Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh menyertai pelan ini melalui
Hasil kemajuan bidang perubatan, kanser kini boleh dirawat. Apabila kos rawatan kanser semakin meningkat, persoalannya kini adalah: adakah anda bersedia dari segi kewangan untuk memerangi kanser?
A-Life Cancer360-i adalah pelan perlindungan kanser yang lengkap dan menyediakan perlindungan kanser daripada tahap awal hingga ke peringkat yang lebih lanjut.
Sertai AIA Vitality, sebuah program yang unik yang menyokong dan memberi ganjaran secara aktif atas pilihan sihat anda.
Apabila anda menyertai A-Life Cancer360-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan mendapat faedah tambahan dalam bentuk Bonus Tunai Tahunan. Anda boleh menerima bonus tunai sehingga 50% daripada caruman asas anda yang dibayar untuk A-Life Cancer360-i pada setiap ulang tahun sijil.
Jika anda didiagnos menghidap kanser tahap awal, anda akan menerima satu bayaran sekaligus sebanyak 30% daripada jumlah yang dilindungi. Kami juga akan membayar kepada anda 20% daripada jumlah yang dilindungi pada tahun pertama selepas anda didiagnosis bagi menyokong pemulihan anda.
Jika anda membuat tuntutan bagi kaser tahap awal, ciri-ciri Power Reset akan mengembalikan perlindungan anda kepada jumlah penuh selepas setahun anda didiagnosis. Ini membolehkan anda meneruskan perlindungan sepenuhnya terhadap kanser bagi baki tempoh pelan anda.
Jika anda didiagnos menghidap kanser pada tahap yang lebih lanjut, anda akan menerima 100% daripada jumlah perlindungan anda dalam bentuk satu bayaran sekaligus supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang anda perlukan. Bagi membantu anda menumpukan perhatian terhadap usaha pemulihan, kami akan membayar anda tambahan 50% daripada jumlah perlindungan anda sepanjang 5 tahun seterusnya. Anda layak mendapat faedah ini walaupun setelah anda membuat tuntutan bagi kanser tahap awal.
Apabila pelan anda berakhir pada umur 80 tahun, kami akan membayar kepada anda jumlah penuh perlindungan anda. Anda layak mendapat faedah ini walaupun anda telah membuat tuntutan bagi kanser tahap awal.
Nikmati perlindungan berterusan tanpa tempoh menunggu antara tuntutan.
Kami hanya akan mempertimbangan status perubatan dan sejarah keluarga anda berkaitan kanser semasa menilai permohonan anda.
Anda boleh menikmati Bonus Tunai Tahunan apabila anda menyertai A-Life Cancer360-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality. Bonus Tunai Tahunan pertama adalah sebanyak 20% daripada caruman asas anda yang dibayar untuk A-Life Cancer360-i.
Jika terdapat sebarang lebihan daripada dana risiko Takaful pada akhir setiap tahun, AIA PUBLIC akan kongsi lebihan tersebut dengan para Peserta yang layak pada nisbah 50:50.
Apakah yang dimaksudkan dengan kanser tahap awal?
Dalam sebuah pelan penyakit kritikal biasa, syarikat insurans hanya akan membayar faedah kepada anda jika kanser yang dihidapi dianggap mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, pelan ini turut meliputi tahap awal kanser termasuk karsinoma in situ, kanser prostat tahap awal, kanser tiroid tahap awal, kanser pundi kencing tahap awal dan leukimia limfa kronik tahap awal.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh matang?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan takaful anda bagi pelan ini berakhir.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengunderaitan berasaskan kanser?
Ini bermakna AIA PUBLIC akan hanya mempertimbangkan status perubatan dan sejarah keluarga berkaitan kanser untuk kelulusan permohonan anda, bagi memudahkan lagi anda mendapatkan perlindungan.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu?
Ia merupakan tempoh masa di mana Pengendali Takaful tidak akan membayar bagi tuntutan-tuntutan tertentu.
Apakah yang dimaksudkan dengan jumlah yang dilindungi?
Jumlah wang yang anda inginkan untuk dilindungi.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai produk ini, sila dapatkan salinan Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Produk daripada Perancang Hayat AIA.