Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Life Wealth Premier adalah pelan berkaitan pelaburan yang membantu anda membina jaringan keselamatan kewangan yang kukuh untuk orang yang tersayang anda apabila anda tidak lagi berada bersama. Dengan ciri Pendorong Perlindungan, pelan ini memberi anda perlindungan tambahan untuk meningkatkan perlindungan anda semasa tahun-tahun produktif anda. Selain itu, kedua-dua manfaat Ganjaran Wealth dan Pendorong Wealth akan membolehkan anda menerima hingga 6 kali ganda pembayaran ganjaran apabila anda menyimpan lebih banyak, menyimpan lebih lama dan sentiasa berdisiplin dari segi kewangan.
Anda juga boleh menyertai AIA Vitality, program kesihatan kami yang unik dan berlandaskan sains yang memperkasakan anda dengan ilmu, alat serta motivasi untuk membawa perubahan tingkah laku positif jangka panjang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda boleh menerima manfaat tambahan yang dipanggil Pendorong Vitality Wealth! Bergantung kepada pilihan yang sihat yang anda buat, anda boleh menerima nilai tambahan apabila polisi anda matang atau tamat disebabkan oleh kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal atau penyakit kritikal, tanpa perlu membayar premium tambahan.
Sila rujuk kepada terma dan syarat.
Sila ambil perhatian bahawa ini merupakan produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset-aset pendasar dan bukan produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
Pelan ini menyediakan Pendorong Perlindungan yang memberikan anda perlindungan tambahan untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) sehingga 40% apabila anda memilih untuk mendapatkan perlindungan yang lebih tinggi. Ia juga memberikan anda sehingga 6 kali perlindungan asas anda jika anda meninggal dunia kerana kejadian kemalangan yang dilindungi.
Melabur dalam Dana Kembara Elit AIA dan Dana Konservatif Elit AIA, yang diuruskan oleh AIA Investment Management dan AIA Bhd. Kami adalah sebahagian daripada AIA Group, salah satu pengurus aset terbesar di Asia Pasifik dengan 150+ profesional pelaburan. Dana-dana Elit AIA terdiri daripada gabungan strategi ekuiti asing dan pendapatan tetap yang diuruskan oleh pengurus aset kelas terbaik dunia, yang disasarkan untuk memberikan pulangan optimum dan kestabilan kewangan untuk jangka panjang.
Ganjaran Wealth memberi ganjaran kepada anda sebanyak 5% daripada amaun perlindungan anda seawal pada akhir ulang tahun polisi apabila mencapai umur 65 tahun dan setiap 10 tahun berikutnya sehingga matang, jika tiada pengeluaran dibuat dan premium dibayar sehingga kini.
Pendorong Wealth menawarkan anda lebih lagi nilai pada masa kematangan jika anda memilih tempoh polisi yang lebih panjang. Sebagai tambahan, Pendorong Wealth anda akan digandakan sebanyak dua kali jika tiada pengeluaran dibuat daripada nilai akaun anda dan premium dibayar sehingga kini.
Kami mahu anda meraikan detik kehidupan yang tidak dapat anda dilupakan sambil kekal berdisiplin dari segi kewangan. Anda boleh mengeluarkan sehingga 10% daripada nilai akaun anda untuk kejadian peringkat hayat tertentu di bawah Sambutan Peringkat Hayat, dan masih berhak untuk Ganjaran Wealth dan Pendorong Wealth.
Anda boleh dilindungi sehingga RM4 juta tanpa perlu membuat pemeriksaan perubatan.*
*Bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan anda.
Daftar untuk AIA Vitality apabila anda membeli A-Life Wealth Premier dan menikmati Pendorong Vitality Wealth, yang menberikan nilai akaun tambahan berdasarkan Peratusan Pendorong Vitality Wealth (VWBP) yang dikumpul atau VWBP yang dikunci, yang mana lebih tinggi apabila polisi anda matang atau tamat akibat kematian, TPD atau penyakit kritikal, tanpa perlu membayar sebarang premium tambahan. VWBP awal bermula daripada 20%. Bagi setiap tahun berikutnya, VWBP kemudiannya boleh meningkat, menurun atau kekal sama bergantung kepada Status AIA Vitality anda.
Pilihan yang lebih sihat yang anda buat, semakin tinggi Status AIA Vitality anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermaksud bahawa seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai akaun?
Ia merupakan jumlah nilai unit dana pelaburan yang dimiliki oleh pelan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?
Ia bermakna nilai polisi anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih.
Untuk perlindungan tambahan, anda boleh memilih seberapa banyak ciri tambahan di bawah untuk memenuhi keperluan anda.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memberikan anda perlindungan tambahan untuk 45 penyakit kritikal. Anda juga berhak untuk menikmati perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM), yang memberi tumpuan dalam memastikan anda mendapat rawatan terbaik dan sokongan peribadi yang berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda apabila anda menghidapi keadaan perubatan yang serius.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memberikan anda perlindungan untuk 45 penyakit kritikal bagi memberikan anda sokongan kewangan apabila diperlukan.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika anda didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika suami/isteri anda meninggal dunia, menghidapi TPD atau didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika ibu/bapa Insured meninggal dunia, menghidapi TPD atau didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.