Kemalangan Diri Komprehensif

MyEssential PA

Daftar untuk pelan ini melalui

Perancang Hayat

icon health

MyEssential PA

Pelan kemalangan diri yang ringkas dan mampu milik dengan fleksibiliti untuk menambah manfaat yang sesuai mengikut gaya hidup anda.

Tempoh Perlindungan
Sehingga umur 100 tahun
Umur Kelayakan
14 hari - 75 tahun

Manfaat

Terma & Syarat

  1. Anda perlu mendedahkan butiran seperti pekerjaan, minat atau hobi anda yang boleh mempengaruhi profil risiko anda dan bilangan polisi kemalangan diri dengan syarikat insurans lain yang anda miliki.
  2. Selepas premium pertama, satu tempoh ehsan selama 31 hari dari tarikh genap tempoh premium akan dibenarkan untuk pembayaran setiap premium. Polisi akan kekal aktif sepanjang tempoh ehsan ini. Jika kerugian berlaku dalam tempoh ehsan, sebarang baki premium yang telah genap tempoh tetapi belum berbayar bagi tahun polisi penuh akan ditolak daripada jumlah yang akan dibayar di bawah polisi tersebut.
  3. Anda perlu memaklumkan kepada kami secara bertulis jika anda bertukar pekerjaan. Kami akan menyemak semula pekerjaan baharu anda untuk menentukan sama ada ia termasuk dalam kategori pekerjaan yang dilindungi di bawah pelan ini. Jika pekerjaan baharu anda tidak diinsuranskan dalam pelan yang dipilih, kami akan menyemak semula pelan anda kepada pelan lain yang dibenarkan di bawah kelas pekerjaan baharu anda.
  4. Anda perlu memberikan notis tuntutan bertulis kepada kami dalam tempoh 30 hari selepas kemalangan yang menyebabkan kecederaan anda. Jika berlaku kematian, notis tuntutan hendaklah diberikan kepada kami dengan serta-merta.

Ahli PIDM

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi AIA atau PIDM.

Recommendation Prompt
Recommendation Prompt

Kongsi

Ketahui Lanjut