AIA PUBLIC Takaful telah menganjurkan aktiviti lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur bagi 100 orang anak-anak dari 3 rumah kebajikan - Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman, Setapak, Pusat Kebajikan Amal Rukaiyah, Kajang dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Seremban. Seramai 20 kakitangan telah menemani anak-anak untuk lawatan tersebut, sebagai sebahagian daripada aktiviti keterlibatan program Kongsi Rezeki – inisiatif komuniti yang dijalankan sejak 2021.
Ketiga-tiga rumah ini adalah antara 10 buah rumah yang telah menerima bantuan menerusi program Kongsi Rezeki. Melalui fasa yang berlainan, rumah-rumah ini telah menerima bantuan komputer riba, barangan keperluan seperti katil, tilam dan lain-lain berjumlah sebanyak RM420,000.