Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Simpanan & Pelaburan
Tempoh Perlindungan
Tempoh Perlindungan
Anda boleh membelinya melalui
Semua orang memerlukan pelan kewangan yang akan dapat membantu merealisasikan matlamat mereka. Jika anda berhasrat untuk mempertingkatkan simpanan dan perlindungan anda, A-Plus Enrich20 adalah suatu pilihan yang anda boleh tambah kepada pelan A-Enrich20 untuk memenuhi perubahan keperluan anda.
Anda hanya perlu membayar untuk pelan ini melepasi tempoh 20 tahun bagi menikmati perlindungan sehingga umur 75 tahun.
Pelan ini akan memberikan anda bayaran tunai tambahan yang dijamin anda akan terima daripada pelan A-Enrich20 anda.
Pelan ini menyediakan pembayaran sekaligus kepada keluarga anda jika anda meninggal dunia.
Anda akan menerima bayaran sekali gus jika anda hilang upaya meyeluruh dan kekal (HUMK).
Selepas tahun kelima polisi, anda layak untuk menerima sebarang dividen tahunan yang diisytiharkan. Anda juga boleh menerima dividen terminal apabila polisi anda tamat.
Apabila pelan anda tamat, anda akan menerima 150% daripada jumlah yang dilindungi oleh pelan tambahan ini termasuk sebarang bayaran tunai dijamin dan dividen terkumpul. Ini akan dibayar kepada anda dalam bentuk bayaran sekaligus.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal bernilai tinggi.
Apakah yang dimasudkan dengan dividen tahunan & dividen terminal?
Anda boleh menerima wang tunai tambahan dalam bentuk dividen tahunan. Di samping itu, dividen terminal mungkin akan dibayar kepada anda apabila anda membuat tuntutan, memilih untuk memberhentikan polisi atau apabila polisi tamat.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh matang?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan insurans anda bagi pelan ini berakhir.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.