pageheroimage

AIA i-Med Basic

Soalan Lazim

Takaful ialah skim saling membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang bernama Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling membantu mereka yang memerlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur sewajarnya dan mengurus dana ini berdasarkan strategi yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

AIA i-Med Basic ialah pelan Takaful yang diperbaharui setiap tahun yang melindungi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan sehingga umur 70 tahun.

Pelan ini bebas komisen dan tiada orang tengah yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Med Basic.

Pelan ini tersedia untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pengunderaitan.

Pelan ini melindungi:

Jadual Manfaat

Pelan

1

Bilik Dan Penginapan Hospital

(sehingga 120 hari setahun)

RM100

2

Unit Rawatan Rapi (ICU)

(sehingga 120 hari setahun)

Seperti caj yang dikenakan, tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup

3

Yuran berkaitan Hospital
  • Bekalan dan Perkhidmatan Hospital
  • Bayaran Pembedahan
  • Yuran Bilik Pembedahan
  • Yuran Pakar Bius
  • Lawatan Doktor Dalam Hospital (2 lawatan setiap pakar perubatan untuk sehari)

Semua tuntutan adalah tertakluk kepada Deduktibel sebanyak RM300 untuk Mana-mana Satu Hilang Upaya atau Ko-Takaful 5%, sehingga RM1,000 bagi setiap tahun sijil.

Had Tahunan

RM20,000

Had Seumur Hidup

RM80,000

Nota:

1. Pelan ini tidak melindungi rawatan pra-penghospitalan, rawatan selepas penghospitalan dan rawatan pesakit luar.

2. “Mana-mana Satu Hilang Upaya” bermaksud jika dua atau lebih pengasingan disebabkan oleh hilang upaya yang sama atau yang berkaitan, atau disebabkan oleh sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, maka pengasingan tersebut akan dianggap sebagai satu pengasingan jika setiap daripadanya tidak terpisah lebih daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh discaj daripada hospital.

3. AIA i-Med Basic adalah pelan Takaful perubatan mudah yang menyediakan perlindungan untuk perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan. Untuk pelan Takaful perubatan yang lebih komprehensif dan deduktibel/ko-Takaful yang berlainan, sila tinggalkan maklumat butiran anda melalui Borang Pertanyaan. Kami akan mengatur Perancang Hayat AIA untuk menjalankan penilaian dan mengesyorkan pelan yang sesuai berdasarkan perlindungan dan keperluan kewangan anda.

Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang layak ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan perubatan yang layak untuk mana-mana satu hilang upaya dan kami akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak yang selebihnya.

Contohnya, sekiranya jumlah perbelanjaan perubatan yang layak ialah RM5,000, amaun yang perlu dibayar oleh anda ialah RM300 dan kami akan membayar baki RM4,700.

Ko-takaful merupakan aturan perkongsian kos di mana anda perlu menanggung sebahagian daripada perbelanjaan yang layak mengikut peratusan yang telah ditentukan dan kami akan membayar baki perbelanjaan yang layak selebihnya sehingga had yang terpakai.

Sekiranya anda meninggal dunia semasa tempoh sijil, tiada faedah yang akan dibayar kerana AIA i-Med Basic tidak melindungi kematian.

Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran caruman anda disahkan.

Anda boleh mencarum untuk pelan ini dengani kad debit atau kad kredit anda.

Caruman bagi pelan ini adalah tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. Kami berhak untuk menyemak semula kadar caruman dengan memberikan notis bertulis 30 hari sebelum ulang tahun sijil yang akan datang.

Caruman perlu dibayar sehingga akhir tempoh sijil. Sila ambil perhatian bahawa kadar caruman akan meningkat bergantung kepada umur terakhir yang telah dicapai apabila caruman perlu dibayar.

Anda boleh rujuk kadar caruman penuh di dalam Helaian Pendedahan Produk.

 

Anda boleh menukar kaedah caruman anda di portal pelanggan kami, AIA+. Sila klik pautan ini untuk log masuk atau pendaftaran.

Pelan ini diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun. Sijil anda akan diperbaharui secara automatik pada setiap Ulang Tahun Sijil dengan syarat caruman anda dibayar.

Tidak, anda hanya boleh menyertai satu (1) sijil AIA i-Med Basic.

Tidak, hanya terdapat satu pelan untuk AIA i-Med Basic. Anda juga tidak boleh menukar pilihan pembayaran bersama anda.

Sila ambil perhatian bahawa pelan perubatan ini tidak mempunyai kad, oleh itu anda tidak akan menerima sebarang kad perubatan. Untuk kemudahan tanpa tunai semasa kemasukan hospital, sila rujuk kepada soalan 27 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apabila penyertaan dan pembayaran caruman anda telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama e-sijil anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, AIA+, untuk melihat butiran sijil anda dan memuat turun salinan e-sijil anda. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau mendaftar.

Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan sijil anda. Kami akan membayar balik caruman yang tidak digunakan daripada Dana Risiko Peserta (DRF) dan Yuran Wakalah yang belum diperoleh daripada dana Pengendali Takaful (jika ada) berdasarkan jadual di bawah, tertakluk jika tiada sebarang tuntutan dilakukan bagi Sijil ini pada Tahun Sijil semasa.

(Nota:*tidak terpakai pada Tahun Sijil yang pertama disebabkan Tempoh Percubaan)

Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan Sijil Takaful dengan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC di dalam tempoh lima belas (15) hari selepas kontrak e-sijil anda telah tersedia di portal pelanggan AIA. Caruman yang anda telah bayar akan dibayar dipulangkan balik kepada anda.

Anda boleh mengaktifkan semula sijil anda sebelum tarikh tamat sijil dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami tertakluk kepada syarat berikut:

(i) Anda masih dalam lingkungan umur yang dibenarkan pada masa pengaktifan semula;

(ii) Anda perlu mengemukakan bukti kelayakan perlindungan Takaful (contoh: laporan perubatan) yang memuaskan kepada kami;

(iii) Anda perlu membayar semua caruman tertunggak; dan

(iv) Mana-mana terma dan syarat lain yang mungkin dikenakan oleh kami pada masa pengaktifan semula.

Sila ambil perhatian bahawa sijil yang diaktifkan semula hanya akan melindungi kerugian atau kejadian yang dilindungi sekiranya ia berlaku selepas tarikh pengaktifan semula dan selepas tempoh menunggu yang telah ditetapkan.

Yuran Wakalah akan ditolak dahulu sebagai peratusan caruman untuk membayar kos perbelanjaan pengurusan kami. Kos perbelanjaan ini termasuk duti setem sebanyak RM10.

Selepas penolakan Yuran Wakalah, baki caruman yang dibayar akan diperuntukkan kedalam DRP sebagai Tabarru’ (Derma) dengan tujuan menyediakan perlindungan dan memenuhi tuntutan bagi peristiwa/risiko yang dilindungi di bawah Sijil Takaful. Nilai Tabarru’ ini akan meningkat seiring dengan umur anda.

Jadual di bawah menunjukkan peruntukkan Caruman:

Tahun Sijil Peratusan (%) Caruman
Yuran Wakalah Caruman Yang Diperuntukkan Ke DRP (Tabarru’)
1 sehingga Matang 17.5%
82.5%

Tidak. Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran caruman anda. Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.

Lebihan akan ditentukan dan diisytiharkan, jika ada, sekali setahun oleh kami selaku Pengendali Takaful. Sekiranya terdapat lebihan daripada DRP, lebihan bersih, selepas tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta yang layak mengikut nisbah berikut:

 

Pengendali Takaful

Peserta

Lebihan pada Dana Risiko Peserta (DRP)

50%

50%

Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak secara berkadaran mengikut peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.

Kelayakan untuk faedah di bawah sijil hanya akan bermula selepas tempoh tertentu dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil, yang mana kemudian. Tempoh ini dikenali sebagai “Tempoh Menunggu”.

Ya. Tempoh menunggu untuk AIA i-Med Basic akan dikenakan dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian, seperti berikut:

Penerangan Tempoh Menunggu
Penyakit Tertentu 120 hari
Penyakit Lain 30 hari
Kecederaan Akibat Kemalangan Tiada

Had tahunan adalah jumlah maksimum yang akan dibayar oleh kami dalam masa setahun bagi pelan ini dan had seumur hidup adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut daripada pelan ini sepanjang hayat anda.

Pelan ini tidak melindungi:

(a) Penyakit sedia ada sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau

(b) Rawatan atau pembedahan untuk Penyakit Tertentu sehingga Orang Dilindungi dilindungi secara berterusan di bawah Sijil ini untuk tempoh seratus dua puluh (120) hari; atau

(c) Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran. Ini termasuklah segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Orang Dilindungi dilindungi secara berterusan di bawah Sijil ini dan sebarang keadaan kongenital atau keadaan keturunan yang telah menjadi nyata atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun; atau

(d) Sebarang Hilang Upaya yang diakibatkan oleh perbuatan memusnahkan diri atau kecederaan diri yang disengajakan, pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau sebarang cubaan memusnahkan diri dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau

(e) Peperangan, sama ada diisytiharkan ataupun tidak, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau sebarang operasi ketenteraan; atau

(f) Berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan yang diisytiharkan ataupun tidak diisytiharkan atau semasa di bawah perintah untuk operasi ketenteraan atau pemulihan ketenteraman awam; atau

(g) Sebarang perlanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; atau

(h) Kehamilan, keguguran atau melahirkan anak; atau

(i) Penyakit mental atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak, atau penyalahgunaan dadah atau sebarang komplikasi lain yang timbul daripadanya atau sebarang pengambilan dadah secara tidak sengaja yang tidak dipreskripsikan oleh Doktor yang merawat; atau

(j) Pembedahan elektif/plastik/kosmetik, khatan (kecuali khatan akibat jangkitan), pemeriksaan mata/pembedahan elektif untuk kecacatan penglihatan akibat keterlihatan, penglihatan jauh atau astigmatisme atau radang keratotomi; semua cermin mata pembetulan, kanta lekap dan kanta intraokular (kecuali kanta intraokular monofokal dalam pembedahan katarak) atau penggunaan atau perolehan peralatan atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, dan preskripsinya;

(k) Sebarang rawatan atau Pembedahan pergigian melainkan jika diperlukan kerana kecederaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti titian gigi (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya; atau

(l) Hospitalisasi terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis untuk hilang upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu daripada segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, vitamin/makanan tambahan dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan; atau

(m) Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu daripada segi perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih; atau

(n) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari pertama dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula sijil ini, yang mana kemudian, kecuali untuk kecederaan dilindungi; atau

(o) Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear; atau

(p) Perbelanjaan yang ditanggung untuk mendermakan mana-mana bahagian badan atau organ oleh Orang Dilindungi dan pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya. Kami hanya akan membayar balik Caj Munasabah dan Biasa yang dikenakan ke atas Pembedahan Pemindahan Organ Utama/Sumsum Tulang untuk Orang Dilindungi sebagai penerima, terhad kepada sekali seumur hidup; atau

(q) Rawatan yang diterima oleh Orang Dilindungi di luar negara kecuali Singapura dan Brunei, jika Orang Dilindungi tinggal atau mengembara di luar Malaysia selama lebih daripada 90 hari berturut-turut. Faedah bagi rawatan itu adalah terhad kepada Caj Munasabah dan Biasa dan caj yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk rawatan dalam negara yang setaraf dengannya di Malaysia dan tidak termasuk kos pengangkutan ke tempat rawatan.

Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai pengecualian yang penuh.

Anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-pembayaran.

Di bawah adalah senarai dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan:

1) Borang Tuntutan Hospital Individu

2) Bil terperinci asal (Invois/Penyata) dan resit rasmi asal termasuk resit deposit

3) Salinan Laporan Makmal dan Radiologi (MRI, Imbasan CT, Ultrabunyi, Sinar-X, ECG, Histopatologi, Biopsi & Ujian Perubatan Lain)

4) Bagi Rawatan Luar Negara, termasuklah: Salinan Passport yang menunjukkan Biodata, Tarikh Berlepas dari Malaysia dan Ketibaan Luar Negara atau salinan Tiket Penerbangan/Pas Masuk, Bil Terperinci Kemasukan Hospital Asal yang menunjukkan pecahan setiap caj dan terjemahan bahasa asing.

Dokumen bukan asli (contohnya dokumen fotostat) mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di Pusat Pelanggan AIA kami.

Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA kami.

Kemudahan tanpa tunai hanya terpakai untuk hospital platinum dan hospital panel kami.

Untuk memproses kemasukan dengan lebih cepat, sila kemukakan Kad Pengenalan dan surat rujukan anda, jika berkenaan, kepada pegawai kemasukan hospital. Sila ambil perhatian bahawa tiada kad perubatan diperlukan untuk proses kemasukan. Sekiranya anda layak untuk Surat Jaminan, anda dikehendaki menandatangani borang tuntutan apabila dimasukkan ke hospital dan kenyataan tuntutan yang diluluskan pada masa pelepasan. Harap maklum bahawa anda perlu membayar jumlah deduktibel/ko-takaful, dan perbelanjaan yang tidak layak semasa dibenarkan keluar hospital.

Jika anda tidak layak atau tidak sah mendapat kemudahan tanpa tunai, ini akan diberitahu kepada anda oleh hospital. Sila ambil perhatian bahawa tidak akan ada Surat Jaminan yang dikeluarkan untuk tiga bulan pertama sijil anda. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dalam tempoh ini, anda perlu membayar caj sepenuhnya dan mengemukakan tuntutan anda dengan semua dokumen yang diperlukan kepada kami. Sila rujuk soalan 26 untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan untuk tuntutan.

Surat Jaminan adalah jaminan pembayaran yang ditawarkan oleh kami dan mengesahkan bahawa kos rawatan adalah layak di bawah pelan anda dan akan dilindungi oleh kami. Surat Jaminan ini hanya terpakai untuk hospital platinum dan hospital panel kami.

Ada segelintir pakar dalam hospital panel terlantik yang tidak mempunyai sebarang perjanjian kerja dengan AIA PUBLIC. Peserta yang mendapatkan rawatan daripada doktor bukan panel perlu membayar caj tersebut secara penuh dan mengemukakan tuntutan anda bersama dengan semua dokumen kepada kami. Sila rujuk soalan 26 untuk maklumat lanjut tentang dokumen-dokumen untuk tuntutan.

Sekiranya anda mendapatkan rawatan daripada hospital bukan panel, anda perlu membayar caj tersebut sepenuhnya. Selepas itu, anda boleh mengemukakan tuntutan anda bersama dengan semua dokumen kepada kami. Sila rujuk soalan 26 untuk maklumat lanjut tentang dokumen-dokumen untuk tuntutan.

Untuk mencari hospital platinum dan hospital panel berhampiran anda, sila klik di sini.

Anda boleh menyemak status tuntutan anda melalui portal pelanggan kami, AIA+. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300-88-8922.

Sila tinggalkan maklumat anda untuk dihubungi dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Customer Contact AIA PUBLIC di 1300-88-8922.

Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.