pageheroimage

Member Testimonials

LIM CHEE GAY

Kepimpinan Melalui Teladan

15 Mei 2021
icon vitality status

Lim Chee Gay berpegang pada satu prinsip kehidupan yang penting: kesihatan adalah kekayaan. Sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia, beliau cuba sedaya upaya untuk berkongsi pegangan ini dengan rakan sekerjanya supaya mereka juga boleh mendapat manfaat melalui amalan gaya hidup yang sihat, sama seperti dirinya.

Menerangkan sebab disebalik kesungguhannya memupuk amalan-amalan sihat bersama rakan sekerjanya, Lim berkata, “Badan yang sihat boleh meningkatkan produktiviti dan keterlibatan kakitangan boleh membantu melonjakkan prestasi perniagaan. Apabila anda menjaga kesihatan fizikal dan mental, anda lebih gembira di rumah dan di tempat kerja.  Misi saya adalah untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja sihat yang menggalakkan tahap penglibatan kakitangan yang lebih tinggi.”

Untuk mendorong dan menarik minat rakan sekerjanya untuk sama-sama terlibat dalam “perjuangan” kesihatan ini, Lim sendiri menunjukkan contoh teladan yang baik. Beliau melibatkan diri secara aktif melalui AIA Vitality untuk menjejak aktiviti-aktivitinya dan terus memberi dorongan kepada dirinya agar menjalani kehidupan yang sihat.

Sejak menyertai program tersebut pada Mac 2018, Lim yang kini merupakan ahli berstatus Emas berkata, beliau telah membuat perubahan besar kepada amalan hariannya. “Memandangkan AIA Vitality adalah sebuah program berstruktur yang membolehkan saya mengumpulkan mata sebagai ganjaran apabila melakukan aktiviti sihat, saya dapat menjejak senaman saya dan memahami tahap kesihatan saya dengan lebih baik. Saya memastikan saya mencapai langkah sasaran setiap hari dan mengukur kadar denyutan jantung semasa bersenam. Ganjaran ini adalah motivasi untuk saya menjadi lebih sihat seperti cuba untuk berjalan kaki dan bukannya memandu, di samping hidup lebih aktif setiap kali,” ujar Lim.

Keadaan Lim jauh berbeza sebelum menjadi ahli AIA Vitality. “Saya selalu katakan yang saya tiada masa untuk bersenam, tetapi sebenarnya saya terlalu malas. Saya menggunakan jadual saya yang sibuk sebagai alasan. Penyertaan saya dalam program ini memastikan saya sentiasa berada pada landasan yang betul dan membantu saya kekal fokus. Saya berusaha mendapatkan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari seperti yang disyorkan oleh program tersebut. Saya mengurangkan pengambilan gula kepada hampir sifar sekarang. Daripada tidak bersenam kepada tiga hingga empat kali seminggu, saya kini bersenam setiap hari. Perkara pertama yang saya lakukan setiap pagi ialah berenang dan saya berlari dan berbasikal setiap hujung minggu. Saya pastikan saya mencapai sasaran sekurang-kurangnya 7,500 langkah sehari. Saya juga menjaga pemakanan saya – kurang mengambil manisan dan makanan berminyak,” tambah Lim.

Melakukan semua di atas telah membawa perubahan besar kepada kesihatan Lim. “Tahap kecergasan saya jauh lebih tinggi, membolehkan saya mengambil bahagian dalam cabaran berasaskan daya tahan seperti triatlon dan maraton. Baru-baru ini saya berjaya menamatkan acara triatlon Ironman Malaysia yang telah mencabar saya menunggang basikal sejauh 90-km, larian 21.1-km dan berenang 1.9-km dan juga menyempurnakan larian maraton penuh-42km.”

“Oleh kerana saya tidur lebih nyenyak pada waktu malam, saya rasa kurang tertekan dan tidak mudah lupa, dan boleh memberi tumpuan dan lebih peka terhadap persekitaran saya. Saya jarang jatuh sakit dan percaya atau tidak saya langsung tidak mengambil cuti sakit pada tahun lepas. Lebih penting lagi, persepsi saya terhadap kesihatan telah berubah di mana saya kini benar-benar memahami kepentingan untuk menjaga kesihatan dan kekal aktif,” katanya.

Semua ini menjadi alasan yang kukuh untuk Lim mendaftarkan AIA Vitality sebagai program kesihatan korporat untuk syarikatnya dalam usaha membantu rakan sekerjanya menjalani kehidupan lebih sihat. “Program yang teratur ini membolehkan pekerja kami menyemak data mereka sendiri, mengetahui usia AIA Vitality dan BMI masing-masing supaya mereka tahu bagaimana untuk meningkatkan tahap kesihatan dan juga mengambil berat tentang diet dan kesejahteraan minda. Ganjaran yang ditawarkan mendorong pekerja kami untuk berusaha lebih gigih lagi. Di samping itu, program ini juga turut membantu membina komuniti kakitangan menerusi aplikasi supaya mereka boleh mendorong satu sama lain dan menetapkan sasaran untuk mencabar diri. Mereka yang terlibat secara aktif dalam program kemudian berkongsi perkembangan dalam mesyuarat mingguan. Matlamat utama ialah mendapatkan penglibatan 100 peratus daripada semua pekerja kami,” kata Lim.

Selain daripada menggalakkan pekerja untuk menyertai AIA Vitality, Lim membantu syarikatnya menganjurkan sesi Zumba yang dijalankan pada setiap hari, aktiviti bulanan seperti bermain badminton atau berjalan kaki, karnival dan bengkel kesihatan, pertandingan boling dan banyak lagi aktiviti yang boleh disertai oleh pekerja syarikat berkenaan.

Sejak memperkenalkan pelbagai aktiviti sihat ini, Lim berkata beliau juga dapat melihat perubahan dari segi budaya kerja. “Kakitangan kami lebih prihatin tentang gaya hidup mereka. Mereka kini mengambil bahagian secara aktif dalam semua program yang kami anjurkan. Di samping itu, indeks kegembiraan juga telah meningkat di syarikat kami!,” katanya.

Berminat untuk menyertai dan menjadikan AIA Vitality sebagai sebahagian daripada program kesihatan korporat anda? Dapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my/aiavitality

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.