Sukan badminton adalah satu sukan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk bermain, anda hanya perlukan raket, bulu tangkis, pakaian yang sesuai serta gelanggang atau kawasan yang agak lapang.
Namun begitu, tidak boleh dinafikan sukan badminton ini menggunakan tenaga yang banyak. Lebih-lebih lagi, jika anda terlibat dalam sesebuah pertandingan yang memerlukan tahap kecergasan fizikal dan minda yang tinggi.
Apabila menyentuh tentang penggunaan tenaga badan, secara asasnya ia berkait rapat dengan diet pemakanan seseorang. Tahukah anda, terdapat beberapa jenis makanan yang disarankan sebelum dan selepas bermain badminton?
"Tahukah anda, terdapat beberapa jenis makanan yang disarankan sebelum dan selepas bermain badminton?"