AIA Vitality
Ya, perlu. Anda perlu app AIA+ untuk melihat status AIA Vitality anda dan untuk melakukan urus niaga lain seperti menuntut ganjaran, melihat perkembangan cabaran anda dan lain-lain.
Kebanyakan maklumat boleh didapati dalam app AIA+.
Anda juga boleh merujuk kepada lampiran Soalan Lazim AIA Vitality
Tidak perlu. Anda boleh menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang sama.
- Anda cuma perlu mengemas kini app AIA+ anda kepada versi yang terkini dan log masuk kali pertama ke dalam app ini di mana anda perlu memasukkan One-Time-Password (OTP) yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang anda daftarkan.
- Klik di sini jika anda ingin mendapatkan ID Pengguna atau menetapkan semula kata laluan.
Ahli Korporat
Sebagai ahli prinsipal, anda perlu mempunyai akaun pengguna yang aktif. Kemudian barulah anda boleh memberi akses e-kad perubatan anda kepada tanggungan, penjaga dan/atau pasangan anda agar mereka dapat menikmati manfaat aplikasi tersebut.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Penjaga/tanggungan anda akan menerima e-mel jemputan.
- Klik pautan yang diberikan dalam e-mel dan lengkapkan proses penyerahan.
Jika tanggungan mendaftar melalui aplikasi AIA+, sila guna No. K/P tanggungan (tanpa tanda sempang) sebagai ID Pengguna.
Jika tanggungan mendaftar melalui aplikasi AIA+, sila guna No. K/P tanggungan (tanpa tanda sempang) sebagai ID Pengguna.
- Sila semak jika anda telah memasukkan kata laluan yang betul. Sekiranya anda tidak pasti,
- Klik Lupa ID Pengguna/Kata Laluan Anda di halaman Log Masuk, atau klik di sini
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda untuk pengesahan
- Pilih sama ada mahu menerima pautan kata laluan melalui e-mel atau SMS.
- Setelah anda menerima pautan kata laluan, klik pautan tersebut untuk menetapkan semula kata laluan dan log masuk menggunakan kata laluan yang baharu.
Anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan AIA+ di 1300 88 1899 untuk bantuan.
- Jika tanggungan mendaftar melalui aplikasi AIA+, sila guna No. K/P tanggungan (tanpa tanda sempang) sebagai ID Pengguna.
- Sila semak jika anda telah memasukkan kata laluan yang betul. Sekiranya anda tidak pasti,
- Klik Lupa ID Pengguna/Kata Laluan Anda di halaman Log Masuk
ATAU klik di sini
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda untuk pengesahan
- Pilih sama ada mahu menerima pautan kata laluan melalui e-mel atau SMS.
- Setelah anda menerima pautan kata laluan, klik pautan tersebut untuk menetapkan semula kata laluan dan log masuk menggunakan kata laluan yang baharu.
Anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan AIA+ di 1300 88 1899 untuk bantuan.
Digital Health
Satu perkhidmatan teleperubatan yang boleh diakses melalui aplikasi AIA+. Anda boleh berunding secara langsung dengan doktor bertauliah melalui telefon pintar anda untuk mendapatkan nasihat perubatan. Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan perkhidmatan Digital Health ini, anda boleh rujuk panduan langkah demi langkah di laman web AIA.
Bermula 1 Oktober 2025, kami berbesar hati mengumumkan bahawa BIG Pharmacy akan menjadi rakan kongsi Digital Health baharu kami di aplikasi AIA+. Perkara ini menandakan peralihan daripada kerjasama semasa kami dengan Doc2Us yang akan tamat pada 31 Disember 2025, selaras dengan usaha kami untuk terus menambah baik dan memperluaskan penawaran penjagaan kesihatan kami.
Untuk menikmati perkhidmatan Digital Health terkini, sila kemas kini aplikasi AIA+ anda mulai 1 Oktober 2025 melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery. Tiada tindakan diperlukan jika aplikasi mudah alih anda sudah menggunakan versi terkini.
Selepas aplikasi dikemas kini, pengguna baharu dan sedia ada Digital Health perlu melengkapkan pendaftaran sekali sahaja pada tarikh yang sama untuk mengakses perkhidmatan teleperubatan bersama rakan kongsi baharu kami, BIG Pharmacy. Ini bagi memastikan maklumat akaun anda adalah terkini serta anda telah menyemak dan menerima Terma & Syarat baharu di bawah pengaturan ini.
Sepanjang tempoh peralihan, perkhidmatan Doc2Us masih tersedia sehingga 31 Disember 2025. Pelanggan yang ingin mengakses perkhidmatan Doc2Us boleh klik pautan yang disediakan pada halaman Digital Health di aplikasi AIA+ untuk memuat turun aplikasi Doc2Us melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
Sila ambil perhatian bahawa AIA tidak mempunyai akses kepada rekod yang disimpan oleh Doc2Us dan Doc2Us mungkin hanya mengekalkan rekod sehingga 30 September 2025. Selepas tarikh ini, rekod mungkin tidak lagi tersedia dalam aplikasi AIA+ atau Doc2Us. Jika anda ingin menyimpan salinan rekod sebelum tarikh tersebut, kami mengesyorkan anda menyimpannya atau mengambil tangkapan skrin untuk rujukan anda sendiri.
Sekiranya anda perlu merujuk butiran konsultasi terdahulu apabila berunding dengan doktor BIG Pharmacy, kami menggalakkan:
- Pemegang polisi individu untuk melihat sejarah chat WhatsApp mereka dengan Doc2Us
- Mereka yang dilindungi oleh majikan untuk menyemak bil perubatan mereka dalam aplikasi AIA+. (Klik "E-Cards" pada bar navigasi bawah > Kilk "Medical Bills")
Pelanggan yang mengambil ubat jangka panjang (LTM) akan menerima notifikasi tolak bulanan daripada aplikasi AIA+ apabila tiba masanya untuk membuat isian semula ubat.
Sila pastikan anda telah membuat pendaftaran semula dengan BIG Pharmacy terlebih dahulu dan melengkapkan konsultasi baharu untuk terus menerima ubat anda di bawah rakan kongsi baharu ini. Kami faham ini mungkin satu langkah tambahan, tetapi ia penting untuk memastikan rekod perubatan tepat, selaras dengan keperluan baharu penyedia dan pengurusan preskripsi yang betul di bawah sistem baharu.
Ya, perlindungan tanpa tunai akan terus terpakai apabila anda mendapatkan konsultansi melalui aplikasi AIA+ dengan rakan kongsi Digital Health baharu kami, BIG Pharmacy.
Jika anda telah melengkapkan konsultasi melalui aplikasi Doc2Us, pengaturan tanpa tunai masih sah sehingga 31 Disember 2025. Selepas tarikh tersebut, kerjasama dengan Doc2Us akan tamat dan sebarang konsultasi melalui aplikasi mereka tidak lagi layak untuk manfaat tanpa tunai.
- Telekonsultasi – Konsultasi doktor secara dalam talian
- E-Preskripsi – Preskripsi digital
- Penghantaran Ubat – Dihantar ke lokasi anda di seluruh negara
- Ambil Sendiri – Di farmasi terpilih
- E-Rujukan – Rujukan pakar secara digital
- Sijil Cuti Sakit Elektronik (e-MC) – Sijil cuti sakit (diterima oleh syarikat terpilih sahaja)
Sila pastikan individu yang menggunakan Digital Health ialah pemegang akaun aplikasi AIA+ itu sendiri. Ini membolehkan BIG Pharmacy mengeluarkan dan menghantar ubat kepada pelanggan yang betul tanpa sebarang kelewatan.
Ya, doktor dalam talian kami sedia memberikan nasihat perubatan awal. Jika keadaan anda memerlukan pemeriksaan bersemuka, doktor akan merujuk anda ke klinik atau hospital berdekatan untuk penilaian lanjut.
Anda boleh menikmati perkhidmatan Digital Health selagi anda adalah pelanggan AIA, serta telah memuat turun dan mendaftar aplikasi AIA+ — tidak kira sama ada anda pemegang polisi individu, dilindungi oleh majikan, menggunakan SMART option, atau mempunyai manfaat Doktor Am (GP).
Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan Digital Health hanya tersedia melalui aplikasi ini.
Digital Health tersedia 24/7, termasuk hujung minggu dan cuti umum.
Untuk pertanyaan berkaitan pendaftaran Digital Health, kelayakan atau status pesanan/pengambilan, sila hubungi talian hotline Big Pharmacy di 012-9896039 antara 9:00 pagi hingga 10:00 malam.
Bagi pertanyaan lain, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan AIA melalui telefon, e-mel, atau kunjungi mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan AIA.
Walaupun Digital Health boleh diakses oleh semua pelanggan, caj mungkin dikenakan jika:
- Anda pemegang polisi individu, atau dilindungi majikan dengan pelan bayaran bersama (co-payment)
- Manfaat anda telah digunakan sepenuhnya
- Anda meminta barangan bukan standard (contoh: peralatan perubatan)
- Anda meminta penghantaran segera
- Vitamin, suplemen, dan produk pemakanan
- Produk farmaseutikal
- Vaksinasi dan saringan kesihatan
Sebelum konsultasi bermula, doktor akan memaklumkan caj yang berkaitan melalui bilik chat, berdasarkan masa konsultasi dan perlindungan pelan anda. Anda boleh pilih sama ada mahu meneruskan atau tidak — tiada caj akan dikenakan sehingga anda mengesahkan.
Untuk setiap konsultasi, caj adalah seperti berikut:**
- RM15 pada waktu biasa (8:00 pagi – 10:00 malam). Tiada caj dikenakan jika tiada diagnosis dibuat, dan anda akan dirujuk ke Klinik Doktor Am (GP)/Hospital berdekatan.
- RM30 selepas waktu biasa (10:01 malam – 7:59 pagi), sama ada diagnosis dibuat atau tidak.
Jika ubat diberikan, caj ubat akan dikenakan pada kadar istimewa untuk pelanggan AIA.
Sekiranya caj dikenakan untuk penggunaan Digital Health, BIG Pharmacy akan menghantar pautan pembayaran melalui WhatsApp selepas konsultasi anda. Pastikan pembayaran diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Jika pembayaran tidak diterima dalam masa yang ditetapkan, ubat tidak akan diproses dan pesanan akan dibatalkan.
- Ubat Akut (rawatan jangka pendek untuk sakit serta-merta atau tiba-tiba; contohnya: selesema, batuk, demam, sakit kepala):
- Pesanan antara 8:00 pagi – 7:00 malam: Dihantar pada hari yang sama (kecuali Sabah & Sarawak)
- Pesanan selepas 7:00 malam: Dihantar keesokan harinya
- Penghantaran juga tersedia pada hujung minggu dan cuti umum
- Ubat Jangka Panjang (rawatan berterusan untuk masalah kesihatan kronik; contohnya: diabetes, tekanan darah tinggi, tiroid):
Dihantar dalam masa 3 hari bekerja dan hanya pada hari bekerja (tidak termasuk cuti umum)
Sebaik sahaja pesanan ubat anda sedia untuk dihantar, anda akan menerima notifikasi tolak (push notification) melalui aplikasi AIA+. Anda kemudian boleh menjejak status penghantaran melalui pautan pantas e-Preskripsi. Jika anda ada permintaan khas untuk masa penghantaran tertentu, anda boleh maklumkan kepada ahli farmasi
Ya, atas permintaan pelanggan, caj penghantaran RM10 akan dikenakan untuk ubat jangka panjang. Memandangkan ini adalah permintaan di luar pengaturan penghantaran standard (dalam 3 hari bekerja), kos tambahan ini perlu ditanggung oleh pelanggan.
Untuk ubat akut, ia memang termasuk dalam penghantaran ekspres dan akan dihantar kepada anda pada hari yang sama.
Sebelum konsultasi bermula, anda boleh memilih farmasi pilihan anda daripada rangkaian farmasi di bawah Kumpulan Big Caring (syarikat induk yang sama dengan Big Pharmacy). Ini termasuk BIG Pharmacy, Caring, Wellings, Ting, dan Georgetown. Waktu operasi setiap farmasi akan dipaparkan untuk membantu anda memilih lokasi yang paling sesuai.
Sebaik sahaja ubat anda siap untuk diambil, anda akan menerima notifikasi tolak (push notification) melalui aplikasi AIA+ — biasanya dalam masa 4 jam.
Untuk membolehkan staf menyediakan ubat anda, waktu terakhir pengambilan ialah pada jam 8 malam. Kami syorkan anda menyemak waktu operasi semasa memilih farmasi pilihan, atau sebelum berkunjung, untuk proses pengambilan yang lebih lancar.
Jika pesanan tidak diambil dalam tempoh 5 hari, ia akan dibatalkan secara automatik.
Jika anda mengambil ubat akut (jangka pendek), preskripsi boleh dimuat naik sama ada dalam format PDF atau foto melalui aplikasi AIA+. Caranya mudah: klik sahaja ‘Consult Now’ dengan doktor pada papan pemuka (dashboard) Digital Health — sama seperti langkah memulakan konsultasi biasa.
Jika anda mengambil ubat jangka panjang, dan preskripsi dikeluarkan oleh Big Pharmacy, ia akan terus muncul di pautan pantas e-Preskripsi pada papan pemuka Digital Health. Jika ia dikeluarkan oleh Doktor Am (GP) atau pakar, anda perlu memuat naik preskripsi tersebut dalam format PDF atau foto melalui aplikasi AIA+. Untuk berbuat demikian, pergi ke papan pemuka dan klik ‘Consult Now’ untuk memulakan proses muat naik bersama doktor — sama seperti memulakan konsultasi dalam talian biasa.
Jika anda tidak menerima e-Preskripsi anda, sila hubungi talian hotline Big Pharmacy di 012-9896039. Mereka tersedia setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam (termasuk hujung minggu dan cuti umum) untuk membantu anda.
Untuk ubat akut (jangka pendek): e-Preskripsi daripada Doktor Am (GP) atau pakar adalah sah selama 3 hari dari tarikh ia dikeluarkan.
Untuk ubat jangka panjang: Jika preskripsi dikeluarkan oleh Big Pharmacy, ia sah selama 3 bulan dan akan terpapar dalam bahagian sejarah e-Preskripsi. Jika ia dikeluarkan oleh Doktor Am (GP) atau pakar, ia sah selama 6 bulan dari tarikh dikeluarkan dan anda perlu memuat naiknya ke aplikasi AIA+.
Apabila preskripsi tamat tempoh, anda perlu mendapatkan preskripsi baharu. Anda boleh melakukannya dengan memulakan konsultasi baharu melalui ‘Consult Now’. Sila ambil perhatian bahawa doktor yang anda temui mungkin bukan doktor yang sama yang mengeluarkan preskripsi asal anda.
E-Rujukan ialah rujukan digital kepada pakar apabila penilaian perubatan lanjut diperlukan selepas konsultasi awal.
- Untuk pemegang polisi individu: e-Rujukan hanya terpakai untuk Pemegang Polisi SMART Option. Setelah e-Rujukan dihantar, ia akan tersedia di portal hospital. Proses ini membantu mengesahkan sama ada pelan anda melibatkan co-payment, yang mungkin mempengaruhi kelayakan anda untuk perlindungan caj Digital Health.
Pastikan anda memaklumkan kaunter depan hospital semasa ketibaan supaya staf boleh mendapatkan e-Rujukan anda daripada sistem.
- Untuk mereka yang dilindungi oleh majikan: e-Rujukan biasanya dikeluarkan apabila rawatan daripada pakar diperlukan. Setelah dihantar dan jika layak, ia akan memulakan permintaan Surat Jaminan (Guarantee Letter, GL) untuk menyokong kemasukan anda, yang boleh dilihat dalam aplikasi AIA+.”
Anda boleh menghubungi Big Pharmacy di 012-9896039. Mereka tersedia setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam (termasuk hujung minggu dan cuti umum) untuk membantu anda.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa kad perubatan anda mungkin tidak kelihatan:
- Anda mungkin sudah memilih pilihan penghantaran atau ambil sendiri, tetapi belum menekan ‘Start Chatting with A Doctor’ untuk memulakan konsultasi. Jika tiada aktiviti konsultasi berlaku dalam masa 24 jam, kad tersebut akan dipulihkan secara automatik.
Sebagai alternatif, anda boleh tamatkan sesi secara manual untuk mengakses semula kad perubatan anda dengan langkah berikut:
Pergi ke halaman di mana kad perubatan anda dipaparkan > Tekan ‘Unable to find your medical card?’ > Klik ‘Panel Visits’ > Di bawah ‘Current Panel Visit’, pilih konsultasi yang sedang aktif > Pilih ‘Cancel Visit’ untuk menamatkan sesi. - Ubat anda belum dihantar atau diambil. Setelah penghantaran atau pengambilan selesai, kad perubatan anda akan dipaparkan semula dan boleh diakses.
Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan Digital Health hanya menyokong satu konsultasi aktif pada satu masa. Jika ada sesi yang sedang berjalan, anda perlu menyelesaikannya atau menamatkannya sebelum memulakan sesi baharu.
Pemeriksaan Kesihatan Kewangan
- FHC adalah alat penilaian diri yang terdapat di dalam aplikasi AIA+ yang dirangka untuk membantu anda memahami keperluan serta tahap perlindungan insurans/takaful anda.
- Kami menggalakkan anda untuk membuat penilaian FHC kerana soal selidik pantas ini boleh dilengkapkan pada bila-bila masa, di mana jua anda berada.
- Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan ringkas. Aplikasi AIA+ akan menganalisis maklumat yang anda berikan untuk mengetahui tanda aras perlindungan anda yang sedia ada berbanding pelanggan AIA lain yang mempunyai profil yang sama seperti anda. Kami juga akan mengenalpasti sebarang kekurangan/jurang dalam perlindungan semasa anda supaya anda dapat merancang langkah anda yang seterusnya.
- Anda akan menerima laporan penilaian bersama profil anda dengan serta-merta.
Lazim
- Anda boleh mendaftar dan menggunakan aplikasi ini selagi anda seorang pemilik polisi/sijil individu, mempunyai pelan manfaat kakitangan yang aktif atau akaun gadai janji dengan AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd. dan/atau AIA General Berhad (secara bersama dikenali sebagai AIA Malaysia).
- Ahli AIA Vitality juga boleh mengakses akaun AIA Vitality menerusi aplikasi ini.
- Sebagai langkah keselamatan, peranti mudah alih yang telah diatasi sekatannya (jail broken) atau boleh mengakses direktori akar (rooted) tidak boleh menggunakan aplikasi AIA+.
Untuk isu teknikal berkaitan aplikasi AIA+, hubungi Talian Khidmat Pelanggan AIA+ kami di 1300 88 1899 atau hubungi kami.
Individu
Ya, anda boleh melihat kad e-perubatan di bawah polisi/sijil individu atau pelan manfaat kakitangan, termasuk pelan tanggungan anda menerusi aplikasi AIA+.
Anda boleh melihat tarikh akhir pembayaran premium/caruman di aplikasi AIA+ dihalaman "Individual Plans". Anda juga boleh
- menghubungi Perancang Hayat anda
- mengunjungi Pusat Khidmat Pelanggan AIA yang terdekat
- menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300 88 1899
Satu pengesahan pembayaran akan diberi sekali sahaja melalui SMS/e-mel/notifikasi aplikasi AIA+ kepada anda. Anda juga boleh memeriksa butiran pembayaran melalui aplikasi AIA+. Pergi ke “Transaction History" dan klik “My Payments”. Seterusnya, klik “View Transaction History” dan klik “Payment History”.
Nota: Berdasarkan nombor telefon bimbit/alamat e-mel yang anda daftarkan dalam aplikasi AIA+. Sila pastikan butiran anda bersama AIA adalah benar dan terkini.
Anda boleh melihat kaedah pembayaran melalui aplikasi AIA+. Pergi ke “Individual Plan” dan klik “Policy Details.”
Debit Terus bermaksud anda telah mendaftar untuk premium/caruman anda ditolak daripada kad debit/kredit atau akaun simpanan/semasa anda.
Pengebilan Terus (Tunai) bermaksud anda membayar premium/caruman anda melalui saluran lain seperti pembankan dalam talian atau aplikasi AIA+.
Ya. Bagi polisi/sijil individu, selain polisi/sijil pemilik, ahli yang dilindungi dan diinsuranskan juga boleh mendaftar untuk mengakses portal/aplikasi AIA+.
Log masuk ke aplikasi AIA+. Klik "Policy". Pergi ke "Claims History" dan masukkan tapisan pemilihan di mana perlu. Anda juga boleh menekan "View All" untuk melihat keseluruhan rekod tuntutan anda. Sementara itu, jika anda ingin mendapatkan salinan surat tuntutan anda, klik "Claim Details" bagi rekod tuntutan khusus yang anda inginkan. Pautan "View Claims Documents" akan muncul di skrin seterusnya.
Ya. Anda boleh menghantar tuntutan dalam talian bagi jenis-jenis tuntutan berikut
- Perubatan
- Kemalangan
- Insurans Perjalanan
- Health Wallet
Nota:
Untuk penghantaran syarat-syarat tambahan yang diminta pihak kami (sebelum tuntutan diluluskan), sila ke “Claims History” (rujuk “Where can I view my claims history”) dan klik “Claim Details” bagi rekod tuntutan khusus yang "In Progress". Anda boleh melihat surat tuntutan yang berkaitan bagi mengesahkan butiran/syarat yang masih belum dipenuhi. Selepas itu, klik “Submit Pending Document”. Ikuti arahan di skrin bagi melengkapkan penghantaran anda.
Lain-lain
Anda boleh mengakses FHC menerusi saluran berikut:
- Butang "Review Your Coverage" (Semak Perlindungan Anda) daripada Paparan Utama
- "Start Now" (Mula Sekarang) daripada kotak Financial Health Check di halaman Individual Plans / Employee Benefits (Pelan Individu/Manfaat Pekerja)
- "Take An Assessment" daripada notifikasi Take An Assessment dalam My Inbox.
Cuba muat turun versi aplikasi My AIA yang terkini dan log masuk sekali lagi.
- Pastikan sistem operasi (OS) telefon anda adalah padan.
- Untuk menikmati perkhidmatan dalam talian/digital kami dengan sepenuhnya, kami menyarankan anda memuat turun sistem operasi terkini dalam peranti anda. Versi yang disarankan adalah iOS 14 dan ke atas, dan Android 10 (API 29) dan ke atas.
Jika masalah masih berlarutan, hubungan talian khidmat pelanggan My AIA kami di 1 300 88 1899 untuk bantuan.
Nota:
1. Bagi pemilik peranti Huawei, sila ambil maklum paparan notifikasi My AIA tidak boleh didapati bagi model telefon berikut: - Mate 30, Mate Xs, Y7P, Nova 7i, P40 dan peranti Huawei lain yang dilancarkan pada atau selepas 16 Mei 2019. Kami kini sedang berusaha memastikan paparan notifikasi My AIA boleh didapati bagi model-model ini.
2. Jika anda log masuk ke aplikasi My AIA melalui laman web AIA, anda boleh melayarinya dengan lebih lebih baik dengan menggunakan Google Chrome (87) dan ke atas; Edge Chromium (88) dan ke atas; Firefox (78.9) dan ke atas; dan Safari (10.1) dan ke atas."
Malangnya tidak boleh.
Namun begitu, anda masih boleh mengakses dan melihat polisi/sijil individu anda atau ciri-ciri AIA Vitality dalam aplikasi.
Pendaftaran & Log Masuk
Untuk pengalaman terbaik memanfaatkan perkhidmatan dalam talian/digital kami, anda disyorkan untuk menggunakan sistem operasi terbaharu yang dikemaskinikan pada peranti mudah alih anda. Versi yang disyorkan ialah iOS 14 dan ke atas, serta Android 10 (API 29) dan ke atas.
Perhatian:
1. Bagi pengguna peranti Huawei, sila ambil maklum bahawa paparan notifikasi AIA+ buat masa ini tidak disediakan untuk model berikut: Mate 30, Mate Xs, Y7P, Nova 7i, P40 dan peranti Huawei lain yang dilancarkan pada atau selepas 16 Mei 2019. Kami kini sedang berusaha untuk memastikan paparan notifikasi AIA+ turut disediakan untuk model-model tersebut.
2. Sekiranya anda log masuk ke aplikasi AIA+ menerusi laman web AIA, pengalaman terbaik melayari web adalah dengan menggunakan Google Chrome (30) dan ke atas; Edge (44) & Edge Chromium (84) dan ke atas; Internet Explorer (11) dan ke atas; Firefox (30) dan ke atas, serta Safari (8.0) dan ke atas.
- Pengguna yang sudah mempunyai akaun AIA+ sedia ada atau sudah memuat turun aplikasi AIA+, tidak perlu mendaftar sekali lagi.
- Anda boleh terus menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan sama.
- Anda hanya perlu mengemas kini aplikasi AIA+ anda kepada versi terbaharu dan melakukan log masuk kali pertama dalam aplikasi baharu ini yang memerlukan anda memasukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang akan dihantar ke talian mudah alih berdaftar anda.
Perhatian: Untuk pengguna peranti mudah alih Huawei, kami mencadangkan agar anda memadamkan aplikasi AIA+ dan AIA Vitality Malaysia yang sedia ada dalam telefon mudah alih anda dan memuat turun dan menggunakan versi baharu aplikasi in menerusi Galeri Aplikasi Huawei.
- OTP akan dihantar ke nombor mudah alih yang didaftar dalam akaun AIA+ anda, pastikan nombor mudah alih yang diberikan adalah betul. Disebabkan isu-isu berkaitan rangkaian telekomunikasi, penghantaran OTP mungkin mengalami kelewatan. Sila pastikan anda tidak menyekat nombor pesanan ringkas 66300 dan 68886 (SMS).
- Jika nombor mudah alih tidak diberikan atau nombor mudah alih yang salah telah didaftarkan, anda boleh menukar nombor mudah alih di halaman “Verify Your Information” (Sahkan Maklumat Anda)
- Jawab soalan keselamatan.
- Masukkan nombor mudah alih yang betul.
- Jawab soalan mengenai Akta Pematuhan Akaun Cukai Asing (FATCA) dan Piawaian Pelaporan Umum (CRS).
- Kata Laluan Sekali Guna (OTP) akan dihantar kepada nombor mudah alih yang baharu didaftarkan.
- Masukkan OTP dan teruskan untuk pendaftaran.
Panduan: Apabila anda telah memilih kod Negara cth. Malaysia (60), anda hanya perlu memasukkan nombor mudah alih anda tanpa angka 0 di hadapan, sebagai contoh untuk nombor mudah alih 01x-xxx xxxx, anda hanya perlu menaip 1x-xxx xxxx.
- Tidak boleh. Anda hanya boleh mendaftar satu (1) akaun pengguna dengan No. KP anda. Anda boleh mengakses dan menyemak semua maklumat berkaitan polisi/sijil sebagai pemilik polisi/sijil melalui aplikasi AIA+. Jika anda adalah Ahli Korporat AIA, anda juga boleh menyemak butiran tanggungan anda menerusi aplikasi.
- Atau, jika anda terlupa kata laluan, di halaman log masuk laman web AIA+ atau aplikasi AIA+, klik ‘Forgot Password’ (Terlupa Kata Laluan).
- Klik ‘Forgot user ID/password’ di Halaman Log Masuk ATAU klik sini
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan.
- Terima SMS OTP dan masukkan OTP untuk pengesahan.
- Masukkan kata laluan baharu untuk menetapkan semula kata laluan anda dan log masuk menggunakan kata laluan baharu.
- Sekiranya e-mel atau nombor telefon mudah alih berdaftar anda tidak lagi digunakan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan AIA+ kami di 1 300 88 1899 untuk mendapatkan bantuan.
Pertama sekali, anda hendaklah mempunyai polisi/sijil individu AIA yang mana anda merupakan pemilik polisi/sijil, orang yang diinsuranskan/dilindungi, orang yang membayar, mempunyai pelan manfaat pekerja yang aktif, akaun gadai janji dan/atau keahlian AIA Vitality.
- Seterusnya, muat turun aplikasi AIA+.
- Di halaman utama AIA+, klik 'Sign Up Here.
Sila pastikan telefon mudah alih anda mempunyai liputan internet yang kuat.
- Anda boleh hidupkan semula telefon mudah alih anda untuk memperbaharui isyarat rangkaian.
- Pastikan peti masuk (inbox) SMS telefon bimbit anda tidak penuh.
- Periksa sama ada terdapat sebarang aplikasi atau tetapan dalam telefon mudah alih anda yang mungkin telah menapis mesej anda.
Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi talian khidmat pelanggan AIA+ di 1 300 88 1899 untuk bantuan.
Jika anda lupa kata laluan anda:
- Klik Lupa ID Pengguna/Kata Laluan Anda di Laman Log Masuk atau Klik di sini
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda untuk pengesahan
- Pilih sama ada mahu menerima pautan kata laluan melalui e-mel atau SMS.
- Setelah anda menerima pautan kata laluan, klik pautan tersebut untuk menetapkan semula kata laluan dan log masuk menggunakan kata laluan yang baharu.
Bagi situasi lain: -
- Cap Jari – Jika Cap Jari sudah ditetapkan tetapi kini tidak boleh dicam
- Masukkan Kod PIN
- Jika anda tidak mempunyai Kod PIN, masukkan ID Pengguna & Kata Laluan anda
- Setelah anda berjaya log masuk, pergi ke tetapan telefon untuk menetapkan semula cap jari anda
- Wajah – Jika ID Wajah telah ditetapkan tetapi kini tidak boleh dicam
- Masukkan Kod PIN
- Jika anda tidak mempunyai Kod PIN, masukkan ID Pengguna & Kata Laluan anda
- Setelah anda berjaya log masuk, pergi ke tetapan telefon untuk menetapkan semula ID Wajah anda
- Kod PIN - Jika Kod PIN telah ditetapkan tetapi kini telah dikunci
- Anda akan dibawa ke laman log masuk dan diminta untuk memasukkan ID Penguna & Kata Laluan anda
- Setelah anda berjaya log masuk, anda akan dibawa ke laman untuk menetapkan semula Kod PIN anda
Sila pastikan telefon mudah alih anda mempunyai sambungan internet.
- Sila pastikan anda sudah mendaftar aplikasi AIA+.
- Sila semak jika anda telah memasukkan ID dan Kata Laluan yang betul.
- Sila keluar dari aplikasi dan log masuk sekali lagi. Anda mungkin perlu mematikan dan menghidupkan semula telefon anda.
- Jika anda masih tidak dapat log masuk, sila hubungi talian khidmat pelanggan AIA+ di 1 300 88 1899 untuk bantuan.