AIA One Plan adalah pelan insurans hayat bertempoh yang menyediakan perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal selama satu (1) tahun.
Pelan ini bebas komisen dan tiada orang tengah yang terlibat dalam penjualan atau pemasaran pelan AIA One Plan.
Soalan Lazim
Jumlah perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh menghitung anggaran keperluan perlindungan anda di sini.
Faedah | Amaun Perlindungan* |
---|---|
Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal | RM 50,000 RM 100,000 RM 150,000 RM 200,000 RM 300,000 RM 400,000 RM 500,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM500,000 setiap hayat.
Jika anda meninggal dunia dalam tempoh polisi, keluarga anda akan menerima 100% jumlah perlindungan.
Anda akan menerima 100% daripada jumlah perlindungan jika anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh perlindungan.
Ya, tuntutan kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal pelan ini akan dibayar sebagai tambahan kepada pelan insurans lain yang memberikan perlindungan kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang anda miliki daripada AIA.
Anda boleh membayar premium tahunan untuk pelan ini dengan kad kredit anda atau bayaran perbankan dalam talian.
Anda boleh menukar kaedah pembayaran atau mod pembayaran premium anda di portal pelanggan kami, AIA+. Sila klik pautan ini untuk log masuk atau pendaftaran.
Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu (1) AIA One Plan tetapi jumlah perlindungan polisi-polisi yang dibeli tidak boleh melebihi RM 500,000.
Tidak. Selepas tarikh luput, anda boleh membeli AIA One Plan yang baru jika anda ingin meneruskan perlindungan di bawah AIA One Plan.
Setelah tempoh perlindungan anda bermula, anda tidak boleh membuat pertukaran sepanjang tempoh polisi anda.
Apabila pembelian dan pembayaran premium telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama-sama dengan kontrak e-polisi anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, AIA+, untuk melihat butiran polisi anda dan memuat turun salinan kontrak e-polisi anda. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau mendaftar.
Pembelian polisi insurans hayat bertempoh ini memerlukan komitmen kewangan anda selama satu (1) tahun. Polisi ini tidak mempunyai sebarang pilihan pembatalan selepas tempoh percubaan. Perlindungan anda akan tamat secara automatik pada akhir tempoh perlindungan.
Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan polisi dengan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA Bhd. di dalam tempoh lima belas (15) hari selepas kontrak e-polisi anda telah tersedia di portal pelanggan AIA. Premium yang telah anda bayar akan dibayar balik.
Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran premium anda. Sila ambil perhatian bahawa premium yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia dalam mana-mana kejadian berikut:
1) Kematian akibat membunuh diri dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permulaan polisi, mana-mana yang kemudian.
2) Anda tidak akan dilindungi jika anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat kejadian berikut:
a)Pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman
b)Perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam;
c)Memasuki, keluar, mengendali, atau memberi khidmat, atau diangkut melalui sebarang peranti atau pengangkutan udara melainkan apabila Orang Dilindungi adalah penumpang berbayar atau ahli krew untuk penerbangan pengangkutan udara komersil di perjalanan penumpang berjadual biasa melalui laluan penumpang yang ditetapkan;
d)Sebarang kecacatan kongenital yang telah dilihat atau telah didiagnosis sebelum umur tujuh belas (17) tahun.
e)Sebarang Hilang Upaya akibat keadaan fizikal atau mental yang wujud sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil ini, yang mana kemudian, yang tidak dinyatakan dalam permohonan atau kenyataan kesihatan.
Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada kontrak polisi anda untuk senarai pengecualian penuh.
Anda boleh menamakan mana-mana orang yang wujud sebagai penama. Anda tidak boleh menamakan organisasi sebagai penama.
Penamaan adalah penting untuk memastikan penama anda menerima faedah daripada polisi insurans hayat anda secepat mungkin sekiranya anda meninggal dunia. Ia juga penting untuk memastikan orang yang dinamakan mengetahui tentang perkara ini.
Anda boleh membuat penamaan dengan mengisi borang penamaan selepas anda membeli polisi dan mengemukakan borang penamaan yang lengkap kepada kami. Anda boleh memuat turun salinan Borang Penamaan, Pelantikan dan Pembatalan di sini. Sila kemukakan borang penamaan yang lengkap di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami atau hantarkan kepada:
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan,
Tingkat 6, Wisma AIA,
99, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Penamaan adalah tidak wajib. Namun, kami mencadangkan anda supaya membuat penamaan untuk mempercepatkan bayaran tuntutan kepada penama anda.
Jika anda perlu membuat tuntutan, anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-pembayaran.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA kami.
Untuk maklumat lanjut bagi cara membuat tuntutan serta dokumen tambahan yang diperlukan, sila layari pautan ini.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu AIA+. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.
Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan sijil kematian yang diakui benar, yang dikeluarkan oleh negara tempat anda meninggal dunia.
Sila tinggalkan maklumat anda untuk dihubungi dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.