Mengapa Insurans Kenderaan penting

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa — sama ada pelanggaran kecil atau kemalangan besar dan kos pembaikan mungkin membebankan. Dengan perlindungan insurans kenderaan yang sewajarnya, anda boleh mengelakkan diri daripada menanggung sendiri kos kerosakan, kecurian atau liabiliti pihak ketiga. 

Manfaat Utama Insurans Kenderaan AIA

Soalan Lazim

Tarif adalah kadar harga tetap yang diwujudkan di bawah akta-akta insurans bagi menyelaraskan dan mengawal caj premium serta terma dan syarat polisi.

Contoh polisi yang tertakluk kepada tarif ialah insurans Kenderaan dan insurans Kebakaran. Apabila premium ditetapkan di bawah tarif, syarikat insurans tidak dibenarkan mengubah atau menetapkan kadar premium yang berbeza bagi polisi insurans tersebut.

Contohnya seperti polisi insurans/sijil takaful Motor dan Kebakaran. Apabila premium/sumbangan takaful dikenakan tarif, syarikat insurans/pengendali takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dikenakan ke atas polisi insurans/sijil takaful.

Sebagai pihak berkuasa bagi institusi kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai pengawasan atas kadar Tarif.

Kedua-duanya dikira berdasarkan nilai diinsuranskan/jumlah perlindungan dan model kenderaan. Selain itu, penanggung insurans dan pengendali takaful boleh menggunakan bebanan premium/sumbangan takaful terhad berdasarkan umur pemandu dan jumlah kemalangan yang pernah dialami. Bergantung pada rekod tuntutan pemandu, premium/sumbangan takaful yang perlu dibayar akan diselaraskan dengan diskaun (Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD).

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

Walau bagaimanapun, pemandu mungkin menerima sebut harga yang berbeza daripada penanggung insurans atau pegendali takaful berasingan disebabkan faktor-faktor lain seperti dinyatakan di atas.

Malaysia sedang berada dalam transisi ke arah status negara maju, pasaran insurans dan takaful perlu dibuka untuk membolehkan pendekatan yang lebih saksama ketika mengenakan premium atau sumbangan takaful.

Risiko yang baik harus diberi ganjaran dan risiko yang tidak baik pula diiktiraf. Ini bermakna pemandu yang baik sepatutnya membayar premium atau sumbangan takaful yang lebih rendah berbanding pemandu lain yang berada dalam kelas yang lebih cenderung untuk mengalami banyak kemalangan. Perlu juga ada insentif untuk pemandu yang dianggap tidak baik tetapi dilihat mampu menjadi risiko yang lebih baik dan diberi ganjaran dalam bentuk pengurangan premium maupun sumbangan takaful.

Baca di sini untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan anda mengenai pelan insurans kenderaan.

Kongsi