pageheroimage

Member Testimonials

Dr. Rosvinder Singh

Berjalan Kaki Setiap Hari Memastikan Doktor Cergas Dan Sihat

15 Mei 2021
icon vitality status

Adakah sukar bagi kita untuk mendapatkan senaman yang cukup? Kesuntukan masa menjadi isu utama, kata Rosvinder, 32 tahun, berasaskan pengalamannya sendiri.

Bagaimanapun, Rosvinder mencuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian, walaupun mempunyai jadual yang ketat sebagai seorang doktor. “Saya cuba pergi ke gimnasium empat hingga lima kali seminggu. Jika tidak,saya akan pastikan saya berjalan kaki mengelilingi hospital,” katanya.

Rosvinder – yang merupakan ahli Emas AIA Vitality – sentiasa menggalakkan pesakitnya untuk menjalani kehidupan aktif dan mengurangkan berat badan. “Saya menasihatkan pesakit saya agar bersenam atau sekurang-kurangnya cuba mengubah gaya hidup mereka dengan lebih bergerak kerana kita perlu kekal sihat sejahtera,” katanya. “Dari segi perubahan gaya hidup atau bersenam, kita memang ada seribu satu alasan yang boleh diberikan tetapi kita juga ada banyak sebab untuk mendorong kita melakukannya.”

Untuk terus menggalakkan pesakit dan juga rakan-rakan, beliau berkongsi pengalamannya bersama AIA Vitality dengan mereka, bukan sahaja dari segi ganjaran tetapi juga dorongan yang diterima. Sejak menyertai program pada bulan September 2016, Rosvinder mendapati beliau lebih berdisiplin, terutamanya jika mahu mencapai sasaran bilangan langkah harian untuk mengumpulkan mata menerusi program. ini “Saya selalu bersiar-siar di taman berhampiran rumah saya. Hanya dengan aktiviti ini dan langkah tambahan yang saya ambil semasa berada di gimnasium dan bekerja, saya dapat mencapai mata maksimum 15,000 bagi aktiviti berkaitan kecergasan,” katanya.

Ini tidak bermakna bahawa selepas beliau mencapai mata maksimum, Rosvinder menghentikan aktiviti tersebut sama sekali. Beliau terus hidup secara aktif, didorong oleh kepuasan yang diperolehi daripada program. “Saya seronok dengan ganjaran yang saya terima daripada AIA Vitality dengan menjaga kecergasan dan kesihatan diri. Saya sudah tiga kali menerima bayaran balik tunai daripada Fitness First dan membeli tiket penerbangan AirAsia untuk melancong ke Kemboja dengan diskaun 35%,” kata Rosvinder.

“Nilai daripada ganjaran yang saya terima mengatasi nilai ringgit yang saya bayar. Tetapi lebih penting lagi, saya yakin terhadap AIA Vitality kerana ia mendorong orang ramai untuk bersenam dan menjaga kesihatan,” kata Rosvinder.

Anda masih memberikan pelbagai alasan untuk tidak bersenam? Jangan begitu, dengarlah nasihat doktor ini dan fikirkan sebab-sebab mengapa anda harus bersenam! “Jika anda boleh mendapat ganjaran kerana menjaga kecergasan dan kesihatan, mengapa tidak?” kata Rosvinder.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.