pageheroimage

PENGISYTIHARAN

Saya mengakui dan bersetuju bagi pihak saya dan sesiapa sahaja, firma atau perbadanan, yang mungkin mempunyai dan menuntut apa-apa kepentingan dalam permohonan insurans ini, bahawa:

  1. Saya telah membaca Lembaran Pendedahan Produk dan saya memahami sepenuhnya kandungan Lembaran Pendedahan Produk dan perhatian khusus saya telah ditumpukan pada maklumat penting berkenaan, ciri-ciri utama dan had-hadnya yang mana ianya telah diterangkan kepada saya dengan memuaskan.

  2. Saya mengakui bahawa:
    1. Saya mengetahui bahawa adalah menjadi kewajipan pendedahan prakontrak saya bahawa saya mestilah mengambil langkah yang sewajarnya untuk tidak membuat salah nyata, iaitu memberi jawapan/maklumat palsu apabila menjawab sebarang soalan yang ditanya oleh AIA dan saya hendaklah menjawab soalan dengan lengkap dan dengan tepat/betul.
    2. Saya telah membaca dan memahami isi kandungan permohonan ini termasuk semua peringatan dan notis di dalamnya dan saya telah menjawab semua soalan dalam permohonan ini dan soalan lain yang ditanya oleh AIA, jika ada, dengan lengkap dan tepat selepas membaca dan memahami soalan-soalan tersebut sepenuhnya.
    3. Saya mengetahui bahawa saya mesti memberitahu AIA mengenai sebarang perubahan pada jawapan yang telah diberikan dalam permohonan ini jika perubahan tersebut berlaku selepas saya menyerahkan permohonan ini tetapi sebelum kontrak dimeterai.
    4. Saya benar-benar memahami bahawa jawapan dan/atau pernyataan yang saya beri berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh AIA, dan mana-mana dokumen lain yang berkaitan yang dilengkapkan oleh saya berhubung dengan permohonan ini dan dalam mana-mana laporan perubatan atau pindaan (secara kolektif dirujuk sebagai “maklumat”) adalah berkaitan dengan AIA dalam membuat keputusan sama ada hendak menerima permohonan saya atau tidak serta kadar dan terma yang akan dipakai;
    5. Saya menyedari bahawa jika mana-mana jawapan atau pernyataan atau maklumat yang diberikan oleh saya adalah tidak tepat/ tidak betul, polisi ini boleh dielakkan dan tuntutan saya dinafikan atau dikurangkan, terma-terma polisi ditukar atau diubah, atau polisi ini ditamatkan.

  3. Saya akan mengemaskini AIA jika ada sebarang perubahan ke atas maklumat peribadi saya secepat mungkin yang boleh.

  4. Saya bersetuju bahawa AIA atau pekerja-pekerjanya tidak dipertanggungjawapkan di atas kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh sebarang maklumat peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang saya telah berikan kepada AIA. Maklumat peribadi bermaksud kesemua maklumat yang diberikan kepada AIA dan akan termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran-butiran peribadi dan butiran-butiran transaksi dengan atau melalui AIA sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

  5. Saya faham bahawa perlindungan hanya akan bermula setelah AIA menerima pembayaran premium yang sepatutnya dan permohonan telah diluluskan oleh AIA dan e-polisi berkaitan dikeluarkan atau dihantarkan kepada saya berkaitan dengan permohonan ini semasa hayat saya dan saya dalam kesihatan yang baik.

  6. Saya faham dan bersetuju bahawa selepas menerima e-polisi dokumen daripada AIA, saya bertanggungjawab untuk memastikan kebenaran dan ketepatan maklumat yang diberikan kepada AIA berkenaan permohonan saya. Saya juga faham bahawa saya akan mempunyai tempoh percubaan selama 15 hari dari tarikh penerimaan polisi dokumen daripada AIA untuk menilai kesesuaian pelan yang dibeli. Sekiranya saya ingin membatalkan polisi dalam tempoh ini, saya boleh berbuat demikian dengan memberi notis bertulis kepada AIA untuk pembatalan.

  7. Saya faham dan bersetuju bahawa sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan atau dipegang oleh AIA (sama ada terkandung dalam pembelian ini atau diperolehi dengan cara lain) boleh dipegang, digunakan, dan diberikan oleh AIA kepada individu/organisasi yang berhubung dan berkaitan dengan AIA atau mana-mana pihak ketiga yang dipilih (di dalam atau di luar Malaysia, termasuk syarikat-syarikat reinsurans dan penyiasatan tuntutan dan persatuan/persekutuan industri) bagi tujuan memproses pembelian ini dan memberikan khidmat seterusnya untuk produk dan khidmat kewangan yang lain dan untuk berkomunikasi dengan saya untuk tujuan seperti itu. Saya faham bahawa saya berhak memperolehi akses kepada dan memohon pembetulan sebarang maklumat peribadi yang dipegang oleh AIA berkaitan dengan saya. Permohonan seperti itu boleh dibuat di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.