Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}02/11/2020
Walaupun perlindungan Takaful penting sebagai jaminan keselamatan kewangan, tetapi bukan mudah untuk memilih pelan yang tepat dan sesuai dengan keperluan anda. Elakkan daripada melakukan kesilapan dengan tip-tip ini.
Memilih pelan yang tepat sebenarnya agak mencabar. Ia bukan semudah membeli pakaian, perabot atau barangan runcit. Bila anda mendapatkan perlindungan Takaful, anda membeli sebuah perjanjian. Perjanjian bahawa sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda dan yang tersayang, perlindungan Takaful akan dapat membantu anda.
Akan tetapi, terdapat pelbagai jenis pelan Takaful di luar sana dan ada yang dipakejkan bersama produk lain yang dapat membantu anda menjimatkan wang.Oleh kerana itu, masih ramai yang keliru atau melakukan kesilapan apabila memilih pelan perlindungan. Berikut adalah antara kesilapan biasa yang perlu anda elakkan.
Tanya diri anda kenapa anda perlukan perlindungan ini sebelum anda menyertai pelan Takaful. Secara amnya, ini adalah sebab-sebab mengapa seseorang itu mendapatkan perlindungan Takaful:
Penting untuk anda mengetahui apa yang perlu diutamakan dan apa yang anda mahukan daripada sesebuah pelan Takaful. Anda tidak perlu khuatir untuk mempunyai lebih daripada satu objektif kerana terdapat pelbagai pengendali Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk memilih dan menyesuaikan pelan perlindungan mengikut keperluan anda.
Contohnya, jika anda mahukan sebuah pelan yang mengutamakan perlindungan perubatan, maka pelan perlindungan simpanan tidak sesuai untuk objektif anda kerana majoriti besar caruman anda akan disalurkan ke dalamkomponen simpanan. Jadi anda perlu tetapkan objektif anda dan senaraikan keperluan andamengikut kepentingan bagi memudahkan anda membuat keputusan.
Sama ada mendapatkan perlindungan perubatan mahupun perlindungan hayat, ia bukanlah sesuatu yang patut ditangguhkan. Namun, ramai yang mengambil masa yang lama untuk memiliki perlindungan takaful, mungkin kerana kurang kesedaran atau ianya bukan keutamaan mereka. Mengikut statistik Bank Negara pada tahun 2018, hanya 50% rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai pelan perlindungan.
Menangguh untuk mendapatkan pelan perlindungan boleh menyebabkan peningkatan kos. Peluang untuk anda mendapat pelan perlindungan mampu milik sewaktu masih muda adalah lebih tinggi kerana secara amnya amaun carumanakan meningkat bergantung kepada faktor kesihatan anda atau peningkatan usia.
Kesilapan yang kerap dilakukan adalah memiliki terlalu banyak perlindungan. Agak sukar untuk mengenal pasti jumlah perlindungan asas yang anda perlukan, tetapi jika anda bermula dari usia muda, anda tidak memerlukan perlindungan yang tinggi kerana anda mungkin tidak mempunyai asset yang banyak mahupun tanggungan yang ramai.
Terdapat sesetengah individu yang menyertai pelan Takaful tanpa memahami apa faedah-faedah yang ditawarkannya. Oleh disebabkan itu, ramai yang memiliki beberapa pelan perlindungan dengan faedah sama ataupun tidak mampu membayar carumannya.
Seorang ejen takaful atau Perancang Hayat dapat menasihati dan membantu anda mendapatkan apa yang terbaik daripada pelan perlindungan anda. Anda juga boleh membuat penyelidikan sendiri secara dalam talian kerana terdapat pelbagai sumber yang boleh dipercayai.
Terdapat juga di antara mereka yang tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi. Ia mungkin akan membebankan apabila anda mengetahui bahawa jumlah perlindungan anda tidak dapat menampung perbelanjaan yang diperlukan. Periksa pelan anda secara teliti dan bandingkan jumlah caruman anda dengan perlindungan yang akan diterima.
Jika anda mempunyai pelan perlindungan kesihatan, anda mungkin perlu memikirkan tentang jumlah maksimum yang dibayar oleh pelan anda. Anda mungkin menyangka jumlah yang dibayar itu mencukupi tetapi, jika anda menghidapi kanser atau penyakit kritikal yang lain, kos perubatan tersebut mungkin akan melebihi jumlah yang ditanggung. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kos rawatan kanser payudara di hospital swasta dianggarkan berjumlah RM395,000. Dengan kos rawatan perubatan yang kian meningkat, anda mungkin memerlukan perlindungan yang lebih tinggi.
Pelan perlindungan yang terbaik adalah pelan yang paling sesuai dengan kehidupan anda. Jika anda membandingkan amaun caruman, cuba bandingkan mengikut pelan yang bersesuaian daripada memilih yang lebih tinggi atau lebih rendah. Walaupun anda tidak patut menangguh penyertaan anda dalam pelan Takaful, anda juga tidak perlu terburu-buru kerana perlindungan Takaful adalah sebuah komitmen.
Akhir sekali, setelah anda mencapai kata putus, baca dan fahami terma dan syarat pelan serta perlindungan yang ditawarkan secara teliti. Seperti yang dinyatakan, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sebelum menyertai pelan perlindungan Takaful. Jika anda perlukan sebarang bantuan, Perancang Hayat kami sentiasa bersedia untuk membantu anda memilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Perancang Hayat merupakan rakan kongsi bagi setiap pelanggan yang sentiasa bersedia membantu anda daripada melakukan kesilapan semasa menyertai pelan Takaful. Untuk maklumat lanjut, lihat produk-produk yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful di sini, atau Perancang Hayat kami boleh mengesyorkan pelan yang terbaik untuk anda.
Rujukan:
https://www.ibanding.my/5-mistakes-when-buying-health-insurance/
https://www.fundsupermart.com.my/insurance/article/3-dangerous-mistakes-you-dont-want-to-make-with-your-insurance-45
https://loanstreet.com.my/learning-centre/7-common-mistakes-people-make-with-life-insurance
https://loanstreet.com.my/learning-centre/think-twice-about-being-uninsured
https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/03/we-dont-have-enough-most-malaysians-will-struggle-to-cope-with-a-health-crisis-while-loved-ones-will/
https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-tackling-challenges-headon
https://www.imoney.my/articles/is-your-medical-insurance-plan-sufficient-for-the-big-c
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.