Artikel berkaitan
Pertama Kali Bayar Cukai Pendapatan? Caranya Mudah dengan e-Filing!

Ingin membayar cukai pendapatan buat pertama kali tetapi tidak pasti bagaimana untuk mula? Jom ketahui langkah-langkahnya.

Katakan ini adalah tahun pertama anda bekerja dan sudah tiba masanya untuk membayar cukai pendapatan.
Soalan pertama yang muncul di fikiran anda mungkin adalah, “Di mana saya nak mula?”. Jawapannya: Di sini!
Sebelum kita bermula, semak terlebih dahulu jika anda layak untuk dikenakan cukai pendapatan. Anda hanya layak sebagai seorang pembayar cukai jika anda mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dan:
- Menerima gaji tahunan sebanyak RM34,000 atau lebih (Selepas penolakan caruman KWSP)
- Mendapat sumber pendapatan melalui perniagaan (keuntungan perniagaan)

Jika anda tergolong dalam kategori ini, maka anda layak untuk memfailkan cukai.

Anda perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mendapatkan nombor cukai pendapatan. Anda boleh mendaftar melalui dua cara:
-
SECARA DALAM TALIAN MELALUI
E-DAFTAR
Dokumen yang diperlukan: Salinan digital kad pengenalan -
CAWANGAN PEJABAT LHDN
Dokumen yang diperlukan: Salinan kad pengenalan, salinan Borang EA, salinan sijil nikah (jika ada)
Selepas 3 hari bekerja, LHDN akan menghantar emel dengan nombor cukai pendapatan kepada anda.

Untuk membuat e-filing, anda perlu mencipta profil dalam talian anda untuk membayar cukai. Langkah pertama adalah dengan mendapatkan nombor PIN sebagai kata laluan untuk masuk ke laman e-Filing. Terdapat dua cara untuk melakukannya:
- Melalui Laman Maklum Balas Pelanggan LHDN
- Cawangan Pejabat LHDN
Setelah menerima nombor PIN, layari laman web ezHazil dan tekan “Log Masuk Kali Pertama”. Isikan maklumat peribadi anda dan anda boleh terus memfailkan cukai anda.

Sekiranya anda seorang pekerja yang bermajikan, anda akan menerima borang EA daripada syarikat anda. Jadi, pastikan borang EA anda lengkap dan tersedia.
A) Mulakan dengan memilih borang cukai yang tepat untuk situasi anda:
- e-BE / BE: Sekiranya anda individu yang bekerja dengan majikan
- e-B / B: Sekiranya anda mempunyai perniagaan
- e-M / M: Sekiranya anda bukan rakyat Malaysia
- e-BT / BT: Sekiranya anda dikelaskan sebagai pekerja pakar dan profesional
B) Pilih tahun penilaian dan semak segala maklumat
C) Pilih pendapatan berkanun anda. Ini akan disenaraikan dalam borang EA. Jika anda telah bekerja di beberapa syarikat lain sepanjang tahun berkenaan, jumlahkan pendapatan anda daripada kesemua borang EA tersebut.

Pendapatan bersih anda adalah tertakluk kepada pelepasan cukai. Sekiranya anda layak untuk mendapat pelepasan cukai untuk mana-mana kategori yang disenaraikan, anda boleh menuntutnya.
Antara perlepasan cukai yang boleh diutamakan pada tahun ini adalah:
- Ujian COVID-19 (Sehingga RM1,000)
- Pembelian barangan gaya hidup seperti keahlian gimnasium, buku dan banyak lagi (Sehingga RM2,500)
- Insurans/takaful hayat/nyawa (Sehingga RM3,000)*
- Perbelanjaan pelancongan domestik (Sehingga RM1,000)
*Tip: Anda boleh memuat turun penyata premium/caruman AIA melalui aplikasi AIA+ pada bila-bila masa dan di mana jua!

Simpan semua resit yang berkaitan dengan tuntutan cukai pelepasan anda. Sekiranya pihak LHDN inginkan dokumen sokongan, anda boleh mengemukakan bukti pembelian anda.
https://ez.hasil.gov.my/CI/
https://www.hasil.gov.my/en/individual/individual-life-cycle/how-to-declare-income/tax-reliefs/
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/CustFeed-1.aspx?cat=Permohonan
https://www.comparehero.my/budgets-tax/articles/guide-income-tax-2022#Register_under_e-Daftar
https://vulcanpost.com/773960/tax-relief-malaysia-list-claim-2022-year-of-assessment-2021/

Pertama Kali Bayar Cukai Pendapatan? Caranya Mudah dengan e-Filing!
Ingin membayar cukai pendapatan buat pertama kali tetapi tidak pasti bagaimana untuk mula? Jom ketahui langkah-langkahnya.

Katakan ini adalah tahun pertama anda bekerja dan sudah tiba masanya untuk membayar cukai pendapatan.
Soalan pertama yang muncul di fikiran anda mungkin adalah, “Di mana saya nak mula?”. Jawapannya: Di sini!
Sebelum kita bermula, semak terlebih dahulu jika anda layak untuk dikenakan cukai pendapatan. Anda hanya layak sebagai seorang pembayar cukai jika anda mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dan:
- Menerima gaji tahunan sebanyak RM34,000 atau lebih (Selepas penolakan caruman KWSP)
- Mendapat sumber pendapatan melalui perniagaan (keuntungan perniagaan)
Jika anda tergolong dalam kategori ini, maka anda layak untuk memfailkan cukai.

Anda perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mendapatkan nombor cukai pendapatan. Anda boleh mendaftar melalui dua cara:
-
SECARA DALAM TALIAN MELALUI E-DAFTAR
Dokumen yang diperlukan: Salinan digital kad pengenalan -
CAWANGAN PEJABAT LHDN
Dokumen yang diperlukan: Salinan kad pengenalan, salinan Borang EA, salinan sijil nikah (jika ada)
Selepas 3 hari bekerja, LHDN akan menghantar emel dengan nombor cukai pendapatan kepada anda.
Untuk membuat e-filing, anda perlu mencipta profil dalam talian anda untuk membayar cukai. Langkah pertama adalah dengan mendapatkan nombor PIN sebagai kata laluan untuk masuk ke laman e-Filing. Terdapat dua cara untuk melakukannya:
- Melalui Laman Maklum Balas Pelanggan LHDN
- Cawangan Pejabat LHDN
Setelah menerima nombor PIN, layari laman web ezHazil dan tekan “Log Masuk Kali Pertama”. Isikan maklumat peribadi anda dan anda boleh terus memfailkan cukai anda.

Sekiranya anda seorang pekerja yang bermajikan, anda akan menerima borang EA daripada syarikat anda. Jadi, pastikan borang EA anda lengkap dan tersedia.
A) Mulakan dengan memilih borang cukai yang tepat untuk situasi anda:
- e-BE / BE: Sekiranya anda individu yang bekerja dengan majikan
- e-B / B: Sekiranya anda mempunyai perniagaan
- e-M / M: Sekiranya anda bukan rakyat Malaysia
- e-BT / BT: Sekiranya anda dikelaskan sebagai pekerja pakar dan profesional
B) Pilih tahun penilaian dan semak segala maklumat
C) Pilih pendapatan berkanun anda. Ini akan disenaraikan dalam borang EA. Jika anda telah bekerja di beberapa syarikat lain sepanjang tahun berkenaan, jumlahkan pendapatan anda daripada kesemua borang EA tersebut.
Pendapatan bersih anda adalah tertakluk kepada pelepasan cukai. Sekiranya anda layak untuk mendapat pelepasan cukai untuk mana-mana kategori yang disenaraikan, anda boleh menuntutnya.
Antara perlepasan cukai yang boleh diutamakan pada tahun ini adalah:
- Ujian COVID-19 (Sehingga RM1,000)
- Pembelian barangan gaya hidup seperti keahlian gimnasium, buku dan banyak lagi (Sehingga RM2,500)
- Insurans/takaful hayat/nyawa (Sehingga RM3,000)*
- Perbelanjaan pelancongan domestik (Sehingga RM1,000)
*Tip: Anda boleh memuat turun penyata premium/caruman AIA melalui aplikasi My AIA pada bila-bila masa dan di mana jua!