Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Hasil kemajuan bidang perubatan, kanser kini boleh dirawat. Apabila kos rawatan kanser semakin meningkat, persoalannya kini adalah: adakah anda bersedia dari segi kewangan untuk memerangi kanser?
A-Life Cancer360 adalah pelan perlindungan kanser yang lengkap dan menyediakan perlindungan kanser daripada tahap awal hingga ke peringkat yang lebih lanjut.
Apabila anda membeli A-Life Cancer360 dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan mendapat bonus tambahan setiap tahun yang dipanggil Bonus Tunai Tahunan. Ini bermakna, melalui Bonus Tunai Tahunan, anda boleh menerima bonus tunai sehingga 50% daripada premium asas yang dibayar untuk A-Life Cancer360 pada setiap ulang tahun polisi, tanpa perlu membayar sebarang premium tambahan.
Sertai AIA Vitality, program insurans dan kesihatan kami yang unik yang menyokong dan memberi ganjaran secara aktif atas pilihan sihat anda.
Jika anda didiagnos menghidap kanser tahap awal, anda akan menerima satu bayaran sekaligus sebanyak 30% daripada jumlah yang dilindungi. Kami juga akan membayar kepada anda 20% daripada jumlah yang dilindungi pada tahun pertama selepas anda didiagnosis bagi menyokong pemulihan anda.
Jika anda membuat tuntutan bagi kanser tahap awal, ciri-ciri Power Reset akan mengembalikan perlindungan anda kepada jumlah penuh selepas setahun anda didiagnosis. Ini membolehkan anda meneruskan perlindungan sepenuhnya terhadap kanser bagi baki tempoh pelan anda.
Jika anda didiagnos menghidap kanser pada tahap yang lebih lanjut, anda akan menerima 100% daripada jumlah perlindungan anda dalam bentuk satu bayaran sekaligus supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang anda perlukan. Bagi membantu anda menumpukan perhatian terhadap usaha pemulihan, kami akan membayar anda tambahan 50% daripada jumlah perlindungan anda sepanjang 5 tahun seterusnya. Anda layak mendapat faedah ini walaupun anda telah membuat tuntutan bagi kanser tahap awal.
Apabila pelan anda berakhir pada umur 80 tahun, kami akan membayar kepada anda jumlah yang dilindungi sepenuhnya. Anda layak mendapat faedah ini walaupun anda telah membuat tuntutan bagi kanser tahap awal.
Nikmati perlindungan berterusan dengan tiada tempoh menunggu antara tuntutan.
Kami hanya akan mempertimbangan status perubatan dan sejarah keluarga anda yang berkaitan kanser semasa menilai permohonan anda.
Anda boleh menikmati Bonus Tunai Tahunan tanpa perlu membayar premium tambahan apabila anda membeli A-Life Cancer360 dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality. Bonus Tunai Tahunan pertama adalah sebanyak 20% daripada premium asas anda yang dibayar untuk A-Life Cancer360.
Apakah yang dimaksudkan dengan kanser tahap awal?
Berkenaan pelan penyakit kritikal biasa, syarikat insurans hanya akan membayar faedah kepada anda jika kanser yang dihidapi dianggap mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, pelan ini turut meliputi tahap awal kanser termasuk karsinoma in situ, kanser prostat tahap awal, kanser tiroid tahap awal, kanser pundi kencing tahap awal dan leukimia limfa kronik tahap awal.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh matang?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan insurans anda bagi pelan ini berakhir.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengunderaitan berasaskan kanser?
Ia bermakna AIA hanya akan mempertimbangkan status perubatan dan sejarah keluarga anda yang berkaitan kanser untuk kelulusan permohonan anda, bagi memudahkan lagi anda mendapatkan perlindungan.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu?
Ia merupakan tempoh masa di mana syarikat insurans tidak akan membayar bagi tuntutan-tuntutan tertentu.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk kami. Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.