pageheroimage

Tinjauan & Kaji Selidik AIA

Kajian AIA Healthier Together 2021

Bacaan 5 min

Mengetahui Tindakan yang Boleh Dilakukan untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna

Di AIA, kami komited untuk membantu orang ramai untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Dalam melaksanakan komitmen ini, kami perlu memahami apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk membuat sesuatu perbezaan yang positif. Oleh yang sedemikian, kami telah menjalankan kajian unik ini untuk mencari kebenaran di sebalik setiap langkah yang perlu diambil.

Kami telah berbincang dengan 80+ pakar kesihatan dan kesejahteraan di seluruh rantau Asia Pasifik; ahli akademik, pelatih kehidupan (life-coaches), pakar psikologi, pakar kesihatan mental, pengarang berpengaruh, wakil kesihatan dan pempengaruh (influencer) dari institusi, perniagaan dan kerajaan terkemuka.

Berdasarkan pandangan mereka dan data yang diperoleh, kami menemui lapan "ramuan" utama dalam menjalani kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna serta tindakan-tindakan ketara yang boleh dipraktikkan.

Namun kami tidak berhenti di situ sahaja. Kami kemudiannya bertanyakan kepada 6,000 orang penduduk di Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Thailand yang merangkumi kepelbagaian budaya dan negara Asia Pasifik untuk menilai kehidupan mereka sendiri berlandaskan lapan ramuan tersebut, dan memaklumkan kepada kami yang manakah memberikan impak yang lebih besar kepada mereka serta apakah tindakan yang paling mudah untuk dilakukan. Di Malaysia, seramai 1500 responden telah ditemubual.

Kajian Healthier Together 2021 – Penemuan Utama di Malaysia

8 Ramuan untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna

Laporan Kajian AIA Healthier Together 2021