Menjadi ibu bapa buat pertama kali adalah satu tugas yang mencabar. Anda belum betul-betul bersedia untuk menempuh apa yang bakal dihadapi dan ada sesuatu yang baharu untuk dipelajari setiap hari. Pantang larang dan cakap-cakap orang sekeliling mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan adakalanya tidak selalunya tepat. Lambakan informasi daripada internet adakalanya keterlaluan manakala melihat gaya keibubapaan selebriti di media sosial membuatkan kita merasa seakan ibu bapa yang gagal.
Golongan yang baru bergelar ibu bapa sering menghadapi cabaran kewangan, terutama sekali berkaitan perubahan gaya hidup. Jika sebelum ini mereka bebas berbelanja, tetapi dengan kehadiran cahaya mata, mereka perlu berbelanja dengan lebih berhemah dan perlu lebih arif perihal menguruskan kewangan termasuk perbelanjaan, simpanan dan sebagainya. Ketahui beberapa tips yang boleh dipraktikkan oleh golongan ibu bapa bagi mengurus dan mengatasi masalah kewangan keluarga.
1. Bijak dalam menyimpan
Sekiranya anda ingin membuat simpanan atau melabur untuk anak anda, mulakan dengan membuat carian dalam talian dan dapatkan maklumat daripada ibu bapa lain mengenai skim kewangan atau simpanan yang terbukti dapat memberikan ganjaran, faedah pulangan dan keuntungan. Salah satunya adalah Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, yang memberikan insentif dalam bentuk unit amanah bernilai RM200 kepada anak yang lahir antara 1 Januari 2018 dan 31 Disember 2022.
Beberapa kerajaan negeri juga menawarkan faedah kewangan seperti Dana Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menawarkan bayaran sekali sahaja sebanyak RM1,500 apabila anak mencapai usia 18 tahun. Negeri Selangor juga menyediakan bantuan kewangan untuk kanak-kanak berumur 6 tahun melalui skim bantuan SiKEMBAR dan TUNAS, yang menyediakan elaun bulanan melalui taman asuhan (nurseri) kanak-kanak atau pra-sekolah.
Antara program lain termasuklah Program Anak Emas Pulau Pinang di Pulau Pinang dan Skim Insentif Kelahiran Anak di Kedah.
2. Kenal pasti keperluan dan kehendak
Adakah anak anda benar-benar memerlukan sepasang kasut bayi berjenama? Adakah bayi anda boleh membezakan antara selimut sarung tenun dan selimut biasa? Adakah penjagaan bayi benar-benar memerlukan penyegar udara aromaterapi?
Membeli barang bayi yang baharu untuk si comel tersayang adalah tidak salah. Namun, ianya menjadi satu permasalahan sekiranya ibu bapa berbelanja keterlaluan untuk sesuatu produk contohnya pakaian bayi dibeli dalam kuantiti yang berlebihan (bayi cepat membesar) atau membeli barang-barang bayi yang hanya akan digunakan untuk sementara waktu. Adalah lebih baik jika ibu bapa dapat mencari pakaian ‘preloved’ (dibersihkan dengan betul) atau juga memadai dengan menggunakan hadiah pemberian daripada rakan-rakan atau keluarga. Berbelanjalah apabila ianya suatu keperluan dan bukannya keinginan semata-mata.
Artikel berkaitan: Kos Sebenar Membesarkan Anak di Malaysia
3. Memilih kualiti berbanding kuantiti
Boleh dikatakan, beberapa keperluan penting seperti kerusi kereta bayi, tempat tidur bayi, kereta sorong bayi, dan botol susu memerlukan anda untuk berbelanja lebih. Barangan tersebut akan digunakan hampir setiap hari sepanjang tahun pertama kehidupan si comel anda dan seterusnya. Pembelian seperti ini akan memberikan pulangan yang berbaloi bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Oleh itu, kualiti harus diutamakan apabila mencari produk dalam kategori ini. Ekspo barangan bayi sering mempamerkan dan menawarkan barangan bayi keluaran jenama berkualiti. Jika anda berpeluang berkunjung ke eskpo bayi, anda mungkin boleh mendapatkan satu atau dua barangan di sini dengan harga yang lebih berpatutan. Yang penting, amalkan prinsip kewangan yang baik untuk memastikan kelancaran pengurusan kewangan keluarga.
4. Mula menabung dari peringkat awal
Mempunyai pelan simpanan jangka panjang adalah salah satu tip pengurusan kewangan yang paling dipercayai untuk menjamin keselamatan kewangan keluarga. Satu lagi prinsip kewangan yang baik dan perlu dipraktikkan oleh ibu bapa baharu adalah mencari kaedah untuk melindungi masa depan anak anda. Tidak dinafikan dalam dunia yang semakin maju, kos membesarkan anak-anak adalah tinggi, namun, sekiranya anda mula menyimpan dan menabung dari awal, pulangan dan faedah yang bakal diterima juga adalah tinggi.
Simpanan pendidikan seperti SSPN, atau pelan berkaitan pelaburan seperti A-Life Joy-i menyediakan perlindungan takaful terhadap kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK). Pelan ini disertakan dengan ciri Pertumbuhan Auto (Auto Growth) yang akan meningkatkan amaun perlindungan kepada 200% secara automatik apabila anak anda mencapai umur 18 tahun.
5. Dapatkan perlindungan perubatan untuk anak anda
Kos perubatan kanak-kanak sebenarnya tidak jauh beza dengan golongan dewasa. Justeru, selain memikirkan mengenai kos kehidupan harian, persediaan kewangan daripada segi kesihatan perlu dititikberatkan terutamanya apabila menghadapi kecemasan. Dengan menyertai pelan takaful perubatan, anak anda akan mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, malahan anda juga tidak perlu bimbang tentang kos rawatan dan ubat-ubatan. Antara pelan takaful yang memberikan perlindungan komprehensif dan fleksibel adalah A-Plus BabyCare Xtra-i, di mana bayi anda akan dilindungi sekiranya perlu dimasukkan ke Neonatal ICU (NICU), Wad Rawatan Separa Rapi (HDU) atau inkubator. Buat pertama kali di Malaysia, pelan ini juga menyediakan perlindungan untuk Autisme dan Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD).
Sebagai ibu bapa yang baharu, wajar bagi anda menginginkan yang terbaik untuk anak anda. Mendapatkan perlindungan takaful merupakan salah satu cara mengatasi masalah kewangan yang mungkin timbul di kemudian hari. Pastikan anda tidak mengabaikan prinsip pengurusan kewangan pada setiap peringkat tumbesaran anak-anak selain merebut peluang sedia ada dengan menyediakan jaminan kewangan yang baik demi masa depan anak anda.
Kesimpulan
Sebagai ibu bapa baharu, wajar bagi anda menginginkan yang terbaik untuk anak anda. Pastikan anda tidak mengabaikan prinsip pengurusan kewangan pada setiap peringkat tumbesaran anak-anak selain merebut peluang sedia ada dengan menyediakan jaminan kewangan yang baik demi masa depan anak anda.
Rujukan:
http://www.asnb.com.my/v3_/adam50_EN.php
http://ipr.selangor.gov.my/skim-bantuan-asuhan-rakyat/
http://ipr.selangor.gov.my/skim-bantuan-tadika-selangor/
https://www.grandviewresearch.com/industry-analysis/baby-products-market
https://fortunateinvestor.com/save-money-baby-products-invest-buy/
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
Artikel berkaitan