
Hubungi AIA{{title}}
{{label}}22/05/2023
Nampak macam sama, tetapi pelan perubatan dan pelan penyakit kritikal sebenarnya menawarkan perlindungan yang berbeza.
Sebut saja tentang perlindungan kesihatan, pasti pelan-pelan ini menjadi keutamaan orang ramai:
Pelan Perubatan dan Pelan Penyakit Kritikal.
Adakah anda hanya memerlukan satu atau kedua-duanya sekali? Jom kita kupas persoalan ini secara ringkas.
Jika anda perlu dimasukkan ke hospital untuk prosedur perubatan seperti menjalani pembedahan, pelan perubatan dapat membantu mengurangkan kos sekali gus menyelesaikan bil hospital anda, supaya anda boleh fokus untuk pulih dengan tenang.
Pelan perubatan melindungi sebahagian atau keseluruhan kos rawatan atau kemasukan ke hospital. Sijil takaful anda akan menentukan jumlah perlindungan maksimum yang layak diterima sekiranya perlu.
Jika anda perlu membuat tuntutan daripada sijil takaful anda, pelan perubatan anda secara lazimnya akan membayar balik selepas rawatan atau membayar kos pendahuluan dahulu, bergantung pada terma dan syarat sijil tersebut.
Terdapat pelbagai keadaan kesihatan yang mungkin menyebabkan anda perlu mendapatkan rawatan di hospital. Kerana itu, pelan perubatan yang diperkenalkan kini meliputi pelbagai kemungkinan.
Perlindungan perubatan yang lebih meluas biasanya didatangkan dengan caruman bulanan yang lebih tinggi, selari dengan peningkatan usia.
Contoh bagaimana Pelan Perubatan berfungsi:
Anda bangun pagi dan berasa sakit perut, kemudian anda pergi ke klinik. Doktor mengesahkan kesakitan anda berpunca daripada apendisitis atau radang apendiks dan terus merujuk anda ke hospital untuk pembedahan segera.
Dua hari selepas pembedahan, anda dibenarkan pulang ke rumah. Pelan perubatan anda akan menanggung kos pembedahan dan penginapan anda di hospital.
Pelan penyakit kritikal tidak sama seperti pelan perubatan. Ia lebih tertumpu kepada jenis penyakit yang spesifik, termasuk:
● Kanser
● Serangan jantung
● Strok
● Pemindahan organ
● Lumpuh dan banyak lagi
Sekiranya anda didiagnosis dengan salah satu penyakit yang dilindungi pelan penyakit kritikal anda, anda akan menerima bayaran sekali gus yang mana jumlahnya bergantung pada pelan anda. Pembayaran ini akan membantu anda menyara diri anda sepanjang proses pemulihan. Anda berhak menggunakan wang itu untuk apa sahaja, tetapi kebiasaannya ia digunakan sebagai pengganti sumber pendapatan yang hilang atau terjejas, menyelesaikan hutang atau mengubah gaya hidup supaya dapat pulih dengan lebih baik.
Contoh bagaimana Pelan Penyakit Kritikal berfungsi:
Katakan anda diserang strok dan perlu mendapat rawatan hospital dengan segera. Doktor pula menyatakan anda memerlukan selama 3-5 bulan untuk pulih dan membuat beberapa perubahan penting dalam gaya hidup anda. Dalam kes ini, pelan perubatan anda akan menanggung kos dan bil hospital manakala pelan penyakit kritikal akan melindungi anda selepas keluar dari hospital iaitu membantu meringankan beban kewangan anda dari segi kos sara hidup anda sekeluarga semasa proses pemulihan anda.
Berikut merupakan perbandingan ringkas yang dapat memberi anda keterangan yang lebih jelas dan mudah difahami antara dua jenis pelan tersebut:
Jenis Pelan | Perubatan | Penyakit Kritikal |
---|---|---|
Perlindungan |
Perlindungan am untuk penyakit dan kecederaan | Terhad kepada penyakit kritikal tertentu |
Pembayaran |
Berdasarkan bil perubatan sepanjang tempoh rawatan & perlindungan pelan | Pembayaran sekali gus setelah didiagnosis penyakit kritikal yang dilindungi dibawah pelan |
Caruman bulanan |
Secara lazimnya lebih tinggi, dan akan meningkat selari dengan peningkatan usia | Agak rendah dan kekal dari masa ke semasa |
Penerima faedah |
Pemegang sijil sahaja | Pemegang sijil dan/atau tanggungan mereka |
Kesimpulannya, perlindungan kesihatan yang komprehensif membantu memastikan anda dilindungi dengan baik dari semua aspek. Terokai Pelan Pelan Perubatan dan Pelan Pelan Penyakit Kritikal AIA PUBLIC Takaful hari ini dan dapatkan pakej perlindungan yang ideal dengan keperluan anda.