pageheroimage

Member Testimonials

Fadli Raihana

Jaga Kesihatan Berbekalkan Semangat Setia Kawan

15 Mei 2021
icon vitality status

Fadli Raihana Mohd Napiah, 30 tahun, adalah seorang yang mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif tetapi sejak menyertai program AIA Vitality, beliau telah mempertingkatkan aktiviti-aktiviti kesihatan hingga layak menjadi ahli Emas hanya dalam tempoh enam bulan selepas menyertai program tersebut. Rakan sepejabat Raihana turut sama menyertai AIA Vitality yang sekaligus menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus kekal aktif.

“Minat dalam aktiviti-aktiviti kesihatan dan kecergasan menjadikan kami lebih akrab. Mereka menggalakkan saya berlari bersama mereka, bukan sahaja berlari selepas waktu kerja malah mendorong saya menyertai acara larian yang membolehkan kami bersaing dan pada masa yang sama memotivasikan satu sama lain. Saya juga merupakan salah satu ahli pasukan bola tampar bersama mereka dan kami melakukan aktiviti kecergasan yang lain seperti yoga, body combat (sukan seni mempertahankan diri), zumba dan latihan HIIT (High Intensity Interval Training) selepas waktu kerja. Kami gembira bersenam bersama-sama kerana dapat membina hubungan yang lebih erat,” katanya.

Semangat setia kawan ini banyak membantu Raihana mencapai matlamat Cabaran Mingguan – dan menerima ganjaran. Menurut Raihana, aplikasi Cabaran Mingguan AIA Vitality juga membantu dirinya untuk mencapai 7,500 langkah sehari untuk kekal sihat. Sudah semestinya, ganjaran ini turut dikongsi bersama rakan sepejabat yang sama-sama berusaha! “Kami hampir tidak pernah terlepas menikmati ganjaran yang ditawarkan dua kali seminggu dan sebagai peminat filem, kami gemar menonton wayang bersama selepas waktu pejabat dengan menggunakan tiket percuma daripada TGV Cinemas,” kata Raihana.

Sejak enam bulan lalu, Raihana benar-benar memanfaatkan ganjaran yang ditawarkan. Ini termasuk diskaun 10 peratus daripada pasaraya Jaya Grocer yang digunakan sebagai perbelanjaan mingguan untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan sebahagian daripada amalan ‘pemakanan sihat’ dirinya. Terbaru, beliau telah membeli alat peranti kecergasan, Fitbit untuk dirinya dengan potongan harga sebanyak 25 peratus yang ditawarkan kepada ahli AIA Vitality.

“Kerjaya saya sebagai penganalisis IT memerlukan saya sentiasa berada di hadapan skrin komputer. Ini adakalanya meletihkan dan memberikan saya tekanan. Apabila saya duduk terlalu lama dihadapan skrin komputer, Fitbit saya akan mengingatkan saya supaya berdiri dan meregangkan anggota-anggota badan serta berjalan-jalan buat seketika. Ini membantu saya untuk kekal focus dan cergas semasa bekerja. Saya juga menggalakkan rakan sepejabat untuk berbuat demikian,” tambah Raihana.

Raihana juga memastikan rakan sepejabatnya yang juga ahli AIA Vitality tidak terlepas menikmati manfaat-manfaat yang ditawarkan program tersebut. “Saya syorkan mereka menggunakan ganjaran pulangan tunai oleh syarikat penerbangan AirAsia. Salah seorang daripada rakan saya tidak menyedari bahawa syarikat peranti kecergasan Garmin menawarkan diskaun 25 peratus. Selepas diberitahu, beliau terus membeli alat peranti tersebut untuk dirinya sendiri,” cerita Raihana.

“Sudah pasti saya akan menggalakkan orang ramaiuntuk menyertai program AIA Vitality kerana ianya benar-benar membantu kita untuk kekal sihat dan aktif. Tambahan, terdapat pelbagai manfaat! Rugi sekiranya anda tidak merebut ganjarannya,” kata Raihana.

Sertai AIA Vitality sekarang agar anda dapat mengorak langkah untuk mengecapi kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Layari www.aia.com.my/aiavitality untuk maklumat lanjut.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.