pageheroimage

AIA Critical Illness Cover

Soalan Lazim

AIA Critical Illness Cover adalah pelan insurans yang diperbaharui setiap tahun bagi penyakit kritikal yang melindungi 39 penyakit kritikal sehingga umur 70 tahun.

Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Critical Illness Cover.

Pelan ini tersedia untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pengunderaitan.

Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda dengan menekan butang “Ketahui Bajet Anda” di sini

Faedah Jumlah Perlindungan*
Penyakit Kritikal RM 50,000
RM 100,000
RM 150,000
RM 200,000
RM 250,000

* Tertakluk kepada maksimum RM250,000 setiap hayat, bagi setiap pelan insurans.

39 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah pelan ini adalah:

  • 1. Strok – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptom klinikal berterusan
  • 2. Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
  • 3. Serangan Jantung – keterukan tertentu
  • 4. Pembedahan Pintasan Ateri Koronari
  • 5. Penyakit Arteri Koronari Serius
  • 6. Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari*
  • 7. Pembedahan Injap Jantung
  • 8. Hepatitis Viral Fulminan
  • 9. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  • 10. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu
  • 11. Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
  • 12. Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang
  • 13. Pembedahan Aorta
  • 14. Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  • 15. Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang
  • 16. Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  • 17. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  • 18. Hilang Keupayaan Bertutur
  • 19. Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
  • 20. Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentu
  • 21. Sklerosis Multipel
  • 22. Kelumpuhan Anggota
  • 23. Distrofi Otot
  • 24. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  • 25. Penyakit Neuron Motor – defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan
  • 26. Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • 27. Penyakit Terminal
  • 28. Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • 29. Tumor Otak Benign – keterukan tertentu
  • 30. Trauma Kepala Major – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • 31. Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • 32. Pembedahan Otak
  • 33. Penyakit Sistik Medular
  • 34. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  • 35. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  • 36. Kardiomiopati – keterukan tertentu
  • 37. AIDS Dengan Gejala Penuh
  • 38. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  • 39. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk

*Sekiranya berlaku Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada maksimum RM25,000 (terhad kepada 1 pembayaran sahaja). Jumlah perlindungan akan dikurangkan dengan bayaran pendahuluan ini.

Sila rujuk kepada Kontrak Polisi untuk definisi yang tepat bagi perlindungan penyakit kritikal yang disenaraikan di atas.

Sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi semasa tempoh polisi (kecuali untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari), anda akan menerima 100% daripada jumlah perlindungan, dan polisi akan ditamatkan selepas itu.

Sekiranya berlaku Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM25,000. Pembayaran di bawah manfaat ini akan mengurangkan jumlah perlindungan anda, dan hanya dibenarkan sekali. Selepas pembayaran di bawah manfaat ini dilakukan, perlindungan anda akan diteruskan untuk baki 38 penyakit kritikal yang dilindungi yang lain dengan jumlah perlindungan yang telah dikurangkan. Premium anda masih perlu untuk dibayar secara berterusan.

Sila ambil perhatian bahawa manfaat di atas tidak akan dibayar sekiranya anda tidak hidup sekurang-kurangnya selama 15 hari selepas anda didiagnosis dengan penyakit kritikal tersebut.

Sekiranya anda didiagnosis dengan lebih daripada satu penyakit kritikal yang dilindungi pada masa yang sama semasa tempoh polisi, anda berhak untuk menuntut hanya satu penyakit kritikal yang dilindungi. Kami akan membayar 100% daripada jumlah perlindungan dan polisi akan ditamatkan.

Sekiranya anda meninggal dunia semasa tempoh polisi, tiada manfaat yang akan dibayar kerana AIA Critical Illness Cover tidak melindungi kematian.

Ya, kami akan membayar tuntutan penyakit kritikal di bawah pelan ini sebagai tambahan kepada sebarang tuntutan yang mungkin anda ada dengan pelan insurans AIA yang lain yang mempunyai perlindungan penyakit kritikal.

Perlindungan anda bermula dengan serta-merta selepas pembayaran premium anda disahkan.

Anda boleh membuat pembayaran premium untuk pelan ini dengan kad debit atau kad kredit anda.

Premium bagi pelan ini adalah tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. Kami berhak untuk menyemak semula kadar premium dengan memberikan notis bertulis 3 bulan sebelum ulang tahun polisi yang akan datang.

Premium perlu dibayar sehingga akhir tempoh polisi. Sila ambil perhatian bahawa kadar premium akan meningkat bergantung kepada umur terakhir yang telah dicapai apabila premium perlu dibayar.

Anda boleh rujuk kadar premium penuh di dalam Lembaran Pendedahan Produk

Anda boleh menukar kaedah pembayaran premium atau mod pembayaran anda di portal pelanggan kami, di AIA+. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau membuat pendaftaran.

Pelan ini diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun. Polisi anda akan diperbaharui secara automatik pada setiap ulang tahun polisi dengan syarat premium dibayar.

Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu (1) AIA Critical Illness Cover tetapi jumlah perlindungan polisi-polisi yang dibeli tidak boleh melebihi RM250,000. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membeli jumlah perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda dalam satu polisi.

Anda boleh mengurangkan jumlah perlindungan anda pada tarikh matang premium berikutnya. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan jumlah perlindungan anda. Sekiranya anda ingin meningkatkan perlindungan, kami mencadangkan anda membeli polisi tambahan. Sila rujuk Soalan Lazim nombor 16 untuk maklumat lanjut.

Apabila pembelian dan pembayaran premium telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama-sama dengan kontrak e-polisi anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, AIA+, untuk melihat butiran polisi anda dan memuat turun salinan kontrak e-polisi anda. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau mendaftar.

Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan polisi anda. Kami akan membayar balik premium berdasarkan jadual di bawah, dengan syarat tiada tuntutan yang telah dibuat pada tahun polisi semasa. 

(Nota: * tidak terpakai pada Tahun Polisi yang pertama disebabkan Tempoh Percubaan)

*Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan polisi dengan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA Bhd. di dalam tempoh lima belas (15) hari selepas kontrak e-polisi anda telah tersedia di portal pelanggan AIA. Premium yang telah anda bayar akan dibayar balik.

Anda boleh mengembalikan polisi anda sebelum tarikh luput polisi dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan AIA, tertakluk kepada yang berikut:

(i) Anda masih dalam lingkungan umur yang dibenarkan pada masa pengembalian semula;
(ii) Anda perlu memberi bukti kebolehinsuranan yang memuaskan kepada Kami;
(iii) Anda perlu membayar semua premium tertunggak; dan
(iv) Mana-mana terma dan syarat lain yang mungkin dikenakan oleh kami pada masa pengembalian semula.

Sila ambil perhatian bahawa polisi yang dikembali semula hanya akan melindungi kerugian atau kejadian yang diinsuranskan sekiranya ia berlaku selepas tarikh pengembalian semula selepas tempoh menunggu yang terpakai.

Tiada yuran, caj tambahan dan cukai selain daripada pembayaran premium anda.

Kelayakan untuk manfaat di bawah polisi hanya akan bermula selepas tempoh tertentu dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Polisi, yang mana kemudian. Tempoh ini dikenali sebagai “Tempoh Menunggu”.

Ya. Tempoh menunggu untuk AIA Critical Illness Cover akan dikenakan dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian, dan adalah seperti berikut:

Keterangan Tempoh Menunggu
Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Ateri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari 60 hari
Penyakit Kritikal Lain 30 hari

Polisi ini tidak melindungi:

(a) sebarang penyakit selain daripada yang didiagnosis untuk Penyakit Kritikal yang dilindungi;

(b) sebarang keadaan sedia ada sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian;

(c) Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pesakit Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian;

(d) semua penyakit kritikal lain dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian;

(e) sebarang penyakit kritikal yang didiagnosis yang disebabkan, secara langsung atau tidak langsung, oleh kecacatan kongenital atau penyakit yang ditunjukkan dengan jelas atau didiagnosis sebelum anda mencapai umur tujuh belas (17) tahun;

(f) didiagnosis dengan Hepatitis Viral Fulminan, Kanser, Ensefalitis, Meningitis Bakteria, Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk atau Penyakit Terminal (Membawa Maut), yang pada pendapat Kami disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS), atau jangkitan oleh sebarang HIV. Kami berhak untuk mengarahkan Insured/Anda menjalani ujian darah untuk HIV sebagai syarat lazim untuk penerimaan sebarang tuntutan. Bagi tujuan polisi ini:

(i) Takrifan AIDS akan merupakan apa yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 1987, atau semakan terbarunya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan takrifan itu.

(ii) Jangkitan hendaklah dianggap telah berlaku di mana ujian darah atau sebarang ujian lain menandakan, pada pendapat Kami, kewujudan sebarang HIV atau Antibodi terhadap Virus seperti itu.

(g) mana-mana daripada penyakit kritikal atau pembedahan dilindungi yang diterangkan di sini adalah disebabkan oleh kecederaan yang disengajakan;

(h) sekiranya Insured tidak kekal hidup selama sekurang-kurangnya 15 hari selepas diagnosis penyakit kritikal,
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai pengecualian yang penuh.

Anda boleh memuat turun borang yang diperlukan (item 1, 2 dan 6 di bawah) untuk tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-payment.

Di bawah adalah senarai dokumen untuk membuat tuntutan:

1) Borang Tuntutan Penyakit Kritikal

2) Penyata Laporan Perubatan (mengikut jenis penyakit)

3) Keputusan Ujian Perubatan yang Disahkan cth. MRI/ CT Scan, Kad Dialysis, Biopsi / Laporan Histopatologi. (Sila rujuk senarai semak dalam Borang Tuntutan untuk keputusan ujian perubatan yang berkaitan)

4) Salinan Kad Pengenalan anda

5) 5 keping Surat Kebenaran untuk Mengeluarkan Maklumat

6) Kad Pertemuan Pesakit

Dokumen bukan asli mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.

Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA.

Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu AIA+. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.

Sila tinggalkan maklumat hubungan anda dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.

Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.