Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}SafeTrip
Produk Dalam Talian
SafeTrip adalah insurans perjalanan tunggal yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kesulitan perjalanan, sakit, kecederaan, hilang upaya akibat kemalangan, kematian atau Covid-19 semasa perjalanan anda dari serendah RM3 sehari. Pelan ini tersedia untuk kedua-dua perjalanan antarabangsa dan domestik yang melindungi sehingga maksimum 90 hari berturut-turut. Polisi ini hanya boleh dibeli melalui Touch 'n Go eWallet.
Umur penyertaan adalah dari 30 hari hingga 70 tahun.
Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang bekerja secara sah dan menetap di Malaysia layak untuk membeli pelan ini.
Menyediakan perlindungan terhadap pembatalan perjalanan atau kehilangan deposit, pemendekan tempoh perjalanan, kelewatan perjalanan, kelewatan bagasi, kehilangan atau kerosakan bagasi dan barangan peribadi serta menyediakan perkhidmatan bantuan perjalanan dengan amaun perlindungan bergantung pada pelan yang dipilih.
Menyediakan perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan, rawatan susulan di Malaysia, pemindahan kecemasan dan penghantaran pulang, dan penghantaran pulang jenazah dengan amaun perlindungan bergantung pada pelan yang dipilih.
Menyediakan perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan dan kehilangan upaya dan menyediakan indemniti berganda sekiranya kemalangan berlaku semasa menaiki Pengangkutan Awam dan pada hari Cuti Umum Kebangsaan dengan amaun perlindungan bergantung pada pelan yang dipilih.
Menyediakan perlindungan terhadap kematian akibat Covid-19, bantuan tunai semasa dimasukkan ke hospital kerana didiagnosis Covid-19 (sehingga maksimum 10 hari), dan elaun kuarantin akibat Covid-19 semasa berada di luar negara (sehingga maksimum 10 hari) dengan amaun perlindungan bergantung pada pelan yang dipilih.
Pelan Antarabangsa mempunyai pilihan untuk menambah perbelanjaan perubatan bagi Covid-19 untuk amaun perlindungan tambahan sehingga RM150,000.
Klik di sini untuk melihat Notis Penting dan Pengisytiharan.