Pernah berazam mahu pergi berjoging pada awal pagi tetapi selalu menyambung tidur? Inilah keadaan yang biasa dialami oleh Chen Caesar, 27 tahun. Beliau sentiasa mencari alasan untuk mengelakkan diri daripada bersenam.
Bagaimanapun, segalanya berubah apabila beliau membuat keputusan untuk menyertai program AIA Vitality pada 2016. Sejak itu, Caesar semakin bersemangat untuk menjaga kesihatannya dengan lebih baik. “Saya lebih komited untuk bersenam secara kerap dan sentiasa berjalan kaki atau berjoging di taman apabila saya kelapangan,” kata Caesar.
Apabila ditanya apa yang menarik minatnya menyertai program ini, Caesar berkata, “Saya boleh mencapai sasaran harian dengan mudah dan saya juga mendapat ganjaran daripada cabaran mingguan. Program ini seperti jurulatih motivasi kesihatan yang memberi anda pelbagai ganjaran yang menyeronokkan!”
Apakah antara ganjaran yang telah diterima oleh Caesar setakat ini? “Saya memperolehi pas filem TGV Cinemas percuma dan baucar Boost Juice. Malah, saya juga menerima pulangan tunai 20% daripada premium insurans A-Life Cancer360 saya,” katanya.
Apa yang lebih penting ialah ganjaran paling besar bagi Caesar di atas kejayaan mempengaruhi keluarganya untuk turut menyertai program ini, seterusnya mendorong mereka untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Bapanya ialah orang yang paling banyak berubah, kerana sebelum menyertai AIA Vitality, dia tidak begitu berminat untuk bersenam. Dia selalu memberikan alasan seperti sakit lutut untuk menjauhi gaya hidup aktif.
Tetapi berkat pujukan Caesar, bapanya mula sedar betapa pentingnya kesihatan. Jika dulu sakit dan sengal mencegahnya daripada mengamalkan kehidupan aktif, sekarang dia kerap berjalan kaki tanpa mengadu sakit lagi! “Bapa saya sudah berjalan kaki untuk bersenam selama berbulan-bulan,” kata anaknya dengan penuh bangga. “Saya dapat melihat perubahan gaya hidup, dan ini satu perkembangan positif. Sekarang dia juga ahli Vitality berstatus Emas seperti saya!”
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa orang yang dulunya tiada motivasi untuk bersenam bukanlah Caesar yang anda lihat sekarang. Jadi siapa yang mahu menikmati kehidupan yang lebih baik dan sihat, sila angkat tangan!
