Artikel berkaitan
Kekal Sihat, Kekal Enak: Jadikan Juadah Hari Raya Anda Lebih Sihat

KEKAL SIHAT, KEKAL ENAK: JADIKAN JUADAH HARI RAYA ANDA LEBIH SIHAT
Juadah Adilfitri memang menyelerakan tetapi berkalori tinggi. Namun, tahukah anda ada cara untuk menikmatinya tetapi masih kekal sihat?
Hari Raya Aidilfitri sememangnya perayaan yang disambut dengan penuh kemeriahan, ditambah pula dengan sajian hidangan yang sangat enak seperti ketupat, lemang, rendang dan macam-macam lagi. Namun, makanan seumpama ini mengandungi kalori yang tinggi dan berminyak. Apa kata Hari Raya tahun ini, kita raikan dengan cara yang sedikit berbeza – dengan penyediaan juadah yang lebih sihat untuk semua.

Kuih Tart Nanas adalah antara kuih yang sering menjadi tumpuan bila tibanya Hari Raya. Tetapi, kuih ini juga antara yang mengandungi kalori yang tinggi iaity 70 kkal sebiji.
Jom gantikan bahan-bahan yang biasa digunakan seperti gula, gula kastor dan tepung gandum dengan pilihan yang lebih sihat seperti tepung bebas gluten dan ekstrak stevia sebagai pengganti gula.
Bahan-bahan: Tepung, gula, gula kastor, mentega.
Gantikan dengan: Tepung bebas gluten, ekstrak stevia (sebagai pengganti gula).

Puding roti juga boleh dijadikan sebagai menu pencuci mulut buat para tetamu yang berkunjung ke rumah. Memang sedap, manis dan lemak rasanya. Tetapi, tahukah anda setiap hidangan 200 gram (sepotong) puding roti mengandungi 306 kkal?
Jangan risau, terdapat cara untuk menyediakan puding roti menggunakan bahan-bahan yang lebih sihat. Anda boleh gantikan bahan-bahan seperti roti gandum, stevia dan juga gunakan susu rendah lemak.
Bahan-bahan: Roti putih, gula, susu pekat, tepung kastard.
Gantikan dengan: Roti gandum, stevia, susu rendah lemak, kuning telur, esen vanilla.
Tip: Anda juga boleh menggunakan AIA Vitality Food Tracker untuk membantu anda memilih makanan yang lebih sihat.

Tidak sah rasanya jikalau tidak menghidapkan biskut raya yang berperisa coklat ketika Hari Raya. Biskut coklat juga menjadi kegemaran dan pilihan kanak-kanak yang bertandang ke rumah. Namun, apa kata lakulan sedikit perbezaan tahun ini dengan memilih bahan-bahan yang lebih sihat seperti menggantikan tepung dengan tepung badam atau gunakan oat, gantikan cip coklat biasa dengan pilihan coklat hitam dan stevia.
Bahan-bahan: Tepung gandum, cip coklat, gula, tepung.
Gantikan dengan: Tepung badam, oat, cip coklat (coklat hitam), stevia.

Lontong dan ketupat adalah antara menu utama yang wajib tersedia di atas meja makan pada Hari Raya. Apa kata anda cuba hidangkan lontong yang lebih sihat kepada saudara mara dan tetamu yang bakal berkunjung. Pilih santan rendah lemak, dan gantikan minyak menumis dengan minyak avokado atau zaitun. Selain itu, anda juga boleh masukkan lebih sayur-sayuran seperti tempe, kacang panjang, kubis, lobak merah dan macam-macam lagi.
Cuma pastikan anda tidak masak terlalu lama untuk kekalkan zat-zat semulajadi di dalam sayur.
Bahan-bahan: Santan, minyak.
Gantikan dengan: Santan rendah lemak, minyak avokado atau minyak zaitun.
Hari Raya sememangnya hari yang dinantikan oleh semua. Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, tibalah waktu untuk menjamu selera bersama sanak-saudara dan rakan-rakan. Namun ingatlah yang kita sentiasa mempunyai pilihan untuk menjadikan juadah yang dihidangkan lebih sihat dengan melakukan sedikit perubahan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam menu Hari Raya. Jom sama-sama jadikan sambutan Aidilfitri tahun ini lebih sihat dan bermakna!
https://ms.streamerium.com/10-healthiest-butter-substitute-brands
https://kevinzahri.com/2020/05/13/panduan-kalori-biskut-hari-raya/
https://megalive.com.my/2020/05/21/makan-secara-sihat-di-hari-raya/
http://www.ezdiet.com.my/blog/7-tips-makan-sihat-di-hari-raya/

Juadah Adilfitri memang menyelerakan tetapi berkalori tinggi. Namun, tahukah anda ada cara untuk menikmatinya tetapi masih kekal sihat?
Hari Raya Aidilfitri sememangnya perayaan yang disambut dengan penuh kemeriahan, ditambah pula dengan sajian hidangan yang sangat enak seperti ketupat, lemang, rendang dan macam-macam lagi. Namun, makanan seumpama ini mengandungi kalori yang tinggi dan berminyak. Apa kata Hari Raya tahun ini, kita raikan dengan cara yang sedikit berbeza – dengan penyediaan juadah yang lebih sihat untuk semua.

Kuih Tart Nanas adalah antara kuih yang sering menjadi tumpuan bila tibanya Hari raya. Tetapi, kuih ini juga antara yang mengandungi kalori yang tinggi iaity 70 kkal sebiji.
Jom gantikan bahan-bahan yang biasa digunakan seperti gula, gula kastor dan tepung gandum dengan pilihan yang lebih sihat seperti tepung bebas gluten dan ekstrak stevia sebagai pengganti gula.
Bahan-bahan: Tepung, gula, gula kastor, mentega.
Gantikan dengan: Tepung bebas gluten, ekstrak stevia (sebagai pengganti gula).

Puding roti juga boleh dijadikan sebagai menu pencuci mulut buat para tetamu yang berkunjung ke rumah. Memang sedap, manis dan lemak rasanya. Tetapi, tahukah anda setiap hidangan 200 gram (sepotong) puding roti mengandungi 306 kkal?
Jangan risau, terdapat cara untuk menyediakan puding roti menggunakan bahan-bahan yang lebih sihat. Anda boleh gantikan bahan-bahan seperti roti gandum, stevia dan juga gunakan susu rendah lemak.
Bahan-bahan: Roti putih, gula, susu pekat, tepung kastard.
Gantikan dengan: Roti gandum, stevia, susu rendah lemak, kuning telur, esen vanilla.
Tips: Anda juga boleh menggunakan AIA Vitality Food Tracker untuk membantu anda memilih makanan yang lebih sihat.