Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Kemalangan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Semua kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan. Child Plus memastikan perlindungan dan pendidikan anak-anak dapat diteruskan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda.
Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda, anak anda akan menerima elaun pendidikan tahunan agar mereka terus menerima pendidikan yang sewajarnya.
Sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal, premium untuk polisi anak anda akan dikecualikan sehingga mereka mencapai umur 23 tahun untuk memastikan mereka mendapat perlindungan yang mencukupi.
Sekiranya anak anda diculik, manfaat ini akan membayar balik kepada anda pembayaran tebusan sehingga RM50,000 dengan syarat tuntutan wang tebusan telah dibuat. Anda juga akan menerima pembayaran sekaligus sehingga RM10,000 sebagai ganjaran untuk maklumat yang membawa kepada penemuan anak anda dengan syarat penemuan berlaku sewaktu anak anda masih hidup.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, sila merujuk kepada brosur dan Lembaran Pendedahan Produk kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.