Senior Manager/Manager - Telemarketing
- Memimpin dan menguruskan Pasukan Jualan dalam pelaksanaan kempen yang berkesan untuk mencapai sasaran dan objektif jualan jabatan.
- Memastikan laporan pemantauan harian dikemaskini dengan tepat.
- Mendorong, mengetuai dan memupuk persekitaran budaya jualan untuk mencapai pelbagai sasaran yang ditetapkan oleh perniagaan.
- Pemegang Ijazah dengan pengalaman sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam menguruskan pasukan jualan.
- Kelebihan bagi calon yang lulus Peperiksaan Pra Kontrak (PCE) dalam Insurans Hayat/Am.
Senior Team Leader/Team Leader – Telemarketing
- Memimpin dan menguruskan pasukan Financial Executives untuk mencapai sasaran dan objektif jualan jabatan.
- Membimbing dan menyediakan latihan termasuk pengetahunan mengenai polisi dan prosedur syarikat serta peralatan untuk menyokong aktiviti harian kepada Financial Executives.
- Memastikan semua ahli pasukan dilengkapi dengan pengetahuan tentang produk jualan.
- Bertanggungjawab dalam memantau prestasi kempen dan penilaian KPI bagi memastikan sasaran perniagaan tercapai.
- Pemegang Ijazah dengan pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam menguruskan pasukan jualan.
- Kelebihan bagi calon yang lulus Peperiksaan Pra Kontrak (PCE) dalam Insurans Hayat/Am.
Financial Executive – Telemarketing
- Menggunakan teknik penjualan konsultatif untuk mempromosikan produk insurans kepada pelanggan yang berpotensi.
- Bertanggungjawab untuk mencapai KPI harian dan bulanan berdasarkan garis panduan Quality Assurance (QA) untuk mematuhi kualiti panggilan syarikat.
- Pemegang Ijazah atau diploma (atau SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang jualan).
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Kelebihan bagi calon yang menguasai dialek Cina.
- Agresif, bersemangat dan berorientasikan hasil untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.