Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA Critical Illness Cover
Produk Dalam Talian
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh mendapatkannya melalui
AIA Critical Illness Cover menyediakan perlindungan untuk 39 penyakit kritikal pada harga yang berpatutan. Pelan ini sesuai untuk anda jika anda sedang mencari untuk perlindungan asas bagi penyakit kritikal. Anda boleh membeli AIA Critical Illness Cover secara dalam talian dari laman AIA dan dilindungi serta-merta.
Pelan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Critical Illness Cover.
Sila rujuk kepada terma dan syarat.
Adalah penting untuk anda mengetahui keperluan perlindungan anda berdasarkan bajet kewangan anda sebelum membeli polisi ini. Klik butang Ketahui Bajet Anda untuk melengkapkan satu ujian penilaian yang mudah.
Pelan ini memberikan anda pembayaran sekaligus 100% dari jumlah perlindungan jika anda didiagnosis dengan salah satu daripada 39 penyakit kritikal yang dilindungi, kecuali untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari.
Bagi Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada maksimum RM 25,000 (terhad kepada 1 pembayaran sahaja). Jumlah perlindungan akan dikurangkan dengan bayaran pendahuluan ini.
Anda boleh memilih jumlah perlindungan anda, bermula dari minimum RM50,000 hingga maksimum RM250,000.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kritikal?
Penyakit kritikal merujuk kepada keadaan mengancam nyawa yang ditakrifkan dalam kontrak polisi anda.
AIA Bhd. (790895-D) adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.