Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA i-One Plan
Produk Dalam Talian
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh mendapatkannya melalui
AIA i-One Plan adalah pelan Takaful yang mudah dan mampu milik yang memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sama ada anda baru mengenali Takaful keluarga atau mahu meningkatkan tahap perlindungan yang anda miliki pada masa ini, anda boleh menyertai AIA i-One Plan secara atas talian bagi mendapatkan perlindungan serta-merta.
Pelan ini hanya tersedia untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Tiada pengantara terlibat dalam pemasaran AIA i-One Plan.
Ketahui lanjut mengenai AIA i-One Plan dalam Bahasa Inggeris.
Adalah penting untuk anda mengetahui keperluan perlindungan anda berdasarkan bajet kewangan anda sebelum menyertai pelan ini. Klik butang Ketahui Bajet Anda untuk melengkapkan satu ujian penilaian yang mudah.
Pelan ini akan membantu orang yang anda sayangi dari segi kewangan dengan bayaran sekali gus apabila anda meninggal dunia.
Anda akan menerima bayaran sekali gus jika anda mengalami hilang upaya meyeluruh dan kekal (HUMK).
Pilih amaun perlindungan anda, bermula daripada jumlah minimum sebanyak RM 50,000 kepada jumlah maksimum sebanyak RM 500,000.
Jika terdapat sebarang lebihan daripada dana risiko Takaful pada setiap akhir tahun, AIA PUBLIC akan berkongsi lebihan tersebut dengan para Peserta yang layak pada nisbah 50:50.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh dan kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.