Insurans Kenderaan

Family Drive

Daftar

Dalam Talian/melalui Perancang Hayat

icon health

Family Drive

Insurans kenderaan pertama seumpamanya yang melindungi bukan hanya anda dan kereta anda, tetapi juga keluarga anda.

Tempoh Perlindungan
1 tahun - boleh diperbaharui setiap tahun sehingga 74 tahun
Umur Kelayakan
17 tahun - 74 tahun

Manfaat

Video

AIA Family Drive

Muat Turun Risalah

Terma & Syarat

  • Anda perlu mendedahkan semua fakta penting seperti kemalangan dahulu, pengalaman tuntutan dan sebarang pengubahsuaian kepada enjin kenderaan anda.
  • Anda perlu memastikan kenderaan anda diinsuranskan pada jumlah yang sesuai. Bagi kenderaan baharu, nilai yang diinsurankan ialah harga pembelian sementara bagi kenderaan lain, nilai yang diinsurankan ialah nilai pasaran kenderaan anda semasa anda memohon polisi ini.
  • Terlebih insurans – ini berlaku apabila anda menginsuran kenderaan anda dengan jumlah yang lebih tinggi daripada nilai pasaran, yang bermakna anda mungkin terbayar premium yang lebih tinggi daripada yang perlu. Apabila anda membuat tuntutan, kami hanya akan membayar nilai pasaran kenderaan anda pada masa kerugian.
  • Terkurang insurans – ini berlaku apabila jumlah yang diinsuranskan bagi kenderaan anda lebih rendah daripada nilai pasaran. Jika anda terkurang insurans, jumlah yang kami bayar mungkin tidak cukup untuk menampung kerugian anda dan anda perlu membayar perbezaan tersebut.
  • Terlebih insurans dan terkurang insurans tidak tertakluk sekiranya pelanggan memilih Nilai Dipersetujui.
  • Penilaian – nilai pasaran kenderaan anda perlu ditentukan jika terdapat pertikaian daripada ibu pejabat pemegang francais. Jika terdapat pertikaian bagi nilai pasaran kenderaan anda, nilai pasaran akan ditentukan oleh ibu pejabat pemegang francais Pelaras Kerugian yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan undang-undang selepasnya, yang dipersetujui oleh anda dan kami.
  • Prinsip indemniti – berdasarkan prinsip ini, perlindungan insurans akan membayar pampasan kerugian anda dengan mengembalikan anda kepada kedudukan yang sama seperti sebelum kerugian. Anda tidak boleh mendapat ‘keuntungan’ daripada tuntutan insurans motor.
  • Ekses – ini adalah jumlah kerugian yang anda perlu tanggung sebelum kami membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jika anda mempunyai ‘ekses’ dalam polisi anda, anda perlu membayar jumlah ‘ekses’ tersebut terus kepada bengkel.
  • "Betterment" – ini berlaku apabila semasa pembaikan kenderaan anda yang rosak, alat ganti lama digantikan dengan alat ganti francais baharu. Selaras dengan prinsip indemniti, anda perlu menanggung perbezaan kos tersebut kerana kenderaan anda yang telah diperbaiki berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan setelah dipasang dengan alat ganti baharu.
  • Kemalangan dan prosedur tuntutan – anda perlu mendapatkan maklumat terperinci tentang kemalangan seperti kenderaan yang terlibat, membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan, memaklumkan kami dengan segera dan menyerahkan borang tuntutan dengan dokumen sokongan yang lengkap. Anda dinasihatkan supaya berurusan dengan Bengkel-bengkel yang diluluskan di bawah Skim Bengkel Pembaik Motor Persatuan Insurans Am Malaysia (yang dikenali sebagai PIAM Approved Repairers Scheme (PARS)) sahaja.
  • Jika anda tidak bersalah dalam kemalangan tersebut, anda boleh menyerahkan tuntutan tersebut sama ada secara terus kepada syarikat insurans pihak yang bersalah, atau kepada kami di bawah tuntutan Kerosakan Sendiri "Knock-for-Knock" tanpa kehilangan kelayakan diskaun tanpa tuntutan ("No-Claim-Discount" (NCD)) anda. Anda digalakkan menyerahkan tuntutan kepada kami bagi pemprosesan tuntutan yang lebih pantas.

Pengecualian

Anda tidak layak menuntut yang berikut bawah polisi ini:

  • Kecurian aksesori kenderaan bukan dipasang dari kilang (stereo kereta, tempat duduk kulit, rim tayar dan lain-lain) kecuali dinyatakan sebaliknya;
  • Kerugian akibat tidak dapat menggunakan kenderaan, susut nilai, haus dan lusuh, kegagalan atau kerosakan mekanikal atau elektrikal; dan
  • Kerugian/kerosakan akibat kejadian semula jadi seperti banjir atau tanah runtuh. (melainkan jika faedah Perlindungan Tambahan Bencana Khas ditambah).
     

Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak polisi bagi terma dan syarat produk ini.

Ahli PIDM

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi AIA atau PIDM.

Recommendation Prompt
Recommendation Prompt

Kongsi

Ketahui Lanjut