pageheroimage

PENGAKUAN

Saya mengaku dan bersetuju bagi pihak saya dan sesiapa sahaja, firma atau perbadanan, yang mungkin mempunyai dan menuntut sebarang kepentingan dalam permohonan Takaful ini, bahawa:

  1. Saya telah membaca Lembaran Pendedahan Produk dan saya memahami sepenuhnya kandungan Lembaran Pendedahan Produk dan perhatian khusus saya telah ditumpukan pada maklumat penting berkenaan, ciri-ciri utama dan had-hadnya yang mana ianya telah diterangkan kepada saya dengan memuaskan.

  2. Saya mengakui bahawa:
    1. Saya mengetahui bahawa adalah menjadi kewajipan pendedahan pra-kontrak saya bahawa saya mestilah mengambil langkah yang sewajarnya untuk tidak membuat salah nyata, iaitu memberi jawapan/maklumat palsu apabila menjawab sebarang soalan yang ditanya oleh AIA PUBLIC dan saya hendaklah menjawab soalan dengan lengkap dan dengan tepat/betul;
    2. Saya telah membaca dan memahami isi kandungan permohonan saya termasuk semua peringatan dan notis di dalamnya dan saya telah menjawab semua soalan yang ditanya oleh AIA PUBLIC dengan lengkap dan tepat selepas membaca dan memahami soalan-soalan tersebut sepenuhnya;
    3. Saya benar-benar memahami bahawa jawapan dan/atau pernyataan yang saya beri berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh AIA PUBLIC, dan mana-mana dokumen lain yang berkaitan yang dilengkapkan oleh saya berhubung dengan permohonan dan dalam mana-mana laporan perubatan atau pindaan adalah berkaitan dengan AIA PUBLIC dalam membuat keputusan sama ada hendak menerima permohonan saya/kami atau tidak serta kadar dan terma yang akan dipakai;
    4. Saya menyedari bahawa jika mana-mana jawapan atau pernyataan atau maklumat yang diberikan oleh saya adalah tidak tepat atau tidak betul, sijil ini boleh dielakkan dan tuntutan saya dinafikan atau dikurangkan, terma sijil ditukar atau diubah, atau sijil ini ditamatkan.

  3. Saya akan mengemaskini maklumat saya kepada AlA PUBLIC jika ada sebarang perubahan ke atas maklumat peribadi saya secepat mungkin yang boleh.

  4. Saya bersetuju bahawa AIA PUBLIC atau pekerja-pekerjanya tidak dipertanggungjawapkan di atas kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh sebarang maklumat peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang saya telah berikan kepada AIA PUBLIC. Maklumat peribadi bermaksud kesemua maklumat yang diberikan kepada AIA PUBLIC dan akan termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran-butiran peribadi dan butiran-butiran transaksi dengan atau melalui AIA PUBLIC samada di dalam atau di luar Malaysia.

  5. Saya dengan ini bersetuju bahawa Caruman saya seperti yang dibil oleh AlA PUBLIC, akan ditolak dari kad kredit/debit atau dari akaun bank saya (yang mana terpakai) seperti yang dinyatakan di dalam permohonan ini.

  6. Saya faham bahawa saya mempunyai tempoh percubaan selama 15 hari dari tarikh e-sijil diterima daripada AIA PUBLIC untuk menilai kesesuaian pelan yang disertai. Sekiranya saya ingin membatalkan sijil dalam tempoh ini, saya boleh berbuat demikian dengan memberi notis bertulis kepada AIA PUBLIC.

  7. Saya faham bahawa perlindungan hanya akan bermula setelah AlA PUBLIC menerima pembayaran Caruman yang sepatutnya dan permohonan telah diluluskan oleh AIA PUBLIC dan e-sijil berkaitan dikeluarkan atau dihantarkan kepada saya berkaitan dengan permohonan ini semasa hayat saya dan saya dalam kesihatan yang balk.
  8. Saya dengan ini bersetuju:
    1. Untuk menyertai pelan Takaful mengikut permohonan ini berdasarkan prinsip Takaful dan membayar Caruman yang dikehendaki yang mana akan dikreditkan ke dalam Dana Risiko Peserta (DRP).
    2. Untuk memperuntukkan sebahagian daripada Caruman saya dalam DRP sebagai Tabarru' (derma) untuk digunakan bagi perlindungan Takaful dan sebagai bantuan kewangan Takaful seperti yang dijelaskan di dalam Sijil Takaful. Saya faham bahawa saya juga berhak menerima bahagian yang belum digunakan dari Caruman yang diperuntukkan dalam DRP, tertakluk kepada tiada tuntutan yang pernah dibuat, semasa penyerahan.
    3. Untuk melantik AIA PUBLIC berdasarkan prinsip Wakalah (agensi) untuk mengurus skim Takaful, termasuklah menguruskan DRP mengikut prinsip-prinsip Shariah.
    4. Untuk membenarkan AIA PUBLIC untuk menolak peratusan (%) tertentu daripada Caruman sebagai yuran Wakalah (agensi) kepada AIA PUBLIC untuk khidmat yang diberi dan apa-apa caj sepertimana terdapat dalam Helaian Pendedahan Produk.
    5. Bahawa AIA PUBLIC berhak ke atas apa-apa lebihan yang timbul daripada DRP sebanyak 50% sebagai yuran prestasi.
    6. Jika berlakunya defisit di dalam DRP, AIA PUBLIC akan mendapatkan al-Qard al-Hasan (pinjaman tanpa faedah)untuk membolehkan DRP itu memenuhi kewajipannya dan bayaran balik al-Qard al-Hasan akan dibayar semula menggunakan lebihan masa depan DRP.

  9. Saya dengan ini bersetuju bahawa sebarang jumlah wang yang dibayar sama ada kepada saya, secara bersama atau yang berjumlah sama dengan nilai RM10.00 atau kurang hendaklah dikreditkan ke dalam akaun lebihan, yang akan digunakan sebagai sedekah bagi pihak peserta.

  10. Saya faham dan bersetuju bahawa sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan atau dipegang oleh AIA PUBLIC (same ada terkandung dalam permohonan ini atau diperolehi dengan cara lain) boleh dipegang, digunakan, dan diberikan oleh AIA PUBLIC kepada individu/organisasi yang berhubung dan berkaitan dengan AIA PUBLIC atau mana¬mana pihak ketiga yang dipilih (di dalam atau di luar Malaysia, termasuk syarikat-syarikat retakaful dan syarikat penyiasatan tuntutan dan persatuan industri/persekutuan) bagi tujuan memproses permohonan ini dan memberikan khidmat seterusnya untuk produk dan khidmat kewangan yang lain dan untuk berkomunikasi dengan saya untuk tujuan seperti itu. Saya faham bahawa saya berhak memperoleh akses kepada, dan memohon pembetulan sebarang maklumat peribadi yang dipegang oleh AIA PUBLIC berkaitan dengan saya. Permohonan seperti itu boleh dibuat di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.