“Umur AIA Vitality saya ialah 43 tahun, jauh lebih tua daripada umur sebenar saya!” kata Muhamad Yusriman bin Yusof mengenai keputusan awal Penilaian Kesihatan AIA Vitality, yang boleh dijadikan pengukur tahap kesihatan seseorang. Menurut pegawai tentera udara berusia 38 tahun ini, keputusan tersebut diperolehi meskipun beliau sudah melakukan senaman.
Namun, Muhamad Yusriman mengakui bahawa beliau tidak konsisten dengan rutin senamannya sebelum menyertai program AIA Vitality. “Saya lari lima kilometer mungkin sekali seminggu atau selang seminggu,” katanya. “Ketika itu saya tidak ada motivasi untuk mengekalkan gaya hidup sihat…tetapi semua itu berubah sebaik sahaja saya menyertai program ini.”
Kata bapa kepada dua cahaya mata ini, beliau menyertai AIA Vitality atas beberapa sebab, terutama sekali beliau memerlukan dorongan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk diri sendiri dan keluarganya.
Muhamad Yusriman juga berhasrat untuk mencapai sesuatu; dalam kes ini, untuk mencapai semua sasaran yang ditetapkan oleh program. “Saya mahu mencabar diri saya sendiri,” kata Muhamad Yusriman, yang kini memegang status ahli Emas. “Saya menetapkan matlamat untuk mengisi empat atau lima jam waktu riadah saya dengan kegiatan aktif setiap minggu.”
Kini, Muhamad Yusriman bukan sahaja selalu lari sejauh 10km hingga 12km, malah beliau juga mengisi masa lapang dengan bermain ping-pong bersama jiran-jirannya dan naik 16,000 anak tangga setiap hari. Beliau hanya menggunakan tangga apabila di pejabatnya, yang terletak dalam bangunan empat tingkat. Ini membolehkan umur Vitality turun ke angka yang lebih dekat dengan umur sebenarnya.
“Saya sudah mengumpul semua mata aktiviti fizikal dan menyempurnakan semua penilaian dalam talian. Langkah seterusnya ialah menjalani pemeriksaan perubatan supaya saya boleh mencapai status Platinum! Mungkin saya akan ke BP HealthCare kerana ahli boleh dapat diskaun,” katanya.
Sebagai pengguna Fitbit, keahlian AIA Vitality Muhamad Yusriman memberi kelebihan kepadanya – ahli diberi diskaun 25% untuk membeli peralatan Fitbit; beliau menggunakan diskaun ini untuk membeli penjejak kecergasan Fitbit sebagai hadiah untuk isterinya.
“Penyertaan dalam program ini memberi motivasi dan kepuasan kepada saya,” kata Muhamad Yusriman. “Beberapa orang kawan saya juga telah menyertai program ini dan kami berlumba-lumba antara satu sama lain untuk melihat siapa yang dapat mencapai mata paling tinggi.”
Anda juga boleh membuat perubahan dan menambah baik tahap kesihatan anda. Ketahui caranya di www.aia.com.my/aiavitality