pageheroimage

Member Testimonials

Afiza Halin

Ibu Sihat, Bayi Sihat!

15 Mei 2021
icon vitality status

Penganalisis IT Afiza Halin memang sentiasa aktif, gemar menyertai larian maraton dan melakukan aktiviti-aktiviti luar. Kini beliau mempunyai satu lagi sebab untuk kekal cergas – ketibaan anak sulungnya!

Beliau mengambil keputusan untuk menyertai AIA Vitality sewaktu kandungannya baru berusia dua (2) bulan selepas disyorkan oleh Perancang Hayat AIA. “Bayi dalam kandungan ini merupakan pendorong utama saya untuk kekal sihat dan cergas. Inilah dorongan terbesar saya,” kata Afiza, 35 tahun, yang kini hamil hampir sembilan (9) bulan.

Disebabkan kecederaan lutut, Afiza tidak lagi dapat melakukan aktiviti lasak seperti biasa. Namun kecederaan ini bukan alasan baginya untuk tidak kekal aktif. Ini hanya bermakna beliau perlu mencari alternatif yang sesuai dengan keadaannya seperti melalukan senaman yoga, berjalan kaki dan berenang. Sebelum mencuba sesuatu aktiviti baharu, Afiza sentiasa memastikan dia mendapat ‘lampu hijau’ daripada doktornya. “Saya meminta nasihat daripada doktor saya agar aktiviti yang dilakukan adalah selamat untuk saya dan juga bayi dalam kandungan,” jelasnya.

Dengan menyertai AIA Vitality, Afiza lebih berdisiplin dan berazam untuk mencapai matlamat senamannya, terutama sekali melalui Cabaran Mingguan. “Saya pastikan sekurang-kurangya saya berjaya mencapai cabaran minimum untuk kekal aktif. Bukan mudah untuk mencapai 7,500 langkah setiap hari, lebih-lebih lagi apabila sedang hamil tetapi saya tetap gigih mencuba. Ada kalanya tugas saya memerlukan saya bekerja di luar negara dan ada ketikanya perlu bekerja seharian suntuk. Oleh kerana itu, saya perlu mengurus dan merancang jadual kerja dengan lebih awal agar saya dapat luangkan sedikit masa untuk bersenam. Saya pastikan saya bangun lebih awal untuk berjalan kaki atau berenang selama satu jam,” kata Afiza.

Kejayaan menyahut Cabaran Mingguan juga bermakna Azian dapat mengumpul mata yang boleh ditukarkan dengan dua (2) jenis ganjaran setiap sebulan seperti minuman Boost Juice percuma, tiket wayang TGV Cinemas selain baucar-baucar daripada Starbucks dan Dahmakan. Terdapat juga ganjaran-ganjaran hebat yang lain. “Sebagai ahli AIA Vitality, saya menikmati diskaun sebanyak 10% di pasar raya Jaya Grocer yang sering saya kunjungi setiap minggu. Saya juga mendapat perlindungan tambahan sehingga 45% bagi pelan perlindungan saya,” tambahnya. Afiza juga bercadang untuk menyertai pusat senaman Fitness First selepas kelahiran bayinya kerana ahli AIA Vitality mendapat potongan sebanyak 50% bagi yuran keahlian.

Afiza gembira menyertai AIA Vitality hinggakan beliau berjaya mempengaruhi suaminya untuk menjadi ahli agar mereka dapat saling memotivasikan satu sama lain untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri. “Kami membandingkan mata ganjaran terkumpul dan berkongsi aktiviti dan ganjaran kami di media social seperti Instagram. Ada rakan-rakan yang bertanyakan kami tentang AIA Vitality. Saya juga sudah menyertai pelan takaful A-Life Joy-i untuk bayi saya, malahan suami saya kini juga dilindungi pelan takaful A-LifeLink-i,” kongsi Afiza.

Memandangkan beliau bakal menyambut ketibaan orang baru dalam keluarganya tidak lama lagi, Afiza gembira kerana AIA Vitality telah membantunya kekal sihat sepanjang kehamilan. “Secara umumnya, ramai yang menganggap wanita hamil lemah dan tidak bermaya. Tetapi saya berpendapat bahawa wanita mempunyai tubuh badan yang sangat kuat. Oleh itu, saya menggesa para wanita, sama ada hamil mahupun tidak, supaya kekal aktif dan menjaga kesihatan. Lakukan aktiviti-aktiviti yang mudah seperti berjalan kaki ke kedai jika berhampiran atau bersiar-siar di taman. Paling penting, lakukan apa yang anda fikirkan terbaik untuk kesejahteraan badan anda,” nasihat Afiza.

Ketahui bagaimana AIA Vitality boleh membantu anda menjaga kesihatan dan kecergasan di www.aia.com.my/aiavitality.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.