Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Perubatan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Sanggupkah anda berkompromi dengan rawatan perubatan anda?
Dengan kos perubatan yang kian meningkat, semakin ramai keluarga memerlukan pelan komprehensif yang menyediakan perlindungan perubatan yang mencukupi.
A-Life Med Regular adalah pelan insurans berkaitan perubatan tanpa had jangka hayat untuk memenuhi keperluan perubatan anda.
Ketahui lanjut mengenai A-Life Med Regular dalam Bahasa Inggeris.
Nikmati perlindungan perubatan sehingga anda berumur 100 tahun.
Tiada had kepada jumlah yang boleh anda tuntut setiap tahun dan tiada had kepada jumlah yang boleh anda tuntut sepanjang hayat.
Terdapat tiga pelan yang boleh anda pilih, mengikut keperluan anda.
Anda tidak perlu membayar mana-mana bahagian caj rawatan anda.
Di bawah pelan perubatan ini, anda akan menerima perlindungan yang menyeluruh untuk COVID-19. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan atau komplikasi daripada pengambilan vaksin COVID-19 yang diluluskan, kami akan menanggung kos rawatan perubatan anda. Perlindungan COVID-19 kami juga merangkumi kemasukan ke hospital sekiranya anda didiagnosis dengan COVID-19, sama ada di hospital kerajaan atau swasta, jika dianggap perlu.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.aia.com.my/en/covid-19-updates.html#coverage
Apakah yang dimaksudkan dengan insurans bersama & caj boleh ditolak?
Apabila anda dan syarikat insurans bersama-sama membayar sebahagian daripada perbelanjaan perubatan anda, ia dipanggil perkongsian kos. Caj Boleh Ditolak dan Insurans Bersama adalah dua contoh bagaimana perkongsian kos boleh dilaksanakan dalam insurans perubatan biasa.
Insurans bersama adalah bahagian kos yang anda tanggung untuk perkidmatan penjagaan kesihatan yang lazimnya meliputi peratus tertentu daripada perbelanjaan perubatan anda.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.