Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-LifeLink 2 adalah pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang membantu anda melindungi mereka yang tersayang dan melabur serendah RM150 sebulan. Kami menawarkan kepada anda fleksibiliti untuk mengubah tahap perlindungan dan simpanan anda dari semasa ke semasa, untuk memenuhi keperluan anda yang sentiasa berubah-ubah.
Melampirkan A-Plus Health pada pelan ini, anda dapat menikmati perlindungan perubatan yang komprehensif. Sebagai tambahan pada setiap tahun yang anda tidak membuat tuntutan, anda mendapat wang yang dikreditkan dalam Health Wallet yang anda boleh guna untuk menuntut perbelanjaan yang biasanya tidak dilindungi oleh insurans seperti pemeriksaan kesihatan, rawatan pemulihan, penjagaan perubatan untuk keadaan kongenital dan banyak lagi.
Selain itu, ahli-ahli AIA Vitality boleh meningkatkan Health Wallet mereka, deduktibel (bayaran pendahuluan daripada anda) dapat dikecualikan dan mendapat peningkatan bilik jika masuk hospital, tanpa kos tambahan, dengan hanya mengekalkan kesihatan.
Sila ambil perhatian bahawa ini merupakan produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset-aset pendasar dan bukan produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
Dapatkan perlindungan insurans bagi kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, serta melabur untuk menambah simpanan anda - semuanya dalam satu pelan.
Pelan ini memberi anda kebebasan untuk meningkatkan atau mengurangkan tahap perlindungan atau simpanan anda, mengikut perubahan keadaan.
Kami memberikan anda perlindungan tambahan secara percuma, jika anda lebih lama bersama kami.
Anda boleh memilih bagaimana wang anda hendak dilaburkan dengan menukar dana pada bila-bila masa anda inginkan, tanpa sebarang kos.
Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?
Ia bermakna nilai polisi anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilihan.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan bonus ulang tahun?
Ini bermakna kami akan meninggikan lagi jumlah perlindungan anda tanpa premium tambahan yang perlu anda bayar bagi setiap tahun anda bersama kami.
Untuk mendapatkan perlindungan tambahan, anda boleh memilih ciri-ciri tambahan sebanyak mana yang anda inginkan, bagi memenuhi keperluan anda.
Perlindungan Perubatan
Pilihan ini menyediakan perlindungan perubatan yang menyeluruh untuk anda sehingga umur 100 tahun.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Perubatan
Memberikan anda manfaat Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) dengan sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Perubatan
Pilihan ini menyediakan pendapatan harian apabila anda dimasukkan ke hospital, akibat sakit atau cedera.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini menyediakan perlindungan sehingga 180 keadaan penyakit kritikal bagi memberikan sokongan kewangan apabila anda memerlukannya.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini menyediakan perlindungan bagi 45 jenis penyakit kritikal bagi memberikan anda sokongan kewangan apabila diperlukan.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini meliputi penyakit kritikal dari awal.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini menyediakan perlindungan sehingga 3 tuntutan penyakit kritikal.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini memberi anda bantuan kewangan bagi membolehkan anda dapat mengatasi cabaran sementara dalam hidup.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini menyediakan perlindungan tambahan untuk kesejahteraan fizikal dan emosi wanita.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Hayat
Memberikan anda perlindungan kewangan jika anda tidak lagi mampu bekerja akibat hilang upaya
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini memastikan pembayaran caruman berterusan kepada pelan ini jika anda mengalami HUMK atau disahkan menghidap mana-mana satu daripada penyakit kritikal yang dilindungi.
Dapatkan Maklumat LanjutAnda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut, anda boleh membaca brosur atau menghubungi Perancang Hayat AIA.